Langkau ke kandungan utama

Hidup ini tidak untuk ketawa-ketawa, tapi aku masih bisa tertawa.

Hidup ini bukan untuk ketawa-ketawa. Namun ada waktunya kita perlu bercerita dalam ketawa selepas tangisan yang panjang.

We think you unable to handle classroom independently.” Demilkian kata boss besar aku bila ditanya kenapa tidak diambil sebagai staff tetap tengahari tadi.

Paling menyakiti hati, dia kata aku diambil bekerja atas dasar simpati. Ha! Ha! Ha!

Lalu dia ungkit-ungkit kesalahan aku yang selalu bercuti sakit, transport spoiled dan cuti mengambil peperiksaan.

Dan dia tuduh itu adalah laporan guru besar aku. Heh! Aku bukan butalah. Aku tahu menilai. Puan guru besar aku itu, biarpun mulutnya garang, tapi hatinya tidak segelap warna kulitnya.

Kamu! Kamu! Dan kamu! Wahai boss-boss (dibaca: bekas-bekas boss).

Walaupun kulit kamu cerah, hati kamu sehitam air longkang.

Hidup ini bukan untuk ketawa-ketawa. Namun ada waktunya kita perlu bercerita dalam ketawa selepas tangisan yang panjang.

Hari ini patut aku raikan. Kerana aku bebas. Selama ini, aku takut tidak dapat makan kerana aku pernah hidup dan membesar di dalam keluarga berkais pagi makan pagi.

Hari ini, aku rasa maruah dan kebebasan itu penting. Allah swt, Tuhanku yang akan memberikan aku rezeki. Bukan kamu, kamu dan kamu tau!

We think you unable to handle classroom independently.” Demilkian kata boss besar aku bila ditanya kenapa tidak diambil sebagai staff tetap tengahari tadi.

Serta merta aku serahkan notis berhenti dua puluh jam. Puan guru besar tanya “You don’t want to consider?” Aku geleng kepala.

We think you unable to handle classroom independently.” Demilkian kata boss besar aku bila ditanya kenapa tidak diambil sebagai staff tetap tengahari tadi.

Ayat itu aku ingat sampai habis usia.

Syyy!!! Jangan sesiapa beritahu orang Jabatan Kebajikan Masyarakat ya! Nanti aku hilang lagi wang ringgit Malaysia tiga ratus. Banyak tau!. Mereka akan memotong elaun itu secepat mungkin. Mau menghulur saja terpaksa ikut pelbagai prosuder. Segala perlu ikut peraturan gitu.

Aku mungkin patut bercuti. Masalahnya wang gaji telah habis. Elaun Pekerja Cacat(mereka gelar, bukan aku. Jika aku, aku mau gelar Elaun Pekerja Tabah atau Elaun Pekerja Cool) juga hampir kehabisan.

Jadi esok aku akan menjadi bonda yang baik kepada Si Coco.

“Coco, kita perlu berjimat ya sayang! Bonda kamu sudah resigned. Jangan kamu mau mengada-ngada.”

Heh! Malam ini dan esok kita bercuti dan makan-makan angin di luar koridor ini saja.

Duduk-duduk sambil merenung langit yang hitam!

Ulasan

A t i Q a h berkata…
Setuju. Rezeki, ALLAH yang punya. Mata boss-boss akak itu terhijab dek kehitaman hati mereka.
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

ni nizam. si botak akak tak larat nak tulis. sakitnya agak kerap. dia mintak saya bacakan cerita akak. dia menangis walaupun tak nak ngaku. dia mintak saya tulis yang dia rasa akak dah buat keputusan yang baik dan dia bangga dengan akak.
Pa'chik berkata…
tak pe lah kakliliair, rezeki Allah ada kat mana-mana... persetankan orang-orang celak tu... retinya cuma nak menindas orang saja...
semuga Allah melipatgandakan rezeki kakliliair lagi lepas nih... amiin...
Pa'chik berkata…
baru baca pasal yang sumpah jadik batu tuh.. heheh... elok la.. mereka tu pun dah hati batu..
lagi jahat dari yahudi...
kak ja berkata…
Salam Waterlily,

Allah swt, dlm nak memberi yg banyak diambilNya dulu yg sedikit.. Nak memberi yg lebih, diambilNya dulu yg kurang..Kja sentiasa percayakan ni..Be strong, dik.. Kja rasa sebenarnya banyak hikmah di sebalik ujian yg Allah swt beri pd WL ni..
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Tiqah

Terima kasih ya. Teh uncang belum sampai untuk minum-minum menenangkan jiwa. :p

Niizam dan adik botak,

Haih...kamu pagi-pagi buta sudah buat kakak basah dengan air mata. Jangan gitu adik botak. Ianya amatlah tidak baik untuk kepala kamu yang botak. Dan tidak sihat untuk kepala kakak juga. Nanti kakak mau melawat kamu okay. :)

Pa'chik,
Ko ni sentiasa buat kak Liliair tersenyum dan tersengih seorang.

Terima kasih ya.
kad0k. berkata…
rezeki ada dimana2...jangan takut...mungkin dilain tempat akan lebih bagus..jgn lupa teman2...:p
Lily Abdullah berkata…
Salam kja,

Terima kasih kerana sentiasa datang dan memberikan saya sokongan.
Lily Abdullah berkata…
Encik Kadok,
Aiseh..kamu dan Kak Ja mencelah ketika saya sedang menjawab komen.

Saya full time blogger sekarang. Boleh jawab komen bila-bila hahaha.

