Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

Pulang ke asalmu

Hari beransur petang. Banyak urusan yang belum selesai-selesai. Banyak yang belum dikemaskan. Sebentar lagi mau menghantar Coco saya ke vet . Coco sayang! Bonda berpergian selama empat hari. Jadi kamu jangan macam-macam. Tiada kembung rebus untuk kamu. Makan aja biskut yang diberi petugas vet . Balik kampung! Bunyi macam sangat seronok. Tapi itu bukan kampung saya. Lagi pun itu bukan kampung. Kawasannya adalah sebuah taman perumahan. Hari-hari muka jiran tetangga jarang kelihatan. Semua berpergiaan dengan bulan dan pulang juga bertemankan bulan. Sama saja dengan kawasan kejiranan saya. Saya balik juga. Kerana ayahbonda mertua masih ada. Hanya kerana keduanya. Saya juga kepingin pulang ke tempat kelahiran. Rindu pada bonda dan Khadijah. Khadijah, cermin saya. Satu-satunya saudara sedarah saya di kelahiran ini. Saya selalu ingat kata-katanya. “Urusan dunia tidak akan pernah selesai-selesai, kak. Akan selesai hanya setelah kamu terbujur jadi mayat”. "Dan ketika itu,...

Tag untuk berangan-angan sebentar

Usia di waktu dan ketika saya ingin kembali adalah antara usia tiga puluh lima hingga tiga puluh tujuh tahun. Tika ini, saya masih bernafas untuk berkongsi cerita saya amat bersyukur. Semalam. Saya ingin mencoret dan mencorat sesuatu. Puas otak diperah. Ilham tidak juga muncul jelma. Walaupun berulang kali saya putarkan lagu “Kau Ilhamku” dendangan Man Bai menerusi I-Tunes saya. Lalu saya, merayau-rayau ke ruang maya. Mencari entri-entri indah untuk hadaman minda. Mana tau, jika hadaman saya mengilhamkan sesuatu. Agar saya bisa mencorat-coret sesuatu. Lantas, saya ketemu laman en_me . Lalu saya meletakkan komentar; sekadar bergurau-gurau sesama rakan siber. Dan saya di tag di atas permintaan sendiri ha!ha!ha!ha! Alahai. Sekiranya ada sebuah mesin atau peralatan yang bisa mengembalikan saya ke waktu silam; alahai. Mau saja saya kembali ke bulan November 2005. Pada tarikh itu, ada seorang lelaki yang lurus telah sudi mengahwini perempuan perengus, kaki leter dan pemarah seperti saya. D...

Mimpi pagi Isnin

Pagi masih berkabus. Dingin sungguh. Halaman rumah saya luas amat. Erkk !! Sejak bila pula rumah kuarters tingkat tiga milik gomen ini punya halaman. Eh! Biar betul! Halaman tersebut sungguh cantik. Ada pepohon ros sedang berkembangan dan ros tersebut berwarna ungu. Ungu? Eh! Biar betul! Ada ke bunga ros berwarna ungu? Entah! Mana saya tau. Sila gugel sendiri imejnya. (Dibawa ke satu babak lain.) Saya menjadi pemerhati suatu pertengkaran dua manusia. Antara keduanya; manusia-manusia itu saya tidak kenal dan tiada kena mengait lansung dengan saya. Pelik! Saya tidak nampak lansung susuk tubuh atau wajah mereka. Hanya terdengar suara-suara pertikaman lidah. Makin aneh! Namun motif perkelahian mereka biasa-biasa saja. Merebut sebuah pulau bernama CINTA. Alahai! Sedangkan Temasik dan Batu Putih tergadai pun mereka tidak kisah. “ Win-win ” kata mereka. Sedang maruah umat Melayu dan maruah negara dirompak perkosa. “ Ciss !!! Cinta apa kalau sampai mau bunuh-bunuhan dan memutuskan...

