Langkau ke kandungan utama

Kenapa Entah....

Meredah kedinginan pagi. Ketika orang lain enak-enak dalam selimut, kemudian dibayar gaji yang tidak seberapa kadang-kadang buat aku sedikit berang( dibaca: sangat marah hari ini).

Kenapa entah!

Hei...aku cuma manusia yang lemah. Perlu makan. Perlu minum. Bayar itu dan ini. Sesekali membayar untuk hiburkan hati. Ada waktunya cermin kesabaran itu pecah seketika.

Seronoknya anak bini menteri.

Seronoknya seorang permaisuri raja.

Seronoknya anak bini tokoh koperat

Lebih seronok lagi, jika jadi pegawai gomen yang kerja untuk OKU dan orang susah. Taip-taip, sembang-sembang, taip sikit-sikit, makan-makan, layan orang awam sikit, kemudian makan lagi. Sambung borak lagi. Yang berumahtangga di kuarters, boleh balik dan tidur-tidur lagi.

Cukup bulan gaji penuh dan tua ada pencen.

Aku benci sungguh karenah birokrasi. Letih. Buat orang kecil menjadi bertambah kecil dan orang besar tambah besar kepala.


Tengahari tadi. Aku naiki tren itu macam selalu-selalu. Lenguh lutut berdiri menunggu.

Kemudian terpaksa berdiri lagi.

Di hadapan aku. Ada dua gadis cantik bertudung tapi berbaju sendat.

Aku macam nak tendang lutut keduanya. Biar tepok dan cacat macam aku.

Aku macam nak kata “Hoi!!! hoi!!! kamu buta hape? Aku orang cacat sedang berdiri di depan kamu”.

Rasanya kamu tidak buta, sebab kamu merenung aku semacam. Macam aku orang bertanduk.

“Huh! Kamu cacat juga rupanya”

Meredah kedinginan pagi. Ketika orang lain enak-enak dalam selimut, kemudian dibayar gaji yang tidak seberapa kadang-kadang buat aku sedikit berang( dibaca: sangat marah hari ini).


Kenapa entah!

Hari ini aku rasa hendak bakar dunia!

Bakar dunia!

Takkan menyelesaikan apa-apa.

Huh!!!!
Beras naik harga.
Huh!!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Sabar, kak.. Kan DIA ada..
mOEha Aziz berkata…
salam kekandaku,

luahkan luahkanlah... adikmu ni faham sangat sangat kemarahan itu...

mereka yang duduk sambil kakakku berdiri, tak faham dan tak mungkin faham... mereka tahu tapi tak faham..

alangkah ruginya mereka...

biarlah kak... biarkan mereka.

luahkan aje kak. nak bakar dunia ni? hehehe janganlah kak, mana adik nak duduk nanti.. hehehe
A t i Q a h berkata…
Wacchaa! Saya bagi satu sepakan-terbang kat orang-orang semacam itu.
kak ja berkata…
Salam Waterlily,

Walaupun Kak Ja tak pernah merasa tapi Kak Ja boleh bayangkan perasaan Waterlily.. Sabar Dik.. ada habuannya bg org yg bersabar di dunia ni...Biarkan manusia lain memandang dgn apa cara sekalipun.. Yg penting, semua kita sama sahaja di sisi Dia Yang Di Atas Sana..Sifat fizikal yg serba sempurna bukan tiket utk ke syurga yg mengalir sungai di bawahnya..

Senyum selalu, Dik..
Ted berkata…
biasalah tu..sis, zaman skang, yg kecil memang menjadi makin keciltak berubahpun..yg kaya tambah kaya..

dulu sll naik tren, sll je cr pahala free bg org duduk, n tlg org buta sampai ke destinasi..

anyway, org yg takde belas kasihan..tak pandai pikir lg cacat zahir dan batinnya
Rajuna berkata…
huhu
kak lily adekah sa orang guru yg garang?

jgn kerani beras sekampit 40 hinggit anak murid ditampar.

moh kite pakat2 buat batas tanam keledek kat depan jln nu..


menyahut seruan kerajaan la kata kan..
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Xrajuna,

Apakah kamu telah hayati betul-betul entri kakak ini.

Tak mengamok dan menampar anak-anak murid kerana sekampit beras RM40 dik.

Biar aku terus terang dik. Gajiku dibayar RM30 sehari.

RM30 perworking day. Diulang, tiga puluh ringgit sehari.

Ted,
Itulah, sayu dan pilu menjadi orang kecil.

Kak Ja,
Semalam cermin sabar saya sedikit retak. Lupa dan alpa seketika akan bahagian yang kekal di sana.

Tiqah,
Amarah tak selesaikan apa-apa. Tapi nak marah juga. :)

Adinda Botak,

Kekanda sudah senyum kembali. Kamu lebih maklum, marah tiada guna.

Bukit takkan runtuh dengan jeritan kecil kita dik.

Ying,
Terima kasih kerana ingatan. Marh buat kakak terlupa tentang DIA.

