Langkau ke kandungan utama

Malangnya cerita ini tidak begambar

Malangnya cerita ini tidak bergambar sayang.

Sejak pagi lagi.

Saya tertunggu-tunggu untuk keluar bersamanya.

Sejak pagi lagi.

Walau badan saya rasa cukup tidak enak. Walau hati saya selubung duka.
Saya semakin bimbang. Jika kesumbanya tumpah lagi.
Dan janji temu kami terbatal.

Aduh!

Rasa macam saya yang bersamanya yang menanggung sakit itu. Kenapalah agaknya Tuhan temukan kami. Terima kasih Allah swt.
Pertemuan saya dengannya sentiasa buat saya mengenang abah yang tiada lagi di sisi.

Akhirnya.
Dia datang. Bersama Awie dan Aya suami isteri. Bersama dua anak-anak comel milik Aya dan Awie.

Kami makan-makan. Kami minum-minum. Dan ketawa-ketawa. Saya, dia, Aya, Awie dan lelaki saya.

Punyalah susah si botak mau panjat tangga. (Pada pandangan saya). Mungkin lain dari kacamatanya. Nampak dia tersenyum-senyum sambil mengesot memanjat anak-anak tangga.

“Jadi OKU di Malaysia ni, tak boleh bermanja-manja kak” Saya masih ingat lagi kata-katanya.

Dan.
Kami makan-makan. Kami minum-minum. Dan ketawa-ketawa. Saya, dia, Aya, Awie dan lelaki saya. Dan si Hafeez pulak, bad mood sikit.

Nasi lemak Jalan Telawi menjadi saksi.
Jalan Telawi Bangsar menjadi saksi.
Lampu-lampu pun jadi saksi.

Terima kasih Aya dan Awie. Dunia ini berseri dengan adanya insan-insan seperti kamu.

Nasi lemak Jalan Telawi menjadi saksi.
Jalan Telawi Bangsar menjadi saksi.
Dan lampu-lampu pun jadi saksi.
Semoga Tuhan merahmati kami

Saya sayu bercampur ceria. Adik botak saya sudah benar hilang pandangnya. Sudahlah kaki jejak tanah tidak terasa. Teraba-raba dia, ketika mau ambil makan minum. Tapi saya bersyukur hatinya masih bercahaya.

Maaf, saya tidak pandai menulis tentang kehilangan Pulau Batu Putih. Biar orang lain menulisnya. Mengulasnya dari perspektif mereka.

“Situasi kita, memang-menang”. Mau ketawa saya mendengar statement bodoh sang menteri dan para pengampu. Ya. Menang batu.

Nota kaki:
Buat Nizam, kami akan lebih ceria jika kamu bersama. Mungkin di lain waktu ya.

Ulasan

Pa'chik berkata…
:)
elok saja kakliliair tak tulis pasal batu putih tu.. kang semua blog tulis pasal tu pulak... bosan juga.. dah la blog legam tu tulis pasal menang-menang gak.. ekeke...
huhu...sy gembira baca post2 akak yg terbaru... agak ceria...... alhamdulillah Allah kurniakan akak kawan2 yg baik..semoga akak ceria selalu

p/s: ckp pasal nasi lemak buat sy lapar laaa....hehe
cakapaje berkata…
Salam WL,

Baru jap tadi baca kegembiraan Muha, kini menyinggah untuk baca cerita selanjutnya. Suka hati saya membaca sahabat sahabat bergembira, alhamdulillah :)
Lily Abdullah berkata…
Salam

Chik,
Ko tulis apa ari ni? kejap lagi nak p check. Ko blogger tegar hahaha!

Oda,
Hidup ini akan bosan jika terlalu lama bersedih. Alaa..sikit2 sudahlah. Lihat kembali nikmat yang kita perolehi :)

Shah my akhi,
Terima kasih kerana sentiasa menyokong & sentiasa mengambil berat w'pun kita tak mengenali wajah.

err..akhi yang Muha dok sebut-sebut tu apa maknanya ya. Saya memang buta Bahasa Arab.:p

Terima kasih
Amalina berkata…
Boleh join mkn2 next time? Blk nntla.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam