I.
Malam ini. Saya duduk-duduk di luar koridor sambil merenung bulan.
Tiada bintang. Tetapi jika di sini bukan kota metro, tentu kelihatan ribuan binatang. Berkelipan gemerlapan dan cantik dipandang.
Lalu saya rumuskan bulan itu adalah saya dan rakan-rakan senasib dengan saya.
Dan saya rumuskan juga bintang-bintang yang bertaburan itu adalah kamu. Ramai, punya kecantikan dan kesempurnaan dari aspek fizikal.
Bulan tidak cantik. Diberitakan permukaannya berlubang-lubang di sana-sini.
Jadi para gadis, awas ya.! Jika ada jejaka mengatakan kamu cantik laksana bulan. :P
Jika dia katakan kamu bintang, kamu perlu berhati-hati juga.
II.
Sebenarnya
Sebetulnya, saya tiada mood untuk menulis entri. Mukosa mengalir tanpa henti dari lubang hidung saya yang tidak penyek dan tidak juga mancung.
Lantaran dua hari yang lalu saya teramat marah dan kemarahan itu turut saya muatkan dalam entri.
Dan saya rasa bersalah pulak, jika luahan kemarahan saya itu menganggu dan memberi tekanan kepada orang lain.
Maafkan saya!
Hari ini pun, fikiran saya masih diusik kekacauan yang bukan sedikit.
Saya rasa mau menulis surat. Mau berhenti kerja. Tapi, nanti saya kehilangan pendapatan dan saya terpaksa bersabar dahulu.
Badan saya lemah sejak semalam. Diazepam, paracetamol, piriton dan baclofen telah membuatkan tubuh saya lemah dan lusuh.
Lembik dan lusuh. Dan selusuh kain buruk pun masih berguna untuk mengesat airmata. Demikian titah bicara adinda botak dalam entrinya di sini.
Namun, saya terpaksa mengambilnya untuk mengurangkan kekejangan otot pada leher dan mulut. Jika tidak mengambilnya , sukar bagi saya untuk menelan makanan atau bercakap. Apatah lagi menggerakkan jejari yang kejang.
Hari itu, saya marah sungguh. Bukanlah kerana dua gadis berbaju ketat itu enggan memberikan saya tempat duduk. Bukan itu sebab utama Ia cuma pencetus kemarahan saya. Tapi kerana majikan saya.
Saya mau bersemuka dengannya. Mahu bertanya kedudukkan saya. Letih saya. Sudah tiga tahun bekerja tanpa KWSP. SOCSO, apatah lagi.
Sedangkan setiap hari saya berhadapan dengan risiko kemalangan; melintas jalan, digilis kereta, terjatuh, dirompak, dirogol dan mungkin dibunuh juga.
Malangnya mereka enggan melayan saya. Puas saya menunggu untuk bertanya. Mereka lansung tidak nampak saya. Malah boss paling besar itu asyik bercakap di telefon dan marah-marah. Entah siapa dan siapa yang dimarahkan.
Mungkin saya pergi pada waktu yang salah. Perempuan bermuncung sedapa itu apatah lagi. Semakin panjang depaan muncungnya.
Padahal, sewaktu uparacara sambutan Hari Guru diadakan boss saya sungguh ramah dan nampak sangat penyayang dan prihatin.
Cis! Hipokrit sungguh!
----------------------------------------------------------
Semalam.
Boy esemes saya. Katanya. “Memboringkan betullah hari ini kak”.
Lalu saya jawab, “Akak pun sama dik. Mungkin jiwa kita resah dan kacau agaknya”.
“Hmm...jiwa Boy kacau sebab nak cari kerja dan penuh dengan masalah. Rasa nak menangis saja kak”.
“Akak ni nama aja kerja. Gaji tidak setimpal dengan kelulusan, dibayar sesuka hati, takde KWSP, SOCSO apatah lagi”. Saya.
“Hmm...nak buat apa lagi kak. Dah nasib kita”. Dia.
