Langkau ke kandungan utama

Mimpi pagi Isnin

Pagi masih berkabus. Dingin sungguh. Halaman rumah saya luas amat. Erkk!! Sejak bila pula rumah kuarters tingkat tiga milik gomen ini punya halaman.

Eh! Biar betul!

Halaman tersebut sungguh cantik. Ada pepohon ros sedang berkembangan dan ros tersebut berwarna ungu. Ungu?

Eh! Biar betul!

Ada ke bunga ros berwarna ungu? Entah! Mana saya tau. Sila gugel sendiri imejnya.

(Dibawa ke satu babak lain.)

Saya menjadi pemerhati suatu pertengkaran dua manusia. Antara keduanya; manusia-manusia itu saya tidak kenal dan tiada kena mengait lansung dengan saya.

Pelik!

Saya tidak nampak lansung susuk tubuh atau wajah mereka. Hanya terdengar suara-suara pertikaman lidah.

Makin aneh!

Namun motif perkelahian mereka biasa-biasa saja. Merebut sebuah pulau bernama CINTA.

Alahai!

Sedangkan Temasik dan Batu Putih tergadai pun mereka tidak kisah. “Win-win” kata mereka. Sedang maruah umat Melayu dan maruah negara dirompak perkosa.

Ciss!!! Cinta apa kalau sampai mau bunuh-bunuhan dan memutuskan tali persaudaraan.”

Saya tiba-tiba menjadi hakim tanpa lantikan dan tauliah.

Saya masih ingat nama salah seorang gadis itu ialah Diana. Bukan Diana Rafar. Nur Diana Muhamad Naim pun bukan. Juga bukan Majistret Nurdiana Abdul Aziz yang Encik Jones gila-gilakan itu.

Bukan.

Plop*

“Laa...apasal awak tidur depan tivi ni?. Bangun. Dah azan ni. Abang kerja pagi ni. Baju dah iron?” Lelaki saya.

Saya? Tidur di hadapan tv. Dan dia tidur di kamar tanpa mengejutkan saya. Tahun ini baru ulangtahun pernikahan kami yang ketiga. Bukan yang ketiga puluh.

Uuhhhhh!!!.

Siapa Diana yang saya mimpikan itu? Adakah Diana itu saya di masa akan datang?

Atau malam tadi, saya sungguh bosan sehingga tertonton “Janji Diana” di kaca tv. Yalah...sementara menunggu CSI kegemaran saya disiarkan.

Mimpi pagi Isnin. Mimpi seorang perempuan yang baru kehilangan kerja.
Atau mimpi seorang warga Malaya yang baru kehilangan pulau seluas padang bola.

Alahai!

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

seperti biasa, akak kita ni akan buat kita tersenyum dengan cara penceritaan yang cukup menarik...

mimpi memang best.. cuma dah lama tak bermimpi... hrmmmm rindu pulak rasanya...
cakapaje berkata…
Salam WL,

Secara benar, memang menarik penulisan cerita mimpi ini. Cuma sayang sekali, mimpi PB Putih itu adalah satu kenyataan yang pahit sebenarnya. Kalau benar 'win-win situation', kenapa harus ke Mahkamah Antarabangsa?


ps.Kenapa Coco tak kejutkan suruh tidur kat dalam? ;)
Lily Abdullah berkata…
Salam Adik Botak,

Mimpi tu biasa-biasa aja. Cuma kakak sangat bijak mengindahkan cerita( kasi akak perasan kejap weh!) Okay kan adik botak.

Mungkin waktu kecil dulu akak selalu berangan mau miliki rumah besar dan halaman yang cantik. Lalu angan-angan itu tersesat dalam mimpi. :)

Shah my akhi,

Itulah Pulau Batu Putih jadi mimpi ngeri rakyat M'sia. Rasa macam diinjak-ijak kepala. Kebodohan siapa? Pemimpin yang kita pilih.

Sadis!

ps: Coco suka tidur mati dalam laci hehehe. :)
Pa'chik berkata…
alahai... cerita tuh.. cerita gila tak hapa-hapa... heheh... lagi gila dari telinobela... ekeke....

ingatkan diana yang mati eksiden lam terowong dulu... heheh...
Lily Abdullah berkata…
Ala chik. Kak Lily pun pernah tengok telinobela tu . Bosan weh!

Balik-balik couple gaduh. Kejap pakwe merajuk kejap awek dia. Bila mau abih. Asyik gaduh aja. Sok jadi laki bini gaduh sampai pukul-pukul dan cerai berai weh!
Kerp (Ph.D) berkata…
kak Mar!

mimpi tu hanya sekadar mimpi je. dulu masa belum boleh terima hakikat yg saya akan duduk atas wheelchair sampai mati, sering saya lempang muka sendiri berharap ianya hanya satu mimpi buruk. bila tido kalau boleh takmo bangun sampai bila2. Alhamdulilah tu semua dah belakang saya. kalau mental lemah, saya akan tetap ditakuk lama menunggu mimpi yang indah belaka je.

*blog ok dah.
tasekM berkata…
sedang kakak bermimpi, saya pulak tak boleh tidur dgn lena.... sudahnya saya bangun pukul 3 pagi mengadap GT....

dah lama tak bermimpi....
kad0k. berkata…
itu hanya satu mimpi..mimpi itu kan mainan tidur...itu kata orang..ulang tahun perkahwinan ke 3? tahniah..semoga semuanya baik2 belaka...:)
violet berkata…
tersenyum baca entri ni. :)

slmt ulangtahun perkahwinan yg ke-3
SATIRA + KACAU berkata…
Sdr Waterlily: Bagus juga cerita ini. Ada juga terselit kisah batu itu. Ha. Ha. Pelbagai angle dan pendekatan boleh digunakan, kan?

