Langkau ke kandungan utama

Saya sungguh gembira pagi ini





Pertamanya, video ini dipinjamkan(baca: dirembat sesuka hati) secara ehsan dari Tok Rimau



Keduanya, gambar muka depan blook GT yang dirompak secara ehsan juga dari Tok Rimau

Ketiganya, foto ini dicuplik dengan ehsan dari rumah Spyz. Insyallah esok saya ke planet Pena dengan memakai baju warna terang. Saya akan bertemankan seorang lelaki menaiki kenderaan beroda empat, tetapi bukan kereta. Saya akan bertemankan Sony Ericsson(pinjam).

Sumpah! Tidak akan membawa Coco.

KEMPATNYA, SAYA MENGEPOS ENTRI DARI PC SEKOLAH. (Inilah perkara yang paling mengembirakan saya kerana hari ini saya dapat membalas dendam dengan makan gaji buta ha ha ha!)

Ulasan

tasekM berkata…
kak, harapan nak ke maskara semakin tipis.. ada tugasan yang belum langsai dilaksana.. :(
mOEha Aziz berkata…
Salam...

gembira kerna akakku akhirnya tersenyum dan esok akan tertawa riang... pakai baju warna terang? pakailah apapun akak sentiasa akan menerangi ruang sekitar dengan keikhlasanmu....
Mulanya saya teringin sangat pergi memeriahkan Maskara itu tapi tiba-tiba keghairahan ingin pergi saya itu mati tiba-tiba.

Alasannya: Mungkin sebab saya sangat pemalu.


Tapi kalau ada manusia bertopeng pada malam itu, bukan orang lainlah....
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Alahai kepingin sungguh bertemu kamu wahai Tasik nan Merah.

Tidak mengapa kak Lily akan memakai baju warna merah untuk mengingati kamu insyallah :p

Muha,
Jom,ikut kakak. Nizam kerja tak. Maskara untuk siapa-siapa saja, kata encik Naga dan para soljahs.

Purp,
Tinggal sahaja kat rumah. Hari tu kamu kata terpaksa jaga anak.

Tapi jika kamu berpergian juga, tegurlah kakak yang tidak bertopeng ini. Jangan malu-malu ya :p
Pa'chik berkata…
eleh purp pemalu... cheh... hahah...
takleh gi maskara.. jauh sangat.. haha..
Lily Abdullah berkata…
Jauh ? Woo..ko dok kutub utara ke kutub selatan ni chik hehehe...
cakapaje berkata…
Salam WL,

Makan Gaji Buta - MGB, namanya :)

Lor...sian si Coco tinggal kesaorangan kat rumah.
A t i Q a h berkata…
Sedih. Sedih. Sedih.
Nak pergi tapi tak dapat pergi.
Nak jumpa akak. hu hu hu.
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Shah,

Niat hati nak bawa seorang gadis chomel, tapi apakan daya saya dan suami tak berkereta. Public transpot sampai Hang Tuah aje, kata Naga. Pastu kena jalan kaki.

Takpe, ada gadis chomel temankan dia :p

Tiqah,
Kak Lily juga kepingin jumpa kamu. Takpe lain kali. Enche Naga dan para soljahs ada berbotol MASKARA.

Ni semua, tak tidur lagi apasal...rindu pada bulan ya? :p
arsaili berkata…
salam, gaji pun bermata ya..ingat gergaji jer..ekekeke
Jaga anak? Ye..ye..ye.. Anak...
Lily Abdullah berkata…
Arsaili,
Ya, Gaji juga bermata. Tuan memberi gaji yang buta hati hahaha.


Purp,
Kamu sungguh misteri. Entah siapa jejaka berbaju belang biru yang menegur kakak malam tadi. Ditanya dia menafikan. Tapi dipandang dari belakang rambutnya ada potongan kamu

Entah!

Mungkin kakak ini berfantasi yang bukan-bukan dek terlalu kepingin melihat kamu :)
pengkao berkata…
lama dah tak jenguk rumah PENA.
Lily Abdullah berkata…
Bila balik bertandang la...rumah Pena agak uzur seiring usianya...tapi bagi kakak ini ia tempat paling indah jika dibanding dengan KLCC

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.