Langkau ke kandungan utama

Aku cintai kamu hujan.

Aku cintai kamu, hujan.

Walau kamu lekit, basah, dingin dan merimaskan.

Aku cintai kamu, hujan.

Walau mereka tuduh kamu bawa bah dan bencana. Sebenarnya penguasa-penguasa bumi yang rakus mengaut untung meterial. Sudah buta mengurus alam. Setiap kali bah, tanah runtuh dan bencana kamu bakal dipersalahkan.

Kasihan kamu hujan.

Aku cintai kamu, hujan. Walau ada waktu aku juga merungut-rungut basah dan kedinginan.

Kernamu hujan (dengan izin Yang Paling Atas), tumbuh subur segala tanaman. Pemuas dahaga segala makhluk Tuhan di bumi, di atas dan diperutnya. Dari tumbuhan dan hidupan, kekeyangan perut segala perut. Adat untuk survival, ada kalanya perlu bunuh-bunuhan.

Aku cintai kamu, hujan.

Kamu dinginkan aku yang kepanasan. Kamu puaskan aku yang haus. Subhanallah!!

Aku cintai kamu, hujan.

Aduh!

Aku belum mengangkat kain di jemuran. Tapi langit baru mendung. Belum pasti kamu merintik.
Tapi aku harus selalu sediakan payung.


Nota kaki:
Entri spontan, tanpa draf untuk menutup cerita mencari Qusnan Munazarif :p

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

comey sangat.... entry ala ala cover la ni ye... huhuhu

apa pun tetap menarik dibaca dan penuh kebenaran... Tak pernah jemu untuk kemari...

:)
Tanpa Nama berkata…
salam kak lily..

jgnla malu2.. hehe..
A t i Q a h berkata…
Emm..dulu masa hujan, orang mengeluh. Waktu panas macam ni pun orang mengeluh..

Pagi tadi tempat saya pun mendung, tapi tak jadi hujan. -_-
violet berkata…
time2 ujan bes kalo tido...hehe

Qusnan Munazarif tu 'sape' ekk...
MDM FARAH FAIZURA berkata…
Salam. Terima kasih atas kunjungan.

Untuk Watelily, boleh lah klik pada link di bawah

http://bookcafe.com.my/

ataupun terus tinggalkan pesan kepda mereka di link sini

http://bookcafe.com.my/index.php?target=forms&name=contact_us

inysa-Allah dapat buku berserta tandatangannya, kerana saya kenal baik mereka ini.

:-)
tasekM berkata…
aku perlukan hujan kala ini.. panas betul di sini..
teringat satu pepatah,

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. saya sambung sedikit, baik tak payah hujan.

cik lily, saya suak entry ini~
Brader Black berkata…
Perlukan ujan.
Kat utara ni panas lain macam.
Rasa macam dalam oven.

Duh!
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Muha
Entri cover-cover pun comey ke? :p

Dingin,
Terima kasih mampir ke mari.

Tasik,
Di sini juga dik...hujan tidak menjadi.

Od,
Huhuhu..malu woo..salah orang :)

Vee,
Tidur memang best jika punya selimut yang menghangatkan. Jika rumah bocor sana sini,menderita dik.

Spring,
Saya puan bukan cik. Panggil kak Lily juga kamu lebih muda dari si teratai ini ya :)

Hujan? Ya..ya..tak payah hujan yang begitu. Emas dan batu bukan penghilang dahaga

Kachak,
Kamu akan lebih kachak jika berjaya mengecilkan diri dan masuk dalam peti sejuk ahaks!

ps: suka hujan, band hujan dan apa-apa yang ada kaitan dengan hujan
Lily Abdullah berkata…
Ala tertinggal pulak komen Tiqah. Sorry huhuhu..di sini juga hujan tidak menjadi. Panas...Jika ada magis mau turunkan salji yang memutih suci. :)
kak lily.. saya bukan spring.. saya spin... spin yang gemok lalu disingkat cantum kan maka jadilah saya spingemorks~
A t i Q a h berkata…
Ha ha. Apology accepted. Tadi ingat nak merajuk dah. Ngeee..
Lily Abdullah berkata…
Spin,
Ala sorry...salah ejaan(potog markah, kata cikgu) :)

Tiqah,
Woo...jangan majuk hehehe...nanti kita suruh si botak pujuk ek:D

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...