Langkau ke kandungan utama

Biar kepingan-kepingan gambar bercerita

Oleh kerana kami (teratai dan si botak) kaya amat dengan kasih sayang, maka kami bersama-sama kronis ke De Mines .

Berwindow sopping dan menonton filem propa Amerika. Kali ini kami mengunyah bertih jagong yang manis macam senyuman si botak.
Nizam, maaf foto kita berdua tidak ada. Maaf dik, faham-faham sahajalah lelaki kakak yang kacak itu. Biarlah, jika hendak menukar cell phone baru. Kalau mau mengganti kakak baru pun, redhakan sajalah.
Si botak, sila kirim foto yang beramai-ramai tu ya.
Terima kasih kerana bersama-sama mengembirakan diri kita petang tadi
Kita masih bisa tersenyum kan?
Nota kaki:
Si botak masih bujang. Yang itu bukan anak isterinya. Sesiapa berkenan, sila masuk meminang. Hantaran lebih kurang yang diminta Tuan Puteri Gunung Ledang. :p

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Wah! Jalan jalan tengok wayang! Pulak bersama 2 lelaki hensem lak tu! Hmm...sure bes makan jagung tu, terkeliur den :)
Lily Abdullah berkata…
Salam Shah,

WL ditemani tiga jejaka hensem, seorang ibu yang cun dan dua anak-anak yang comel. Huh! Siapa yang tidak bahagia, walau berjauhan dengan saudara sedarah daging. :)
mOEha Aziz berkata…
salam kak........

wah... siap promosi nampak... habislah... huhuhu... terima kasih kak dan abang... adik adik dan anak sedara kalian ini sangat happy... si kakak tidur pun masih pegang belon yang dibeli pak longnya... hehehe
A t i Q a h berkata…
Terer pegang baby. Tu ciri-ciri lelaki yang boleh buat suami tu. Ha ha ha
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Tersangatlah gumbira dan berbesar hati. Dah ke sebelah sana tadi, pix Nizam takde juga. Hai..sian Nizam adik akak yang hensem itu.


Tiqah,
Ye ye...betul tu. Tapi kak nak habaq awai2 no. Dia ada kaki, tapi tak terasa pabila menjejak tanah dik. Tapi dia maintain senyum.

kagum kan?
tasekM berkata…
seronoknya... dah lama tak menonton wayang...

si botak itu manis banget senyumannya..
Tanpa Nama berkata…
sungguh tinggi hantaran si botak...jambatan emas dari mana kemana?..:p
Tanpa Nama berkata…
wo wo wo...
pegi jalan tak ajak orang!

hehe ;)
arsaili berkata…
salam...kalau tidak mampu menjejak bumi, senyuman saja bisa menceriakan alam...kerna ALLAH itu MAHA ADIL
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Arsaili, senyuman yang paling membunuh kata enche Naga :)

Kema,
wo..wo..nak ikut jugak ye. Dok mana. Kalau link KL boleh saja :D.

Kadok,
Dari destinasi yang ingin masuk meminang sampai ke Sg Ramal.

Di mana area kamu dan untuk siapa? :D

Tasik,
kamu belum denar lagi tutur bicaranya wooo bisa lebur hati :)

ps: Muha akak promo ni free of charge tau hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

.Dulu dan sekarang

Suatu hari di tahun 2 005. Finn memilih untuk ditempatkan di kelas Kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat. Kata teman-teman, mengapa dipilih kelas sebegitu. Pilih sahaja kursus jahitan, mereka mencadangkan. Nanti susah mahu mendapatkan kerja. Tapi dia tidak peduli. Umur sudah tiga puluh lima dan guru kelas memanggilnya “kakak”. Finn tercari-cari di mana suis komputer. Dia bertanya rakan-rakan yang jauh lebih muda. Rata-rata mereka sekurang-kurangnya punyai sijil. Petanda mereka punyai banyak kelebihan. Sekurang-kurangnya kenal MS Word dan website. “ Hang okay kak?” Cikgu yang lebih muda dari Finn itu bertanya. Ber hang dan aku sahaja dia dan Finn. Sama-sama Kedahan . “ Hujung tahun ni hang menikah saja laaa ”. Mulutnya memang masin dan Finn bertemu lelakinya. “Finn, ko bagi saya sijil ko dan fotokopi sekali” Encik Z, penolong pengarah merangkap kaunselor kepada para pelatih. “ Buat apa cik Z ? Cari kerja untuk saya ke?” Finn keteringinan untuk tahu. “Ada laaaa ”...