T/kasih
t.a.t.a berkata…
Lega tak kak rasanya bila dah resign? huhu..
so what's your plan right now?
tasekM berkata…
kak lily,
amat benar... rezeki kita Allah yang bagi...

bangga dgn keputusan kakak... harap Dia permudahkan segala urusan kakak...

Coco... jgn banyak songeh ye... kadang2 terasa jugak berat menjaga saudara si coco yang berlapan ini.. namun aku percaya... rezeki kita pasti ada...
achik berkata…
salam kak..

kdg2 bos ni kena 'ajar' skit.. jgn dia ingat kalau kita x keje ngan dia, kita x buleh dpt keje lain kan..

mungkin kak lily lebih baik di tempat lain.. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. insya-Allah.. :)
violet berkata…
kak lily,

dlm hati sy doakan hidup kak lily sentiasa dipermudahkan perjalanannya oleh Allah.

apa pun cabaran dn dugaan yg mendatang hidup mesti diteruskan.

*hugs*
cakapaje berkata…
Salam WL,

Resigned? Lor...nekadnya! Hmm...takpa, dah resign camna nak buat kan?
Rezeki itu ketentuan Allah kak Mar. Bukan ketentuan 'mereka' itu.

A bend in the road is not the end of the road
kuchalana berkata…
Sabo la bebanyak... Allah lebih tahu untuk setiap sesuatu.. insyallah ada rezki lain dimana2..

Apa yg aku blajar satu hari dulu dgn seorg hamba Allah.. Peluang berada dimana2.. hatta sampah pon boleh jadi duit dalam zaman sekarang ni.. yg penting akal perlu berjalan dan berfikir tuk lihat sampah menjadi duit..
Pi Bani berkata…
Salam Sis,
InsyaAllah, ada rezeki dapatlah kerja lain nanti.

Anyway, alang-alang you dah resign I nak jadi batu api le pulak... Pasal EPF & Socso, setahu akak, walaupun staff sign surat kontrak mengatakan dia setuju untuk tak dibayar EPF, majikan tetap bertanggungjawab bayar EPF dan Socso. Dah peraturannya memang macam tu. Tak boleh escape. Cuba rujuk kepada EPF.
Tanpa Nama berkata…
dear waterlily

when he/she said you are unable to handle the class independently, what he/she meant is that you are very capable of doing just that and matter of fact you can do it better than any of them. Thus before any of them lose their jobs, better put some mental pressure on you so you would go. And the moment you tender that resignation, you've won the game. It is another way of telling them, hey i dont give a damn about craps like you.

Jangan susah. Yang bagi rezeki Tuhan. Bukan dia orang pun.

My prayers.
Sastri berkata…
Sabar la kak... Bila Allah mengkehendakinya, rezeki akan datang tanpa disangka... Saya percaya itu... You are one tough lady... My prayers are with you...
Lily Abdullah berkata…
Dik Sas,
Thanks atas doa dan kata-kata semangat.

Akan berusaha gigih.

Shirzad,
Perasaan saya bercampur baur. Kadangkala rasa kalah. Kadang kala rasa menang.

Kak PI,
Saya juga sedang fikir untuk kenakan mereka balik. Tapi tempat kerja saya itu adalah sebuah NGO di mana ramai anak-anak istimewa dan ibubapa bergantung kepadanya.

Entah keliru saya. Saya buta undang-undang kak.

Namun keputusan telah dibuat. Tidak boleh menoleh ke belakang lagi.

Kuchalana,
Ya betul rezeki Tuhan datang dari mana-mana. Akan saya usahakan

Purp dan Shah,
Ya. Rezeki Tuhan akan ada dan datang dari sumber tak diduga.

Keputusan yang diplih sudah dibuat. Dan saya redha.

Tata, Vee, Tasik & Achik,

Rasa lega. Kakak yakin ada rahmat di sebalik keputusan yang dibuat. Ada hikmat setiap yang berlaku.

Terima kasih atas sokongan anda semua. :)
Mutawwifah Maisarah berkata…
hai kak teratai.

saya pernah terima satu nasihat. pada waktu itu saya diserang rasa sakit hati dan marah pada seseorang. darjah kemarahan itu tersangatlah tinggi sehingga saya rasa tidak dapat berkata2 dan ingin menangis. saya tidak merancang untuk sentiasa ingat tapi sehingga hari ini saya masih tidak lupa. jadi saya ingin kongsi dengan kak lily.

nasihat itu berbunyi begini;

"jangan rasa marah pada manusia biasa. dan jangan sekali2 benci. mereka itu ciptaan Tuhan. Kamu dan dia tiada beza. Kalau isi kamu dicubit, sakit. kalau isi dia dicubit pun sakit juga. Kamu sama.

fikir secara luas.

jika kita marah atau benci pada manusia lain, kita marah dan benci pada siapa sebenarnya? Kita marah dan benci pada Allah".

sungguh. kata2 itu sering buat hati saya sejuk dan senyum kembali (saya takut secara x sengaja termarah pulak pada Allah). hehe.

tanpa izin Tuhan, mereka itu tidak akan melukai hati kita. mungkin fizikal mereka tidak cacat, tapi hati mereka mungkin? sebab itulah mereka kurang sensitif (anggap sajalah begitu, hehe). tiada siapa yang meminta apa2pun kekurangan dengan sengaja. Semua itu pemberian Tuhan. maafkanlah mereka. manusia memang selalu buat silap tanpa sedar.

senyumlah kak lily!
Lily Abdullah berkata…
Mango,

Terima kasih. Nasihat kamu umpama siraman air ke atas luka kak teratai yang masih berbara.

Terima kasih dik

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...