Langkau ke kandungan utama

Tag untuk berangan-angan sebentar


Usia di waktu dan ketika saya ingin kembali adalah antara usia tiga puluh lima hingga tiga puluh tujuh tahun. Tika ini, saya masih bernafas untuk berkongsi cerita saya amat bersyukur.


Semalam.

Saya ingin mencoret dan mencorat sesuatu. Puas otak diperah. Ilham tidak juga muncul jelma. Walaupun berulang kali saya putarkan lagu “Kau Ilhamku” dendangan Man Bai menerusi I-Tunes saya.

Lalu saya, merayau-rayau ke ruang maya. Mencari entri-entri indah untuk hadaman minda. Mana tau, jika hadaman saya mengilhamkan sesuatu. Agar saya bisa mencorat-coret sesuatu.

Lantas, saya ketemu laman en_me. Lalu saya meletakkan komentar; sekadar bergurau-gurau sesama rakan siber.

Dan saya ditag di atas permintaan sendiri ha!ha!ha!ha!

Alahai.

Sekiranya ada sebuah mesin atau peralatan yang bisa mengembalikan saya ke waktu silam; alahai.

Mau saja saya kembali ke bulan November 2005. Pada tarikh itu, ada seorang lelaki yang lurus telah sudi mengahwini perempuan perengus, kaki leter dan pemarah seperti saya. Dan dia terima saya seadanya, walaupun saya hanya merebus sotong atau ketam untuk santapan tengaharinya.
Pada tahun itu juga, saya bertemu Kim san. Wanita hebat yang banyak mengajar saya untuk menerima diri saya seadanya. Tanpa malu dan ragu. Kata wanita ini, selagi kita waras dan bisa buat keputusan sendiri; itu maknanya kita adalah individu yang berdikari.

Dan jika dia tahu ayat bekas boss saya yang menyebabkan saya kehilangan kerja, tentu dia kecewa. Saya lagi-lagi kecewa. Kerana persepsi berdikari antara saya dan bekas boss ketara berbeza.

Sungguh!

Jika mesin waktu itu tidak kehabisan minyak atau punya lain-lain masalah teknikal; saya mau kembali ke bulan April 2007. Di mana saya bersama Kim san dan rakan-rakan mementaskan teater tanpa dialog yang Kim san panggil Taihen (diambil dari perkataan hen-tai) dalam bahasa Jepun. Saya panggil “Art of Body Expression”.

Pertama kali ke pentas, buat saya cukup teruja. Mungkin bagi orang lain, itu biasa-biasa saja. Teater “Forest of Remembrance” itu buat saya glamer hingga masuk majalah KLUE. (Izinkan saya perasan sebentar ya!) Ia juga buat saya punya ramai kenalan dan membawa saya berkelana ke Nishiawaji, Osaka di waktu panas terik Ramadhan nan mulia.


Penghujung 2007, saya berkenalan dengan adik botak. Dia mengajar saya banyak perkara. Tabah. Sabar. Dan segalanya yang molek-molek.

Plop*

Mesin masa saya mengalami masalah teknikal.

Uhhhhhhhhhhhhhhh!

Seronoknya berangan-angan untuk kembali ke masa silam.

Sayang !

Roda waktu tidak bisa berputaran ke belakang.

Ulasan

en_me berkata…
wah, akak waterlily ittewww sungguh happy gittewww.. semoga kita bisa jadi rakan siber yg baik.. manyaknyer tempat masa silam ko nak pergi noooo.. ahaha
Amalina berkata…
k Mar deary, baru semlm amal baca satu blog, ada kata2, 'dream n achieve, dream n achieve'. tak salah berangan2, buatkan kita kreatif utk capai sesuatu. tapi nk blk zaman silam takleh la kan, cumanya mungkin akan buat kak or kita lbh maju dari apa yg telah kita capai di zaman silam ittew (nk guna jugak word nih).
mmm... teringin nk tgk teater k Mar. kalau ada rezeki boleh pentaskan lagi nanti ye. di sini, mmg salah satu cara org nak sampaikan sesuatu pd public atau msykt sekelilingya dgn cara pementasan teater. pernah tgk di tv, seorang ibu pentaskan teater sorang2, sbb nk bg org ramai faham ttg keadaan anaknya. padahal ibu tu, surirumah je, bukan artis whatsoever. kagum... ooh kagum.

ps: angan2 cuma bahaya utk mat jenin.

