Langkau ke kandungan utama

Saya dan dunia blogging yang aneh

Hari ini, saya merasa kurang enak.
Semalam Coco telah merosakkan PC saya. Saya tidak memarahinya. Bukankah dia cuma seekor kucing yang nakal dan tidak punya akal. Tapi saya cukup berkecil hati kerana dimarahi. Kerna cuma kesilapan yang tidak saya sengajakan.
Hari ini, saya merasa kurang enak.
Jejari saya keras. Mengetuk papan kekunci dengan satu jari. Saya cemburu. Orang lain bisa menaip dengan pantas. Sedangkan saya, sebaris ayat pun terhegeh-hegeh. Sejak akhir-akhir ini, tulisan tangan saya semakin buruk. Saya risau. Saya bimbang jika ia mempengaruhi keputusan peperiksaan saya.
Hari ini, saya merasa kurang enak.
Otak saya separa mati. Mencari-cari idea untuk menulis entri baru. Kononnya, saya mau menulis macam wartawan. Ayat-ayat perlu tersusun cantik rapi. Tatabahasa perlu tepat. Bahasa Malaysia edisi tinggi. Begitulah lebih kurang.
Aduh!
Lupa. Saya bukan wartawan. Saya bukan pakar bahasa. Saya adalah saya. Seorang cleaner, separa guru dan pelajar dewasa yang belum tamat universiti.
Lalu tadi saya terbaca entri saudara Marsli. Ya. Benar jadilah diri kita. Mengapa mesti malu dengan diri sendiri?
Buruk tidak mengapa. Janji tidak menciplak.
Lambat tidak mengapa. Janji saya terus menaip juga.
Buruk tulisan saya tiada masalah. Ahh...itu pasti masalah. Pemeriksa tidak tahu masalah neorologikal saya.
Aduh!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kak,

biar tulisan buruk janji ada maksud ;)
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

jangan risau... saya juga makin hilang nikmat pandang ini.. mungkin kejadian 4 tahun lalu akan berulang... tapi saya tetap tak kisah... saya ada family, nizam, kakak n abang,biar gelap mana pun kalian akan teranginya untuk saya...

fasal tulisan tu takpe je... saya dulu semasa periksa teraba raba... tapi Dia yang tentukan kan?
pengkao berkata…
tulisan saya berubah ikut mood.

kemas=happy/xde problem
buruk=otak serabut.
Pa'chik berkata…
blog itam legam tu.. bahasanya.. heheh.. kalau tak tunggang.. langgang lah.. heheh...
mujurnya orang reka program ni buat, setiap baris ayat tu sama je.. kalau idak.. hehe.. herot sesangat yang amat lah agaknya... ekeke...
tapi.. kalau bab merosakkan perkataan penjajah.. itu.. sangat-sangat disengajakan... balasan untuk orang-orang yang suka mengeja perkataan melayu lam bahasa penjajah... hohoho..
puan lily,

biar buruk tulisan,
janji hebat pengisian dan pengajaran,

biar bukan sperti wartawan,
janji apa yang ditulis tidak membawa kerosakan,


biar menaip lambat,
janji di postkan entry itu dengan selamat,

biarlah pemeriksa tidak tahu,
bukankah Dia yang sebaik baik penentu (yang mentadbir alam)??
+++++
kakak ini dan juga Muha dalam setiap penulisan sentiasa memberi saya kesedaran. mengingatkan saya bahawa saya ini orang yang kurang besyukur dan saya ini orang yang lupa. maka antara orang yang kurang upaya sayalah yang paling kurang berdaya.

kakak~ terus menulis ya. menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang membaca dalam senyap di ruang maya ~

kakak bukan aneh seperti yang dilabel sesetengah orang. tapi kakak adalah UNIK!
Tanpa Nama berkata…
disebalik yg tersirat yang penting...saya banyak belajar itu dari kamu..:)
tasekM berkata…
kak aku yang sempurna fizikal ni pun tulisan buruk ...