Satira + Kacau
Mimpi itu mainan tidur. Tidur itu mainan mimpi. Entah. Saya teringin sungguh bermimpi menjadi Scofield.

:)
DeeN berkata…
Mimpi mungkin mainan tidur, tapi mimpi kadang2 satu imejan yg menimbulkan pelbagai tandatanya.

Kak Lily, mungkin tengok Diana yg kat dlm tivi tu, yg asyik tarik muka masam tu, yg tak penah senyum tu, dan suka sangat marah2 tu.. hehe..
Tanpa Nama berkata…
akak buat sy teruja pd mulanya...

sekali... mimpi daaa...

hihi ;)
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Kerpie bro,

Suatu ketika dulu. kak Mar juga seperti kamu. Bermimpi yang ngeri-ngeri saban malam. Sangat takut dengan dunia luar yang difikir kurang adab. Hingga sebegitu senang dan enak duduk di rumah.

Akhirnya, terpaksa bangun juga dari mimpi itu bila allahyarham abah pergi selamanya akibat kanser.

Tasik,

Kata mereka orang yang tidur dalam amat sakit dan keletihan tidak sempat mimpi-mimpi. Betul ke? Entah! :p

Kadok an Voilet,

Ulangtahunnya lambat lagi. Bulan Nov, Ini masuk tahun ketiga.

ps: hubby selalu lupa dan kami tidak pernah meraikannya.

Sungguh!.

Satira,

Selalu membaca tulisanmu dalam diam. Teirima kasih kerna singgah. :)

DeeN,

Kadang kala benda yang tidak berjaya kita lakukan di luar kita buat dalam mimpi. Kak Lily pernah mimpi memaki seorang sdra yang agak rapat dalam mimpi. Satu keluarga termasuk yang kena maki terkujat.

Oh! Nyesal sungguh memendam kemarahan yang bertahun-tahun.

Kema,

Kan bagus kalau terus mimpikan bunga-bunga ros ungu itu. Macam mana pulak si Diana boleh tersesat ke dalamnya.

Alahai!.

ps: Dah gugel. Ada rupanya purple roses.

Purp,
Scofield tu siapa atau apa. Takpe nanti gugel :)

Terimas semua. :)
A t i Q a h berkata…
Kak Lily, jom piknik ke Pulau Pisang. Ha ha ha
Lily Abdullah berkata…
Bila tu? Akak sengkek nih hehehe. Lagipun assigment lum start lagi. Next week nak balik kg

Errr..Pulau Pisang? ada ke ? Penang tau la. Ala g PD je la hahahaha
Rajuna berkata…
batu2 kecik yg kita dpt boleh dikongsikan bersama untuk dijadikan batu cincin.

terima kasih.
ckLah @xiiinam berkata…
Salam.
Membaca entri-entri waterlily..mengenalkan saya dengan seorang wanita yang sangat....tak tau nak gelar apa,tapi,saya amat kagum. Semoga Allah sentiasa merahmatimu.
Salam Ukkhuwah.
Mommy Aisy berkata…
aiyak! kak lily ni..
ttdo depan tivi sampai ke pagi. patutla menikmati mimpi indah pagi isnin itu.

good story telling.

Diana, Diana...

Pulau Cinta?

juga menarik.
arsaili berkata…
salam..jarang2 mimpi
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Dari bermimpi ngeri,lebih baik tidak bermimpi Arsaili. :)

ps: bila balik M'sia?

Fana,
Aiyah...itulah elok2 bermimpi tentang ros ungu, tetiba cerita Diana masuk. Spoiled ler hahaha.

Salam Uhkwah xiiinam751,
Belum ke ruang awak lagi. How's to pronounce yr name eh?
Terima kasih kerna membaca entri2 saya. Biasa2 ja. Saya hanya seorang manusia. Rencahnya sama jua dengan orang lain :)

Juna,
Akak rasa, batu tu jika dipecahkan buat loket rantai cantik hape hahaha.

Terima kasih.
saudagar gaRAM.. berkata…
kata m.nasir..

"di balik cermin mimpi,
aku melihat engkau,
di dalam engkau,
aku melihat aku"



dalam mimpi,kekadang nampak orang yang kita nak jadi..

dan kekadang dalam orang yang kita nak jadi tu..kita nampak diri kita..


chehhhh....
sekali rupanya gua sama dgn m.nasir..

...barangkali.
en_me berkata…
alahai mimpi ghupernyer.. tapi mimpi warga malaya itteww memang pernah berlaku.. ehehe
Lily Abdullah berkata…
Garam,

Lama tak dengar lagu tu ye. Akak suka betul lirik da melodinya.

Ya. Di balik cermin mimpi ada realiti yang tidak kita sedari, kata M. Nasir.

Me,

Mimpi warga Malaya itu bukan lagi mimpi. Hilang kerja kerana mempertahankan maruah pun bukan lagi mimpi.


Terima kasih.
en_me berkata…
u have been tagged as requested.. but r u dare? ehehe
Lily Abdullah berkata…
Eh..kita gurau2 je. Tapi takpe. Oleh kerana cik akak sekarang full time blogger 'no problem' hahahaha :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...