Wassalam.
kuchalana berkata…
yg lepas jika dikenang memang menyakitkan.. yg dihadapan kita xtau apa yg akan berlaku..

qada dan qadar allah sentiasa disitu.. tidak diberikan ujian jika kita tidak mampu menanggungnya..
Kemat berkata…
wah..waterlily orang teater juga rupanya..baru tau..
tasekM berkata…
kak sedap tu ketam rebus.... buat utk aku semangkuk kak... :P

kak jom la pergi daun kawin.... pegi la kakkkkk....
Kalau saya, mungkin saya ingin kembali ke saat saya berusia satu hari. Hmmm.....

:)
Lily Abdullah berkata…
salam

Purp,
Sehari yang cukup indah. Sebab kamu belum celik mata untuk melihat keindahan dan kejelikkan dunia :)

Tasik.
Takde kad boleh pergi ke? Maknanya tak dijemput tu. :)

Ala Kemat,orang teater hapenya. Bukan ada dialog. Walau berkali diberitahu 'innovative art' akhbar dan orang sekeliling tetap panggil " theater for disabled" Ceh!

Kuchalana,
Betul. Yang lepas jangan dikenang. Harus juga mengenang yang manis2 dan yang payau2 untuk sempadan diri.

Amal,
Udah letih berangan-angan pasal teater tu. Pergi mana pun orang condemn pasal costume yang menjolok mata. Walhal benda tu boleh diubah suai.

Ini Malaya Amal, cuma bintang2 AF sahaja yang ditaja besar-besaran.

me,
Thanks. Sape tak tag akak. Jadi kena offer diri :)
en_me berkata…
akak lily itteww, sebenarnyer akak tidak menjawab soklan tag me yg itteww.. soklannyer kan tanyer 'berapa umur' ataupun 'what age', bukan 'tahun biler'.. jadi kesimpulananyer, akak tidak menjawab tag me dengan betul.. uhuhu
watelily berkata…
"Usia di waktu dan ketika saya ingin kembali adalah antara usia tiga puluh lima hingga tiga puluh tujuh tahun"

Eh...statement ni kira tak aci yer..gitewwww pulak eh hahaha :)

Ni, kira tak pass lah ye :)
A t i Q a h berkata…
kak, tak ada video ke? nak tengok. :)
en_me berkata…
ahaha, masih tidak tepat yer.. gittewww jawapannyer.. tp xper, gasaklah kannnns..
mOEha Aziz berkata…
salam akak,

akhirnya settle jugak masalah server ni... huhuhu

saya pun happy dapat jumpa akak n abang.... :)
Lily Abdullah berkata…
Muha,

Akak pun sama. Esok akak balik kg. Don't worry.Rumah apak mertua ada tenet gitu. Cuma mungkin tak sempat online. Harta apak mertua tuuuu..:)

Me,
Gasaklah kan..kaans.. :)

Tiqah,

DVD itu ada. Tapi tidak pernah ditayan kepada sesiapa kerana custumenya teramat sexy 'seksa' gitu.

Lagi satu akak ini tidak pandai mencetak rompak DVD. Try berkali, tak jadi2.

Kalau Tiqah nak tgk juga, akan akak usahakan mencetaknya.

Tapi jangan kutuk. Memang seksi giler. Ala ratu renang@ ginmas gitu. Tapi bukan semua part ada costume tu. Tapi yang buruk itulah sentiasa jadi isu kan kan..kaaans!
Pishaposh berkata…
Kak WL,

Salam kenal.

Boleh saya hulurkan perkenalan ini dengan TAG?

Silalah ke blog saya ya ...

Have a nice day!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.