Langkau ke kandungan utama

Pulang ke asalmu

Hari beransur petang. Banyak urusan yang belum selesai-selesai. Banyak yang belum dikemaskan. Sebentar lagi mau menghantar Coco saya ke vet.

Coco sayang!

Bonda berpergian selama empat hari. Jadi kamu jangan macam-macam. Tiada kembung rebus untuk kamu. Makan aja biskut yang diberi petugas vet.

Balik kampung!

Bunyi macam sangat seronok. Tapi itu bukan kampung saya. Lagi pun itu bukan kampung. Kawasannya adalah sebuah taman perumahan. Hari-hari muka jiran tetangga jarang kelihatan. Semua berpergiaan dengan bulan dan pulang juga bertemankan bulan.

Sama saja dengan kawasan kejiranan saya.

Saya balik juga. Kerana ayahbonda mertua masih ada. Hanya kerana keduanya.

Saya juga kepingin pulang ke tempat kelahiran. Rindu pada bonda dan Khadijah.

Khadijah, cermin saya. Satu-satunya saudara sedarah saya di kelahiran ini.

Saya selalu ingat kata-katanya.

“Urusan dunia tidak akan pernah selesai-selesai, kak. Akan selesai hanya setelah kamu terbujur jadi mayat”. "Dan ketika itu, mereka yang masih bernyawa akan menyelesaikan urusanmu". Dia menyambung.

Uhhhhhhhhhhhhhhh!

Saya insaf.

Tapi banyak lagi yang perlu saya sudahkan.

Alahai!

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Berhijrah ke balik kampung? Kalau hijrah, saya do'akan yang terbaik untuk WL. Tapi, jangan pula tak online ye.

Kalau balik kampung untuk beriadah, semoga ianya memberi semangat baru kepada WL.

Apapun, jaga diri ye.
Kak, selamat pergi dan selamat pulang. =D

TiQah
Neeza Shahril berkata…
salam kenal waterlily..
coco tu kucing kan.. kalau tidak takkan makan ikan kan.. hehee..
selamat balik kampung. semoga selamat pergi dan pulang...
kad0k. berkata…
selamat balik kg ye WL...sekali bercuti la gamaknya..cuti panjang..hehehe
en_me berkata…
ammvoiii, balek kampong gittewww.. mesti best kannns
kawaii_desu berkata…
salam Ziarah :)
Amalina berkata…
Ciann coco kena tinggal. First time ke tinggal kak? Nway, seronoknya dpt pulang ke asal...take care.
tasekM berkata…
selamat balik kg kak...

sian coco... jgn nenakal ye coco... :)
AL-BIMA SAKTI berkata…
salam WL,

ketika nyawa masih di badan
urusan dunia menjadi satu kejipan
kalau dilupa dan diabaikan
bermakna kita tak menghargai anugerah Tuhan.

selagi nyawa bertaut di badan
itulah kenyataan dan kebenaran
tak seharusnya dihindarkan
amanah Tuhan.
saudagar gaRAM.. berkata…
pulang ke asal??

lamanya dah tak pulang ke asal..
harap2 tak tersesat plak kat tempat bukan milik gua ni..
Lee berkata…
Hi Water Lily, nice blog you have, and I have always love to see water lilies, especially when I go fishing.
But as my Bahasa is 1950's and more than rusty, I will not attempt to comment on your posting, might be mistaken for a marriage proposal, habis cherita! Ha ha.
But I think from the 5% I still understand, you going to balek kampong and miss Coco your cat.
You have fun and keep well, best regards, Lee.
ckLah @xiiinam berkata…
Hidangan untuk Coco tu sama dengan favorite 'Imau',kucing anak-anak saya. Tapi roti canai(berkuah dalca) dan spaghetti pun dia belasah.Rupa diapun sama mcm Coco.Bila2 nanti bg gambar...imau masih bercuti bersama anak2 di kg
13may berkata…
selamat selamat :)
Lily Abdullah berkata…
Selamat untuk semua yang berkunjung dan selamat berkenalan untuk yang baru mampir ke sini.

Terima kasih juga untuk pembaca diam.

Kepada yang baru meninggalkan jejak, saya akan membuat kunjungan balas dalam masa terdekat.

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...