“Ye. Nasib kita dik. Ujian Tuhan untuk kita. Semoga bertahan ya. “
“Insyaallah kak”.
Lalu saya terbayangkan adik saya itu. Tiada peluang belajar ke peringkat tinggi. Tangannya lumpuh sebelah akibat kemalangan jalanraya ketika berumur belasan tahun.
Kekadang, di waktu malam dan pagi tubuhnya mengigil-gigil menahan kesakitan saraf.
Hello!
Ada sesiapa mau tawarkan dia jawatan sebagai akauntan, jurutera atau kerani sekurang-kurangnya.
Fikirkan. Mari kita fikiran bersama-sama.
Berapa kerat orang kurang upaya yang boleh sampai ke tahap pendidikan tinggi.
Renungkan!

Ulasan
mungkin ini petanda agar akak harus berundur dari situ. Saya faham kerana saya juga di tempat yang sama tahun lepas...
saya amat sayangkan PLPP namun saya harus fikirkan diri sendiri dulu melebihi orang lain..
teringat pula kisah Azazil... penghulu malaikat yang akhirnya jadi syaitan... dia berdoa hanya untuk malaikat lain agar tetap taat padaNya dan terlupa untuk berdoa bagi dirinya sebelum adam dicipta...
akhirnya malaikat taat dan Azazil ingkar...
Jadi akak buatlah keputusan yang terbaik.. adikmu ini sangat yakin keputusan terbaik akan akak zahirkan dan akan sokong apa apa jua keputusan akak...
minum air masak banyak banyak... :)
Dari entri2 lama dan terkini saya dapati PLPP mengeksploitasi keadaan WL(dan mungkin ada lagi yg senasib di situ).Sekian lama saya sering berfikir, di PLPP pengurusannya robot atau insan?Adakah kerana mereka sempurna secara fizikal lahiriah mereka mempunyai hak mengeksploitasi insan lain?
WL mungkin OKU tetapi mereka adalah OKA.Adakah mereka fikirkan OKU insan kelas 2?OKU tidak mempunyai keperluan sebagaimana mereka?
Kepincangan mereka sudah melampau.Di mana amanah mereka.
Apa pihak kementerian tidak mengetahui keadaan ini?Atau buat2 tidak tahu?Atau tahu tapi malu?
Jika WL ada option lain elok di pertimbangkan.Jika tidak bertahan buat sementara.
Berat mata membaca, berat lagi WL menanggung.
andai saja saya bisa membantu...
Kuat. Tabah. Sabar.
Harap-harap tiga perkataan ini bisa membantu akak dari segi moral.
mungkin kami hanya mampu menghulur simpati, mungkin di sini ada yang lebih arif untuk bertindak...sesiapa pun, bantulah...
takde ke sape2 kt sini yg boleh bantu insan mcm kak lily ni?
selama ni sy igt negara M'sia ni sbuah negara yg penyayang masyarakatnya. tp hakikatnya tidak.
semuanya hipokrit, hipokrit!
Adik Botak,
Akak dipertimbangkan sarananmu.
Faham-faham sajalah hidup di kota metro ini, kerja berdua baru boleh hidup selesa sikit. Abangmu itu bukan pegawai kerajaan - hanya kuli berpangkat rendah dik.
Doc TA,
Saya tak berkerja dengan PLPP, cuma bekas pelajar. Saya bekerja dengan NGO. Yang konon2nya membela nasib anak-anak Cerebral Palsy di PJ.
Membela? Mereka menindas saya & beberapa orang lagi staff CP. Orang lain(maksud saya bukan OKU), dan kroni2 mereka 3 bulan kerja diangkat jadi staff tetap.
Very upset doc.
Tiqah,
Terima kasih atas sokongan moral. Kadangkala timbul rasa hairan, kenapa insan-insan yang tidak dikenali wajah lebih memahami. Sedangkan insan yang ditemui setiap hari hanya mencebik muka, bila kita terlewat punch card @ terlupa mentup air cornd hanya untuk 5-10 minit.
