Langkau ke kandungan utama

Hari Ibu - Jangan salahkan ibu yang menghamilkan kita

Ibu.
Dari ibu menjelma segalanya.
Yang baik. Yang buruk. Yang bernilai dan yang menjengkelkan.
Ibu barangkali. Pernah melahirkan kaca. Pernah melahirkan permata. Pembunuh dan perogol juga. Ahli politik korup dan ulama bebal juga dilahirkan dari rahim seorang ibu.
Sahabat!
Jangan kau salahkan ibu yang menghamilkan saya, kamu dan mereka secara total. Kerana kita masing-masing punyai bahagian tersendiri. Saya dan kamu punyai akal pertimbangan sendiri.
Semua ibu bagi saya adalah istimewa. Biar siapapun yang dilahirkannya. Dia berkorban dan bertarung. Nyawa sendiri adalah pertaruhannya.
Ibu ratu hati? Satu klise. Tapi seperti hujah si botak, klise atau tidak bukan soal bicara. Apakah benar kita meratukan ibu dan para wanita di hati kita? Benarkah kita ratukan ibu kita? Benarkah?
Menjadi ibu, bagi saya satu anugerah dari Allah SWT. Nikmat yang besar. Hanya yang tidak bepeluang sahaja akan mengetahui nikmat itu. Hanya yang terpilih saja akan akan mendapat anugerah bergelar ibu.
Sahabat.
Jika kamu punya ibu yang istimewa, jangan malu dengan mereka. Jika kamu adalah ibu kepada anak-anak istimewa semoga kamu dipermudahkan urusan menjaga anak-anak ini.
Nota kaki:
Selamat hari ibu untuk ibu-ibu yang membesarkan saya dan suami.
Selamat hari ibu untuk semua.

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

sangat bersetuju. semua ibu ada alasan tersendiri dan kesilapan juga. ibu juga manusia.

macam yang saya reply di laman, yakin bahwa akak akan dapat aturkan agar hubungan dengan semua tidak kusut... :) akak saya ni kan, extraordinaire....
cakapaje berkata…
Salam WL,

Tak terkomen den. Apapun, Selamat Menyambut Hari Ibu kepada WL dan semua ibu ibu.
aria ayumi berkata…
sila nyanyi dgn pitching yang betul

ibu mithali ibu yang sejati
kasih sayangmu kasih yang suci
pengorbananmu disanjung tinggi
jasamu tetap di sanubari

eheh. lagu ni rsnya sume org dh biasa dgr. :D
Tanpa Nama berkata…
saya mahu sangat menjadi ibu :)
arsaili berkata…
salam hari ibu semoga di rahmati ALLAH selalu
tasekM berkata…
tak senang rupanya menjadi ibu... kini baru tau..
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Tasik,
Kerana tak senang itulah, Allah hanya memilih yang berkemampuan memikulnya.
Selamat hari ibu dan salam peluk cium untuk Muhammad Cerdik ya :)

Arsaili,
Selamat hari ibu. Sudah punya bakal ibu untuk anak-anak atau sedang mencari :p

ps: Bila balik M'sia. Nak jumpa Muha je...huhuhu tak mo jumpa kakak Teratai ek?

Kema,
Semoga ketemu ayahandanya dulu mudah-mudahan ya. Kakak ini sudah tiga tahun menunggu.

Azzam,
Senyuman kamu membunuh :)

Ayumi,
Sedang nyanyi. Tunes terok la :p

Ya..Ibu mithali, ibu sejati(bukan senang tapi tidak juga mustahil)

Shah rir Khan,
Terkomen juga ye. Sampaikan salam untuk bonda Shah.:)

Adik Botak,
Akak kamu cuma manusia biasa. Tak de apa2 yang extra. Cuma kadang kala kena paksa diri menjadi extra. :P

Terima kasih
lukmanw@gmail.com berkata…
Salam

saya juga seorg cikgu. Ini mengingatlan satu soalan kpd anak-anak murid dewasa saya; Antara telur dan ayam, yang mana dulu.

Semuanya menjawab dgn dua jawapan sahaja. Seorang dengan nada yakin menjawab; bapa ayam dulu!

Benarkah begitu?

Lukman
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
http://manafaatblog.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...