kakak adalah sesuatu...
Tanpa Nama berkata…
Aku adalah aku heh.
DeeN berkata…
Salam Kak Lily,
Er.. saya blom update lagi la. Tp saya rajin melawat blog saudara mara yg lain. At least lebih baik dr segala2nya, kan.
Kak Lily,
Idea adalah ilham peribadi yg dianugerahkan olehNYA. Org lain tak ada hak nak menilai karya itu buruk atau negatif mengikut penilaian mereka sendiri. Yg penting kita ada idea dan kita berani meluahkannya!

err.. releven ke komen saya neh? hehehehee....!!
achik berkata…
bila baca n3 orang lain yang ayatnya tersusun kemas, bertatabahasa betul, kadang2 saya jadi cemburu.. sbb bila saya cuba buat, rasa skema giler.. orang lain punya, sedap je baca.. err saya mmg sesuai guna bahasa pasar je.. hehehe.. :)
jaflam berkata…
Salam Waterlily,
Tulisan tak cantik tak apa asalkan dari hati dan ada usaha untuk terus memperbaiki.

Kalau tak menulis otak akan terus kaku dan lesu.
Unknown berkata…
Kak Lily..

Tak semua manusia yang tulisan cantik,ayat tersusun tu sempurna..tak gitu kak?
Brader Black berkata…
Kak,
tulisan buruk xpe, yg penting berisi.

C'mon kak.
Akak sedar x, akak dah jadi sumber inspirasi ntuk yg lain? Bukan sume orang bleh jd sumber inspirasi tau.
Setiap orang ade bahagian ntuk diri masing2 kak.
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Kachak,
Tulisan kakak yang tak seberapa ini sumber inspirasi. Woo..kamu memang kachak kerana komentar ini. :p

Kimi,
Yeyeaaa(jerit cara Bandi-Amok):p

Encik Jaflam,
Terima kasih kerana singgah. Ya, jika tidak menulis boleh beku dan buntu.

DeeN,
Releven tak releven kamu dah komen kan? Okay la tu. Jap g nak p tengok. Hapdet ke dak?

Azzam,
Yup..Kamu adalah kamu. I adalah I and you is you. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita.

Huh! Tak boleh lawan tajuk entri kamu yang panjang sedepa tu heh!.

Achik,
Takpa, jangan paksa diri. Semua orang ada cara tersendiri.

Tasik,
Kamu adalah kamu. :D.

Kadok,
Terima kasih kerana belajar sesuatu walaupun saya menulis dengan bukan hendak mengajar sesiapa. Sama-samalah kita belajar antara satu sama lain kerana kita punyai ilmu dan berbeza pengalaman.

Tuan Spin,
Ini komentar terpanjang. Unik? Semua orang ada keunikan tersendiri termasuk gaya mnulis.

Chik,
Ko blogger tegar. Bab hapdet memang tak leh lawan blog hitam legam tu. Tetap terhibur :)

Peng abg L,
Sape yang tak menulis ikut mood. Tapi kalu dalam exam, ikut mood abih laaaa...

Muha,
Ya. Kadang-kadang kerisauan buat kita lupa. Habuan dan rezeki kita bukan ketentuan manusia dik.

Enche Jones Amir Mukhriz,
Terima kasih atas komentar itu. Saya terharu dan saja anggap itu satu pujian. Saya juga rasa aneh ni..tiba-tiba encik datang dan tinggalkan komen.

Kema,
Ya betul. Janji ada maksud dan tak maki-maki dan burukkan orang :)

Terima kasih.
Mommy Aisy berkata…
salam..
kak lily, mcm ade mksd lain je kak lily cuba nak sampaikan. but i dont get it. npe ni? berperasaan aneh..

tulisan itu adalah simbolik terhadap sifat manusia. tapi x smestinya tulisan yg buruk melambangkan sifat dan jiwa buruk. kan?
Lily Abdullah berkata…
Fana,

Tiada apa-apa. Hanya berkonflik dengan diri dan sekadar mencatat untuk dikongsi. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...