Langkau ke kandungan utama

Cenderahati yang saya suka

Cenderahati
Coco dengan muka seposen
Buah hati
Biasalah. Sebagai individu yang biasa pergi bekerja, kerinduaan tehadap tempat berkerja pasti ada. Rasa macam kehilangan. Mungkin macam ahli politik pencen, yang kehilangan sokongan dan kata-katanya tidak lagi laku. Langkah terakhir, keluar parti. Ha! Ha! Ha!.

Saya rindukan anak-anak itu. Walaupun telah bertalak tiga dan berkerat rotan dengan bekas boss.

Hari murung dan mendung. Saya asyik berkelubung di dalam selimut. Demam dan hati saya selubung dengan sedih.

Lega tetapi sedih. Semua bercampur-baur.

Alahai.

Lalu tadinya, lelaki saya telah pulang dengan sepucuk surat. Bukan surat cinta ya!. Juga juga bukan surat panggilan temuduga. Bukan juga surat berantai tau.

Ada dua uncang teh Sabah di dalamnya. Mulanya, saya ingat si pengirimnya seorang gadis comel ini hanya mau bergurau-gurau di laman siber.

“Sedap ni” Lelaki saya.

“Oit.oit, bang!!. Jangan minum. Saya mau simpan. Cenderahati tu tau!”

“Cheh!” Dia segara meletakkan kembali uncang teh dan mengambil minuman berkafien tiga dalam satu itu.

Si Coco pun buat muka meluat seposen, bila saya melarangnya bermain-main dengan uncang teh cenderahati itu.

Terima kasih ya Tiqah. Ternyata kamu lebih anggun dari sensei Uncle Naga. Ahaks!

Persoalannya sekarang, bagaimana mau buat “cenderahati” saya itu tahan lama.

Dan

Apabila saya katakan dunia blogging ini sungguh aneh (baca: unik), Encik Jones kata saya yang aneh.

Tetapi saya tidak pernah ambil hati. Saya anggapnya satu pujian. Bukan senang, lelaki ini mau datang dan tinggalkan komen. Sedang komentar peminat di entri-entrinya juga, tidak berjawab.

Speechless mungkin!

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak,

wah... seronoknya dapat cenderahati... :)
Ydiana berkata…
Comelnya Coco... :)
kad0k. berkata…
coco sungguh comel...kirim salam pada dia ye...:P
tokasid berkata…
Salam Mariani WL:

1- Apa yg berlaku selepas boss berkulit putih berhati ayaq acaq adalah satu tindakan nekad yang berani.Tak ramai yg akan lakukan begitu walau di hina dan di perlekehkan kerana takut kehilangan kerja.
dalam hal ini maruah kita lebih utama.Mungkin akan ada yg berkata: mengapa perlu emosional?
Tapi mengapa pulak kita tak boleh emosional jika sering di rendah2kan begitu oleh orang yang kurang akal dan kurang kemanusiaan?.

2- InsyaALLAh selepas berehat rezeki ALLAH akan terbuka luas.Ameen Ya Rabb.

3- Ah si Coco muka seposen...cantik dia.Tentu ber-purr...purr...dia jika di garu lehernya.

4-Cenderahati penuh bermakna dari Atiqah.Alhamdulillah.

5- Jaga diri dan jangan putus harapan.Doa org yg kena zalim amat makbul.
A t i Q a h berkata…
*tutup muka*

Akak, tujuan saya bagi dua uncang, satu untuk diminum. He he he.
t.a.t.a berkata…
tiqah, saya tak nak minum pun dua² tu.. nak frame kan.. hahaha

tunggu ya entry saya utk itu nanti..
Lily Abdullah berkata…
Tata.

Frame bolh tahan ke cenderahati kita tu hahaha.

Tiqah,
Terima kasih banyak2. Sampaikan salam kak Lily pada bonda peminat kak Lily ya hahaha(Izinkan kakak ini persan sekejap)

Doc TA,
Terima kasih atas komentar pjg lebar dan penuh semangat. Semoga Allah swt limpahkan rahmat ke atas Doc dan Mrs TA sekeluarga.


Coco saya tidak pandai menjawab salam walaupun dia comel hahaha.

Terima kasih en Kadok & ydiana kerana singgah dan menghiburkan hati saya. :)

Adik Botak,
Kamu jaga diri ya. Ada waktu pjang usia kita keluar makan-makan dan bicara-bicara lagi ya

Salam untuk setiausaha kamu, Nizam :)
tasekM berkata…
kak,
bancuh la utk darling awak tu satu... sian dia tau... satu lagi kakak framekan ler... he he...

tarik sikit hidung si coco tu... :P
Lily Abdullah berkata…
Tasik,

Semalam kak Lily round kat Bintang Bangi. Ada jual teh tu.

Jadi yang cik Atiqah kirim tu tetap akan menjadi cenderahati hahaha.

Coco tak mau makan biskut hari ni. nak ikan rebus ler tuu..ngada jugak :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam