Langkau ke kandungan utama

Saya faham cikgu.

Guru, cikgu, ustaz, tuan guru, tutor, pensyarah, sifu atau apa-apa sajalah. Mereka mengajar. Mereka pendidik. Kita pernah menjadi murid dan sekarang mungkin seorang guru. Walau tidak secara professional.

Tapi saya separa guru secara professional. Gaji saya pun separa juga. Segalanya serba separa.

---------------------------------------------------------

Hari itu.

Berbelas tahun dahulu.

Saya duduk-duduk berduaan dengan lelaki itu.

Dan dia sedang memeriksa kerja-kerja sekolah saya. Maklum, saya muridnya yang paling lambat menyudahkan kerja. Dan dia satu-satunya guru yang paling memahami keadaan saya.

Dia tampan, berkulit putih dan berkaca mata. Mirip lelaki Tionghua. Umur dua puluhan dan baru lepas maktab perguruan.

Bersekolah di sesi petang; jam sudah enam empat puluh lima.

Gelap dan langit mau meruntuhkan hujan.

Tiba-tiba dia bersuara.

“Mar!” Dan dia merenung saya. Tajam dan menyihir.

Dia tampan, berkulit putih dan berkaca mata. Mirip lelaki Tionghua. Umur dua puluhan dan baru lepas maktab perguruan.

Bersekolah di sesi petang; jam sudah enam empat puluh lima.

Gelap dan langit mau meruntuhkan hujan.

“Mar, awak balik dulu. Sudah lewat. “

“Sebelum tu, biar saya beritahu awak sesuatu.” Saya angguk dan dia menyambung.

“Lelaki di waktu siang hanya boleh dipercayai separuh saja. Di waktu malam, jangan dipercayai sama sekali. “

“Uhhhhh!” Ternganga mulut saya. Terpisat-pisat mencari makna.

Kala itu saya cuma gadis naïf berusia tiga belas tahun.

SELAMAT HARI GURU CIKGU AZMI.

Dia tampan, berkulit putih dan berkaca mata. Mirip lelaki Tionghua. Umur dua puluhan dan baru lepas maktab perguruan.


Dan para guru yang saya kasihi. Semoga dalam limpah rahmatNya, walau di mana jua berada.

Kini.

Saya sudah banyak belajar dan mengerti.

Saya faham cikgu!!!!
Saya amat faham sekarang.
Sangat faham.



Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

hrmmm... menarik. Bijak Cikgu azmi ni. Beruntung akak.

apapun, tak apa sekarang. Akak dah ada pelindung yang gagah lagi hencem.... :)
tasekM berkata…
pengakuan itu sungguh tulus...

untuk menjadi cikgu yang sgt sabar pun bukan mudah kan??..
Tanpa Nama berkata…
mr. koo cikgu yg encem
cikgu ismail cikgu yg baik
pn. shima cikgu yg best

;)
Amalina berkata…
Hebat cikgu kak tu. Punya rupa dan perangai yg tampan. Selamat Cikgu Azmi.

Wassalam.
violet berkata…
tingat balik masa sekolah dulu :)

baiknya budi cikgu Azmi tu. w'pun dh lewat, ari nk hujan tp msih kt sekolah

sggp berkorban demi tugas yg murni

ensem lak tu :D

Selamat Hari Guru 16th May nnt
Sastri berkata…
hmmm... ada benar nasihatnya itu...

terima kasih kak... *hugs*
13may berkata…
hehhe...
saya paling ingat cikgu yang asyik dok lempang saya....

tapi sebab dia dok lempang saya, saya jadik rajin ke sekolah :)
Saya sedang teringatkan cikgu memandu saya.
Anonymous berkata…
“Lelaki di waktu siang hanya boleh dipercayai separuh saja. Di waktu malam, jangan dipercayai sama sekali.“

di waktu malam, lelaki bertukar menjadi drakula yang menghirup darah merah.

atau, mungkin. di waktu malam, lelaki bertukar menjadi wanita..?

Cikgu Azmi itu. Bahaya.
Lily Abdullah berkata…
Salam

En Po

Entah. Rasanya mereka(bukan semua ya)bukan menjadi drakula. Mereka menjadi perogol berjemaah, perogol bersiri dan pembunuh juga. :)

Saya tidak faham juga dulu-dulu.

Purp,
Cikgu memandu kamu lelaki ke perempuan atau GAY. Belajar memandu waktu malam ke? :P

May
Hang memang nakal..huhuhu..Selamat hari lahir May. :)

Dik Sas,
Cikgu Azmi cakap berkias :)

* hug juga.

Vee,
Dia sangat baik. Pernah bayar yuran sekolah untuk anak muridnya yang miskin. Semoga Allah merahmatinya. AMIN.

Amal,
Woo..dulu dia memang kacak. Sumber inspirasi budak perempuan hingusan macam kakak. Dia ajar BI.

Sekarang entahlah...tapi kebaikannya sentiasa dalam ingatan.

Kema,
Woo..jatuh chenta ngan cikgu ye? ahaks!