Kak Jie,
Saya cuma risaukan adik saya yang sedang mencari kerja itu. Bimbang dia terlupa Tuhan dan buat yang bukan-bukan.
Sebelum ini, dia ada buka gerai makan & pot cuci kereta. Tapi nampaknya tidak menjadi.
Vee,
Maafkan kakak,jika apa yang dikatakan ini keterlaluan. MEREKA ITU HANYA PENYAYANG DI DEPAN LENSA KAMERA.
T/kasih di atas sokongan moral. Saya berbesar hati.
jika ada tempat lain utk mengerah keringat, beralih sahaja... tinggalkan tempat itu walau pernah berjasa...
hati org mahu kita jaga, hati kita siapa nak jaga?...
sementara ini bertahanlah kak...
Saya tak boleh janji, tapi kalau ada resume WL dan adik tu, bolehlah e-mail kat saya. Mana tahu saya boleh rekomen kerja. Tapi di Shah Alam. Nak cuba tak?
moga kaklily terus tabah :)
betul kata kak tasik merah, sementara ni bertahan dulu, cari kerja lain kak. cari tempat yg boleh terima akak seadanya. asyik kita je nak jaga hati org, hati sendiri jgn smp merana.
penat kak kalau pergi kerja dgn hati tak ikhlas. i've been in that shoes dan sgt penat rasanya.
apapun good luck akak, hope the best and only the best for you. :)
secara peribadi.. saya ucapkan terima kasih.. jika ada yang dapat membantu kakak saya ni.. saya mohon, bantulah dia.
moga pertolongan kalian akan memberi kak lily secebis harapan dan beri saya serta OKU lain di luar sana secebis harapan juga.
kami tak minta dikendong tapi cukup sekadar dapat jalan beriringan dengan kalian sementara menanti dipanggil pulang...
terima kasih banyak banyak dan moga Dia merahmati kita semua..
Melankolia.
Bila saya menerima SMS kak Mar tadi - walaupun bukan ditujukan untuk saya pada awalnya - saya sudah terbau sesuatu.
Saya tak pandai memberi perangsang di saat saya sendiri sedang memerlukan perangsang. Cuma dapat saya kongsikan, bersabarlah kak. Semoga akak terus kuat. Semoga Tuhan mempermudahkan segalanya untuk akak.
EPF/Socso tu wajib dibayar oleh majikan. Tapi selagi tiada laporan dibuat kepada EPF atau Socso atau Jabatan Tenaga Kerja, tiada tindakan akan diambil. Terpulanglah pada Mariannie sama ada nak buat laporan atau tidak. Cuma masalahnya kalau dah report nanti jadi tak selesa pula kerja di tempat yang sama...
Akan disambung di lain entri ya :)
Kak Bani,
Salah saya juga. Semasa sign kontrak tidak membaca betul-betul. Dalam kontrak tu kata saya bersetuju untuk tidak dibayar EPF/SOCSO dll kemudahan.
Tapi semua staff baru sign kontrak yang sama. Dan tidak sampai 3 bulan diangkat jadi staff tetap.
Saya ni senasib dengan pendatang agaknya.
Oda,
Mudah-mudahan kamu cepat jai boss. :D
Purp dan lain-lain(maaf tak dapat sebut satu persatu)
Terima kasih akan sokongan kamu semua. Saya sedang sakit, tapi datng juga bekerja.
Nasib baik hari ini tidak ramai anak-anak.
buleh ke buat kontrak macam tu... jahatnya... sapa la kepala nya... patut diikat kat bas, pas tu ditarik-tarik keliling kota saja...
Pa'chik dan semua-semua.
Hari ini Kak Lily dah resign dengan notis 24 jam.
Dengan ini bolehlah saya mengedit profil saya surirumah merangkap full time blogger.
Nanti sihat sikit saya updatekan ceritanya. :)(senyum dalam tangisan)
Boss-boss tu aku sumpah jadi batu :)
Terima kasih atas keprihatinan anda semua wlaupun kita tak pernah kenal wajah.