Yang Maha Mengetahui segala :)
arsaili berkata…
salam...entry yg bagus sekali. Bagus untuk org seperti saya..kekadang terlupa, tetapi bila membaca kata hati kak lily, mampu mengingatkan saya akan orang2yg tidak bernasib baik. Masa saya bekerja di sini, ramai juga berjumpa client yg bekerusi roda, yg bertongkat, yg tidak nampak dan sebagainya. Tapi hati bergembira bila melihat hak mereka diberi perhatian sewajarnya..alangkah indah kalau nasib OKU di negara tercinta pun sebegitu... saya harap kak lily akan terus tabah!
cakapaje berkata…
Salam WL,

Sabar WL. Mungkin WL fikirkan mudah saya nyatakan sebegitu kerana saya bukan OKU. Tapi, saya ada juga kecacatan anggota dari kecil dan ada masa sakitnya, Allah sahaja yang tahu.

Apapun, WL berhak dan memang patut meluahkan di blog ini agar dapat menyedarkan mereka yang lain. Bawakan selawat bebanyak ye.
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Shah,

Selalunya selepas marah-marah, kita akan rasa menyesal.

Begitulah saya. Rasa menyesal pulak menulis entri ini.

Terima kasih atas nasihat dan sokongan.

Arsaili,

Di negara tercinta ini juga masih banyak yang baik. Tapi itulah jarang benar ketemu.

Manusia dik, manusia, lebih-lebih lagi yang setahun jagong dan celik mata sahaja semua tersedia.

Mana mungkin mengerti susah payah orang malang.
jaflam berkata…
Salam Marinie,
Belated " Happy Teacher's Day " to you and hope you are having a better weekend.

Jauh daripada huru hara dan perjalanan ke KL yang menduga kesabaran dan keimanan. Setidaknya adik nampak kecacatan manusia yang nampak sempurna dan gah. Saya harap kesakitan kaki adik dapat di ubati, mungkin disini Doc Tokasid dapat beri pandangan. Semoga masa depan adik akan lebih cerah berkat sumbangan dan usha berterusan.
Unknown berkata…
Kita sekarang tidak lagi di ajar untuk menjadi manusia. Dalam mengejar kemajuan pembangunan fizikal yang tak seiring lajunya dengan pembangunan rohani, ramai telah hilang satu nilai penting yang membezakan mereka dengan binatang, iaitu tak lain dan tak bukan, kemanusiaan.

Luahan hati WL adalah yang paling powerful yang saya dapat baca sebab mencerminkan frustration yang teramat sangat bukan dengan diri sendiri tetapi dengan sikap manusia yang tiada sifat kemanusiaan langsung.

Seperyi ada yang kata, luahkan semua.
Pa'chik berkata…
mereka tu tak guna punya orang...
elok cantas je kaki deme tuh...
kadok berkata…
sabar sahaja kuncinya WL...si DIA pasti tau...
tokasid berkata…
Salam sis Mariani WL:

Alhamdulillah apa yg terpendam diluahkan jua akhirnya.

Tetapi begitulah yang kita saksikan setiap hari dan apa yang Mariani serta rakan2 lain ALAMI...setiap hari.

Birokrasi yang menyempitkan dada.Protokol dan prosedure yang tidak masuk akal dan lebih meyusahkan dari memudahkan.

Perangai kakitangan yang bermaharaja di mata dan berlela di hati yang mengganggap jabatan itu atau pejabat itu harta mak bapak mereka sendiri.

Apa mereka peduli kepada golongan kurang upaya?Atau golongan miskin tegar? Atau golongan kampungan?
Ada yang mahu membantu secara ikhlas menyelesaikan masaalah? Atau mereka merungut dalam hati dan membuat jenaka ketika kita sudah pergi?

Aku tahu sabar bergunung di hati mu namun tiada dosanya meluahkan begini.

Masyarakat yg prihatin kepada OKU amat kecil peratusannya.Yang lain lebih selesa mengata di belakang sebagai bahan paelimen di tingkap2 rumah atau di pantry-pantry pejabat atau di warung2 teh tarik.


Dan yang lebih ramai adalah yang tidak tahu wujudnya insan-insan istimewa di dalam masyarakat kerana mereka juga kurang upaya dari segi menyara anak isteri.

Anak bini menteri?
Anak bini koprat?

Dunia mereka asing dari dunia kita. Lebih asing dari dunia Mariani,Muha,Kerp dan yang lain.
Mungkindi mulut berbunga simpati tetapi di hati tidak merasa apa-apa keperitan dan kesusahan yang perlu di alami.Namun Alhamdulillah segelintir mereka sudi tampil memberi bakti.

Dunia ini...hanya Azza Wa Jalla yang mengerti.
tasekM berkata…
kak lily,
apa kau tak sepak je punggung depa tu?.. he he... aku melawak...

aku amat faham apa yg kamu rasa... kalau aku kata sabarlah kak... aku tau kau tak perlu perkataan sebegitu... aku tau...

cuma harap kamu sedikit lega dgn catatan entri ini...

kita tak akan memahami selagi kita tidak merasa... namun aku cuba utk fahami siapa-siapa...