Tasik,
Ya...dia tidak berbicara tentang lelaki lain sebenarnya. Mungkin dia maksudkan dirinya. Dan kakak ini budak hingusan yang comel waktu itu(perasan hahaha!)

Muha,
Ya..dia guru dan sekaligus pendidik yang baik. Sejak itu kakak sentiasa berhati-hati dengan malam dan lelaki.

Err..malam ni kita keluar ada bodyguard ya.

ps: Kema nak ikut tak? :P
Kerp (Ph.D) berkata…
entry ni buatkan saya teringat kat cikgu BM saya...cantek tapi garang. satu hari, dia tahan sebab saya tak siap keje. sampai dah maghrib, langit dah mula gelap dia tak pedulik. last2 on the way balik menangis sebab takut mak marah sbb dah gelap baru balik. memang gelabah.

Selamat Hari Guru terutama pada guru2 yang suka menyiksa saya dulu.
Tanpa Nama berkata…
Saya pun dah faham! Dah Faham!

Terimas buat cikgu2 ku yg peling kepala melayan karenah muridmu yg tah ape2 tah ini.
Tanpa Nama berkata…
adakah pada guru perempuan akan berbicara pd perkara yg sama WL?maksud sy jika seorang guru perempuan dan seorang budak lelaki berumur 13 tahun.sekadar kemusykilan...:p
tasekM berkata…
kadok,
aku rasa.. yang akan ucap kata-kata yang sama ialah budak lelaki itu... kepada cikgunya pula.. heh..
Lily Abdullah berkata…
Tasik,
Terima kasih kerana menjawab soalan en Kadok bagi pihak kak Lily :)

Kadok,
Soalan kamu telah dijawab oleh Tasik :)

PS: cikgu Azmi saya hebat kerana nasihatnya jadi bahan perdebatan hahaha.

Saya kata, terimalah nasihatnya dengan berlapang dada. :p

Wan,
Akhirnya ada juga yang faham. Mudah-mudahan kamu bukan sebahagian lelaki yang cikgu saya maksudkan.

Salam kenal.

Danny,
Woo..woo..kamu nakal jugak ye Bila mau dating dengan kakak separa guru ni? Bawa Pinky ye !:p

Terimas.
Rajuna berkata…
oh ini lah blognya. baru dapat sampai setelah membaca gt :)

ayah saya seorang cikgu. dan saya amat menghargai pengorbanan seorang guru.


kecuali seorang guru yang menghina ayah saya bahawa ayah sendiri tak tau mengajar saya dikhalayak ramai. saya tak akan maafkan mereka yg cuba menghina keluarga saya. alhamdulilah berkat doa ayah dan mak jejak juga saya akhirnya ke menara gading.

salam singgah ye kak. mintak maaf emosional sedikit. jemput2 ke blog saya :)

selamat hari guru.
Kemat berkata…
yer..kata orang kucing jangan dihulurkan ikan...iyer ke
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Xrajunax,
Woo..kamu emosional sungguh..berapi-api. Takpe. Nasib baik ada GT. Kut tak, tidak sampailah kamu kemari ye.

Terima kasihlah untuk Tok R dan ketua turus.(tak lupa promo Blackpurle) ahaks!

Kemat,

Kamu sampai ni sebab promo Blackpurple atau GT? :)

Kucing...ya betul, betul sangat tu. Si Coco kat rumah ni pantang nampak ikan. Takat biskut kucing dia bolayan :)

Terima kasih
pengkao berkata…
selamat hari guru kak!
semoga populasi cikgu azmi bertambah dari hari ke hari.
KunangKunangMalam berkata…
saya gusar.adakah cikgu azmi sedang mengeluh tentang dirinya.atau adakah cikgu azmi mempunyai maksud yang tersirat.

erk..maaaf bersangka buruk dihari guru..

slmat hari guru kak~
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Kunang,

Entah! Tidak pasti. Mungkin dia sedang bicara tentang dirnya juga.

Mungkin dia punya maksud tersirat. Dia cuma lelaki biasa dik.

Peng,
Mudah-mudahan begitulah. Besar tanggongjawab pendidik ni. Bukan senang. Tak betul, nanti tidak terjawab dengan Allah dik.
A t i Q a h berkata…
Selamat hari guru untuk mak, abah, dan semua guru-guru. he he he

Cikgu Azmi tu ada adik bujang tak? =P
Lily Abdullah berkata…
Tiqah,

Huhuhu..entahlah. mungkin sudah ada anak bujang sebaya Tiqah. Dah lama terputus hubungan.

Kirim salam ngan mak okay. Dah ajar mak buat blog ahaks!
tasekM berkata…
kak lily,
selamat hari guru ye kak...
Pa'chik berkata…
masa tu masih siang lagi kan... jangan percaya semua, separuh je yang che'gu tu cakap betul... ekekke....
:P
Lily Abdullah berkata…
Tasik,

Terima kasih. Kamu juga guru kepada Muhammad Cerdik. Selamat hari guru juga.

Chik,
Kak Liliair rasa sebenarnya cikgu tu nak bagitau "Jangan hampiri zina" kut.

Entah hahaha!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...