Percubaan menulis yang santai-santai

Saya cuba untuk menulis yang santai-santai. Tidak berat. Yang ringan dan penuh lelucuan. Malang saya tidak pandai dan percubaan saya tidak pernah menjadi. Barangkali mungkin. Perjalanan hidup saya. Tidak pernah santai-santai. Penuh keributan dan kekecohan. Atau Saya terlalu asyik merenung bintang. Lantas saya teralpa. Di mana rumput yang dipijak. Atau Hati saya telah karat Ada keperluan untuk mencuci hati. Saya cari-cari Clorox berjenama kitabullah. Telah berhabuk kulitnya. Walau disimpan di dalam sebuah rak bercermin Saya cuba untuk menulis yang santai-santai. Tidak berat. Yang ringan dan penuh lelucuan. Malang saya tidak pandai dan percubaan saya tidak pernah menjadi. Imej kredit to Hope

Malangnya cerita ini tidak begambar

Malangnya cerita ini tidak bergambar sayang. Sejak pagi lagi. Saya tertunggu-tunggu untuk keluar bersamanya. Sejak pagi lagi. Walau badan saya rasa cukup tidak enak. Walau hati saya selubung duka. Saya semakin bimbang. Jika kesumbanya tumpah lagi. Dan janji temu kami terbatal. Aduh! Rasa macam saya yang bersamanya yang menanggung sakit itu. Kenapalah agaknya Tuhan temukan kami. Terima kasih Allah swt. Pertemuan saya dengannya sentiasa buat saya mengenang abah yang tiada lagi di sisi. Akhirnya. Dia datang. Bersama Awie dan Aya suami isteri. Bersama dua anak-anak comel milik Aya dan Awie. Kami makan-makan. Kami minum-minum. Dan ketawa-ketawa. Saya, dia, Aya, Awie dan lelaki saya. Punyalah susah si botak mau panjat tangga. (Pada pandangan saya). Mungkin lain dari kacamatanya. Nampak dia tersenyum-senyum sambil mengesot memanjat anak-anak tangga. “Jadi OKU di Malaysia ni, tak boleh bermanja-manja kak” Saya masih ingat lagi kata-katanya. Dan. Kami makan-makan. Kami minum-minum. Dan ketawa...

Cenderahati yang saya suka

Cenderahati Coco dengan muka seposen Buah hati Biasalah. Sebagai individu yang biasa pergi bekerja, kerinduaan tehadap tempat berkerja pasti ada. Rasa macam kehilangan. Mungkin macam ahli politik pencen, yang kehilangan sokongan dan kata-katanya tidak lagi laku. Langkah terakhir, keluar parti. Ha! Ha! Ha!. Saya rindukan anak-anak itu. Walaupun telah bertalak tiga dan berkerat rotan dengan bekas boss. Hari murung dan mendung. Saya asyik berkelubung di dalam selimut. Demam dan hati saya selubung dengan sedih. Lega tetapi sedih. Semua bercampur-baur. Alahai. Lalu tadinya, lelaki saya telah pulang dengan sepucuk surat. Bukan surat cinta ya!. Juga juga bukan surat panggilan temuduga. Bukan juga surat berantai tau. Ada dua uncang teh Sabah di dalamnya. Mulanya, saya ingat si pengirimnya seorang gadis comel ini hanya mau bergurau-gurau di laman siber. “Sedap ni” Lelaki saya. “Oit.oit, bang!!. Jangan minum. Saya mau simpan. Cenderahati tu tau!” “Cheh!” Dia segara meletakkan kembali uncang t...

Hidup ini tidak untuk ketawa-ketawa, tapi aku masih bisa tertawa.

Hidup ini bukan untuk ketawa-ketawa. Namun ada waktunya kita perlu bercerita dalam ketawa selepas tangisan yang panjang. “ We think you unable to handle classroom independently .” Demilkian kata boss besar aku bila ditanya kenapa tidak diambil sebagai staff tetap tengahari tadi. Paling menyakiti hati, dia kata aku diambil bekerja atas dasar simpati. Ha! Ha! Ha! Lalu dia ungkit-ungkit kesalahan aku yang selalu bercuti sakit, transport spoiled dan cuti mengambil peperiksaan. Dan dia tuduh itu adalah laporan guru besar aku. Heh! Aku bukan butalah. Aku tahu menilai. Puan guru besar aku itu, biarpun mulutnya garang, tapi hatinya tidak segelap warna kulitnya. Kamu! Kamu! Dan kamu! Wahai boss-boss (dibaca: bekas-bekas boss ). Walaupun kulit kamu cerah, hati kamu sehitam air longkang. Hidup ini bukan untuk ketawa-ketawa. Namun ada waktunya kita perlu bercerita dalam ketawa selepas tangisan yang panjang. Hari ini patut aku raikan. Kerana aku bebas. Selama ini, aku takut tidak dapat makan ker...