:) senyum sikit kak....
Saya ade seorang kawan OKU yang sangat berjaya... Nama dia Halim. Dia cacat kaki tangan, tetapi seorang akauntan yang berjaya...

Malu kalau jumpa dia sebab dikala kita sayu tengok dia, dia selamba aje sembang dan tak mahu langsung org anggap dia OKU...

Tapi memang saya respect dia...
Tanpa Nama berkata…
salam waterlily

tatkala berurusan di kota (Kuala Lumpur) dan atas pelbagai sebab, saya lebih senang menggunakan kenderaan awam (terutamanya lrt). Lebih lazim dari tidak, di sinilah saya melihat erti kehidupan, evolusi dan hala budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia.
Kerap saya melihat betapa kita seolah-olah sudah kehilangan kemanusiaan dalam diri sehinggakan saya akhirnya merumuskan betapa slogan "masyarakat penyayang" hanyalah satu lagi slogan pemerintah yang bersifat retorik dan tidak membawa sebarang erti.
Kita banyak bercakap betapa tingginya budi bahasa dan betapa syumulnya Islam, namun, hakikatnya amat jarang kita menjiwai itu semua dan sebaliknya membiarkan diri kita terus terperangkap dan terkongkong dalam hipokrasi diri.
Hidup ini memang memerlukan banyak kesabaran. Hidup di Malaysia menuntut kesabaran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu, bersabarlah, waterlily. "Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang sabar."
tokasid berkata…
Tumpang laluan:

Shirzad.I agree with you. Whenever we come to KL we'll use the LRT/Monorail/Komuter/Putra. And we observed the same thing.

Ppl have become: me,me,me,me.......

Very sad.
Ydiana berkata…
Dear Waterlily

Saya amat terharu dengan apa yang WL ceritakan. Saya hanya boleh nasihatkan agar WL banyak bersabar dan berdoa pada Allah dan juga berusaha supaya nasib WL dapat diubah. Saya tahu pepatah, Berat mata memandang (atau membaca), berat lagi baru memikul. Tapi bila kita yakin dan tetap beusaha, Allah akan sentiasa membuka pintu rezeki untuk kita. Dan juga dengan kesyukuran, kerana seburu2 nasib kita, ada yang lebih tidak bernasib baik lagi. Jika kehidupan kita tenang dan gembira, pada saya itulah sebaik2 kehidupan kerana belum tentu yang kaya itu bahagia.
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Kepada Shah. Terima kasih kerana memaparkan kisah saya di entri beliau.

Encik Jaflam,
Saya bukan guru. Kerja saya lebih kepada seorang cleaner. Namun menyediakan rancangan mengajar dan membuat laporan juga sebahagian tugas saya. Pendek kata saya tiada diskirpsi kerja.

Kaki saya okay, cuma bila berdiri lama-lama, menjadikan tubuh saya tidak stable dan saya mudah terjatuh.

Cikgu,
Terima kasih kerana singgah. Sesungguhnya benar, sistem pendidikan kita telah melahirkan robot-robot berkulit manusia.

Pakchik & Kadok,
Saya akan cuba bersabar. Namun masyarakat ini juga harus diubah mentalilitinya.

Our right bukan charity yang diinginkan.

Doc TA dan Shirzad,
Panjang lebar ulusan encik berdoa. Rasanya saya juga tidak betah mengulas panjang. Terima kasih atas sokongan moral. Sekurang-kurangnya saya merasa lega untuk seketika.

Tasik,
Kalau aku betul-betul meningking dan menyepak, bertambahlah kekurangan aku dik. Jadi OKA (orang kurang akal,macam para badut di parlimen itu)

Ydiana,
Terima kasih kerana memahami sekurang-kurangnya. Salam kenal dan singgahlah selalu jika mau menatap lara hati seorang insan bernama OKU.

Encik/Cik/Tuan/Puan LTTPBY,

Sebelum meninggalkan komen pernahkah anda membaca entri-entri saya sebelum ini?

Saya berkisah tentang Tiara, tentang Fin dan Finn yang lagi satu. Atau tentang Saad dan Kassim yang tidak boleh mengundi.

Kawan anda Halim, antara yang beruntung. Tapi tak semua dari kami bernasib baik seperti Halim.

Saya OKU. Dan saya tidak pernah segan silu untuk mengaku.

Terima kasih kerana singgah.
violet berkata…
terima kasih kak lily kerana sentiasa menyedarkan saya. saya yg selalu alpa akan nikmat Allah pd saya.

saya benar2 insaf!
Lily Abdullah berkata…
Vee,
Jika ada secebis coretan Kak Lily yang membuat kamu bersyukur alhamdulillah.

Itu hidayah Allah swt. Ada orang yang berkerja dengan OKU pun tidak pernah mau fikir.

Hati mereka sekeras batu dik.
violet berkata…
kak lily sumber inspirasi saya.

mereka2 yg buta hati tu sbb mereka tak tahu apa yg terpendam dihati kak lily.

mereka tak tahu realiti senang ssh kak lily.

tapi kami yg singgah disini tahu. malah buat kami tersedar.

benarlah, kak lily cuma sekadar mampu bersuara disini.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam