Langkau ke kandungan utama

Percubaan menulis yang santai-santai


Saya cuba untuk menulis yang santai-santai.
Tidak berat.
Yang ringan dan penuh lelucuan.
Malang saya tidak pandai dan percubaan saya tidak pernah menjadi.

Barangkali mungkin.
Perjalanan hidup saya. Tidak pernah santai-santai.
Penuh keributan dan kekecohan.

Atau
Saya terlalu asyik merenung bintang.
Lantas saya teralpa. Di mana rumput yang dipijak.

Atau
Hati saya telah karat
Ada keperluan untuk mencuci hati.
Saya cari-cari Clorox berjenama kitabullah.
Telah berhabuk kulitnya.
Walau disimpan di dalam sebuah rak bercermin

Saya cuba untuk menulis yang santai-santai.
Tidak berat.
Yang ringan dan penuh lelucuan.
Malang saya tidak pandai dan percubaan saya tidak pernah menjadi.

Imej kredit to Hope

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

akak sentiasa pandai menulis...

adik botak ini, sentiasa akan tersenyum bila bertandang ke sini...
Kassim Selamat berkata…
Yang santai² tuu yang buat tulisan dan isi ceritanya menarik (^_^)
13may berkata…
KakLily mempunyai tatabahasa dan gaya yang tersendiri...

seronok membaca tulisan kaklily :)
tasekM berkata…
kak,
kadang2 yang santai2 itu akan jadi yang alpa-alpa...
Amalina berkata…
Yelah kak Mar. Tulisan kak Mar sentiasa menarik. Tak kiralah apa ceritanya, byk yg boleh dijadikan panduan/ cth pada Amal.
t.a.t.a berkata…
Saya pulak nak sgt tulis cam akak tu, tapi tak reti.

*otak beku, jari kaku*
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Untuk rakan-rakan yang menyokong dan memberikan kata-kata semangat dan yang membaca dalam diam.

Terimas banyak-banyak. Kadang kala saya jadi kurang yakin dengan diri.

Blog ini bukanlah apa-apa. Namun ia buat saya rasa dihargai.

Di luar sana tiada sesiapa kenal si Water Lily.

Jadi izinkan saya perasan di sini sekejap :p

Terima kasih ya.
. berkata…
saya tak pernah mencuba apa-apa.

alahai..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...