Lara hati saya yang melarat-larat

I. Malam ini. Saya duduk-duduk di luar koridor sambil merenung bulan. Tiada bintang. Tetapi jika di sini bukan kota metro, tentu kelihatan ribuan binatang. Berkelipan gemerlapan dan cantik dipandang. Lalu saya rumuskan bulan itu adalah saya dan rakan-rakan senasib dengan saya. Dan saya rumuskan juga bintang-bintang yang bertaburan itu adalah kamu. Ramai, punya kecantikan dan kesempurnaan dari aspek fizikal. Bulan tidak cantik. Diberitakan permukaannya berlubang-lubang di sana-sini. Jadi para gadis, awas ya.! Jika ada jejaka mengatakan kamu cantik laksana bulan. :P Jika dia katakan kamu bintang, kamu perlu berhati-hati juga. II. Sebenarnya Sebetulnya, saya tiada mood untuk menulis entri. Mukosa mengalir tanpa henti dari lubang hidung saya yang tidak penyek dan tidak juga mancung. Lantaran dua hari yang lalu saya teramat marah dan kemarahan itu turut saya muatkan dalam entri. Dan saya rasa bersalah pulak, jika luahan kemarahan saya itu menganggu dan memberi tekanan kepada orang lain. Maa...

Kenapa Entah....

Meredah kedinginan pagi. Ketika orang lain enak-enak dalam selimut, kemudian dibayar gaji yang tidak seberapa kadang-kadang buat aku sedikit berang( dibaca: sangat marah hari ini). Kenapa entah! Hei...aku cuma manusia yang lemah. Perlu makan. Perlu minum. Bayar itu dan ini. Sesekali membayar untuk hiburkan hati. Ada waktunya cermin kesabaran itu pecah seketika. Seronoknya anak bini menteri. Seronoknya seorang permaisuri raja. Seronoknya anak bini tokoh koperat Lebih seronok lagi, jika jadi pegawai gomen yang kerja untuk OKU dan orang susah . Taip-taip, sembang-sembang, taip sikit-sikit, makan-makan, layan orang awam sikit, kemudian makan lagi. Sambung borak lagi. Yang berumahtangga di kuarters, boleh balik dan tidur-tidur lagi. Cukup bulan gaji penuh dan tua ada pencen. Aku benci sungguh karenah birokrasi. Letih. Buat orang kecil menjadi bertambah kecil dan orang besar tambah besar kepala. Tengahari tadi. Aku naiki tren itu macam selalu-selalu. Lenguh lutut berdiri menunggu. Kemudian t...

Saya faham cikgu.

Guru, cikgu, ustaz, tuan guru, tutor, pensyarah, sifu atau apa-apa sajalah. Mereka mengajar. Mereka pendidik. Kita pernah menjadi murid dan sekarang mungkin seorang guru. Walau tidak secara professional. Tapi saya separa guru secara professional. Gaji saya pun separa juga. Segalanya serba separa. --------------------------------------------------------- Hari itu. Berbelas tahun dahulu. Saya duduk-duduk berduaan dengan lelaki itu. Dan dia sedang memeriksa kerja-kerja sekolah saya. Maklum, saya muridnya yang paling lambat menyudahkan kerja. Dan dia satu-satunya guru yang paling memahami keadaan saya. Dia tampan, berkulit putih dan berkaca mata. Mirip lelaki Tionghua. Umur dua puluhan dan baru lepas maktab perguruan. Bersekolah di sesi petang; jam sudah enam empat puluh lima. Gelap dan langit mau meruntuhkan hujan. Tiba-tiba dia bersuara. “Mar!” Dan dia merenung saya. Tajam dan menyihir. Dia tampan, berkulit putih dan berkaca mata. Mirip lelaki Tionghua. Umur dua puluhan dan baru lepas ma...

