Langkau ke kandungan utama

Saya tercari-cari Qusnan Munazarif

Semalam yang indah.

Pertama kali saya ke MASKARA

Saya terhibur, walaupun acaranya agak suam-suam kuku. Oleh kerana saya ulat bulu...ahhh bukan, ulat buku(yang tidak comel) ; maka saya tidak dapat menahan diri dari godaan Aweks KL walaupun saya rasa disabotaj oleh lelaki saya. Kenapa begitu? Hah! Satu kepingan gambar kenangan pun tidak diambil dengan Sony Erricsonnya.

Tiba-tiba. Seorang jejaka kacak berbaju belang biru menegur saya.

"Waterlily kan?"

"Ya. Saya. Awak tulis blog jugak? Blog mana?". Dalam kegelapan yang samar saya masih nampak dia tersenyum.

"Takdelah, saya cuma pembaca blog."

Hati saya pun berbicara-bicara. "Oh...jangan-jangan ini Qusnan Munazarif".

Saya keluar dan cuba mendekatinya. Tapi dia asyik mengelak-ngelak.

"Encik Pinter ya?" Saya menembak dengan peluru kosong. Dia masih menafikan.

Tidak mengapa. Mungkin benar. Bukan dia. Saya yang berfantasi yang bukan-bukan. Tapi jika dilihat dari posisi belakang dengan potongan rambutnya, saya rasa dia Qusnan Munazarif.

Oh...saya tercari-cari Qusnan Munazarif. Hingga termimpi-mimpi.

Plop*

"Apa yang Mak Long dok sengih sorang-sorang ni?" Gadis comel yang sudi menemani Coco sepeninggalan saya semalam.

" Mencari Qusnan Munazarif". Saya beritahu. Dan dia ternganga.

"Siapa tu?". Soalannya tidak berjawab.

Diam.

Diam.

Dan terus diam.

Satu laporan dari seorang perempuan yang pertama kali bermaskara.


Nota kaki:

Terima kasih untuk ketua turus dan para soljah. Terima kasih semua.
Cukup tertarik dengan kata-kata Encik Marsli. Acara baca puisi seharusnya santai. Tidak perlu upacara perasmiaan dan protokol yang bukan-bukan. Seni jangan dipolitikkan.

Ulasan

Lelaki yang bernama Qusnan Munazarif memang tak pernah wujud di alam nyata kak WL.

Mungkin itu cuma fantasi. Mungkin. Biarlah ianya terus menjadi misteri.

:)
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

akhirnya... tertunggu tunggu entry mengenai maskara... tak dapat penuhi undangan akak... kesumba banyak sangat tumpah sehingga tubuh agak lesu... hehehe gembira sbb akak menyukainya...

kadang kadang yang dicari telahpun ada di depan mata... :)
Brader Black berkata…
wo!
adekah Qusnan Munazarif tu btol2 pemalu sampai xnak mengaku?
Qusnan Munazarif...huhu nama yg menarik..emm dia malu la tu kot kak lily (*_*)
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Purp,
Jangan biarkan diri anda diselebungi misteriiiiii(baca ala Zainal Ariffin Ismail dalam program Misteri Nusantara) :D

Muha,
Rasanya begitulah. Yang dicari telah berada di depan mata. Tapi kakak ini masih gagal mengecamnya :)

Si Kachak,
Woo...dia macam kamu juga. Kachak lagi pemalu :)

Oda,
Teori kamu betul agaknya. Dia pemalu. Sebenarnya orang berzodiak Pisces amat pemalu dan baik hati(kata Dr. Fadzilah Kamsah) hehehe .

Terima kasih
A t i Q a h berkata…
Ha ha. Saya rasa itu betul lah Encik QM. Hakz!
tasekM berkata…
Qusnan Munazarif... kak, aku akan tolong kau cari dia.. he he..

sedih tak dapat hadir.. bonda keseorangan.. aku perlu teman.. ayahanda ke johor.. ke acara berkenaan orang melayu itu.. aku tunggu maskara berikutnya..
tasekM berkata…
kak.. atau dia mungkin si pohon.. diakan agak misteri.. heheh... (jgn marah pohon...)
Layla Haq berkata…
hahhaha...saya syak jejaka itulah Qusnan Munazarif.

Apa pun, semoga lepas ni tak serik datang. saya pun tak berteman. Keramahan akak membuatkan saya happy sket malam tu. Dan Lupa nak ambil gambar bersama kerana terpaksa bergegas balik.

oh ya, kirim salam pada lelaki akak. dia ada menegur saya tapi saya tak berkesempatan berbual panjang dengannya. Terima kasih kerana lelaki akak sudi baca blog saya.
Hasrul Halid berkata…
Owh... Encik Qusnan tu memang 'sungguh-sungguh' pemalu rupanya.. kehkehkeh! Sabo ajalah!
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,
Dia sungguh pemalu dan enggan mengaku atau barangkali benar kakak ini sudah tersalah orang. :)

Tasik,
Tidak perlu bersusah dik. Nanti dia enggan datang ke Maskara lagi. Dia kan pemalu. Biarkan saja begitu :)

Si Pohon? Rasanya bukan. Si Pohon tidak begitu mengenali kakak ini :)

Bayan,
Sibuk benar kamu menembak malam itu. Sayang kita tidak dapat mencari Si Qusnan untuk ditembak :)

Insyallah kita jumpa lagi ya.
Lily Abdullah berkata…
Encik Hasrul,
Ish...pemalu sungguh jejaka itu(jika benar dia)

Kagum! Ahaks!!
malay-tree berkata…
yang engkau tidak pernah tahu adalah Qusnan Munazarif suka berteduh di bawah pokok melayu.

biarkan dia disitu. usah kamu ganggu. nanti lari.
Misteri ya. Qusnan Munazarif itu bukan saya.
Lily Abdullah berkata…
Pohon,
Khabarkan aku padanya bukan niatku mau mengganggu. Sekadar ingin menyambung salarulrahim hahaha...:)

Purp,
Ya ya kak WL tau bukan kamu. Kalau betul pun kamu, kakak ini takkan mengecam dalam samar lampu. Cuma terkenang-kenang sapaannya dan baju belangnya yang biru :)
Saya rasa Naga kenal siapa lelaki misteri itu. Cuba kak WL tanya dia untuk kepastian.
Lily Abdullah berkata…
Purp,

Tak mau tanya Naga dah. Takpe lah ye. :) Tutup cerita dengan entri lain pulak.
Tanpa Nama berkata…
Mungkin Abang tu cuma mahu sapu sampah ke kat situ.Tak ada kena mengena dengan acara malam tu.
Lily Abdullah berkata…
Neezlee,
Abang itu pasti bukan tukang sapu. Dari belakang kakak ini, di luar jendela planet Pena, dia sibuk menembak dengan kamera mahal. hehehe...salam kenal :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.