Hari Ibu - Jangan salahkan ibu yang menghamilkan kita

Ibu. Dari ibu menjelma segalanya. Yang baik. Yang buruk. Yang bernilai dan yang menjengkelkan. Ibu barangkali. Pernah melahirkan kaca. Pernah melahirkan permata. Pembunuh dan perogol juga. Ahli politik korup dan ulama bebal juga dilahirkan dari rahim seorang ibu. Sahabat! Jangan kau salahkan ibu yang menghamilkan saya, kamu dan mereka secara total. Kerana kita masing-masing punyai bahagian tersendiri. Saya dan kamu punyai akal pertimbangan sendiri. Semua ibu bagi saya adalah istimewa. Biar siapapun yang dilahirkannya. Dia berkorban dan bertarung. Nyawa sendiri adalah pertaruhannya. Ibu ratu hati? Satu klise . Tapi seperti hujah si botak , klise atau tidak bukan soal bicara. Apakah benar kita meratukan ibu dan para wanita di hati kita? Benarkah kita ratukan ibu kita? Benarkah? Menjadi ibu, bagi saya satu anugerah dari Allah SWT. Nikmat yang besar. Hanya yang tidak bepeluang sahaja akan mengetahui nikmat itu. Hanya yang terpilih saja akan akan mendapat anugerah bergelar...

Saya dan dunia blogging yang aneh

Hari ini, saya merasa kurang enak. Semalam Coco telah merosakkan PC saya. Saya tidak memarahinya. Bukankah dia cuma seekor kucing yang nakal dan tidak punya akal. Tapi saya cukup berkecil hati kerana dimarahi. Kerna cuma kesilapan yang tidak saya sengajakan. Hari ini, saya merasa kurang enak. Jejari saya keras. Mengetuk papan kekunci dengan satu jari. Saya cemburu. Orang lain bisa menaip dengan pantas. Sedangkan saya, sebaris ayat pun terhegeh-hegeh. Sejak akhir-akhir ini, tulisan tangan saya semakin buruk. Saya risau. Saya bimbang jika ia mempengaruhi keputusan peperiksaan saya. Hari ini, saya merasa kurang enak. Otak saya separa mati. Mencari-cari idea untuk menulis entri baru. Kononnya, saya mau menulis macam wartawan. Ayat-ayat perlu tersusun cantik rapi. Tatabahasa perlu tepat. Bahasa Malaysia edisi tinggi. Begitulah lebih kurang. Aduh! Lupa. Saya bukan wartawan. Saya bukan pakar bahasa. Saya adalah saya. Seorang cleaner , separa guru dan pelajar dewasa yang belum tamat uni...

Biar kepingan-kepingan gambar bercerita

Oleh kerana kami (teratai dan si botak ) kaya amat dengan kasih sayang, maka kami bersama-sama kronis ke De Mines . Berwindow sopping dan menonton filem propa Amerika. Kali ini kami mengunyah bertih jagong yang manis macam senyuman si botak. Nizam, maaf foto kita berdua tidak ada. Maaf dik, faham-faham sahajalah lelaki kakak yang kacak itu. Biarlah, jika hendak menukar cell phone baru. Kalau mau mengganti kakak baru pun, redhakan sajalah. Si botak, sila kirim foto yang beramai-ramai tu ya. Terima kasih kerana bersama-sama mengembirakan diri kita petang tadi Kita masih bisa tersenyum kan? Nota kaki: Si botak masih bujang. Yang itu bukan anak isterinya. Sesiapa berkenan, sila masuk meminang. Hantaran lebih kurang yang diminta Tuan Puteri Gunung Ledang. :p

Aku cintai kamu hujan.

Aku cintai kamu, hujan. Walau kamu lekit, basah, dingin dan merimaskan. Aku cintai kamu, hujan. Walau mereka tuduh kamu bawa bah dan bencana. Sebenarnya penguasa-penguasa bumi yang rakus mengaut untung meterial. Sudah buta mengurus alam. Setiap kali bah, tanah runtuh dan bencana kamu bakal dipersalahkan. Kasihan kamu hujan. Aku cintai kamu, hujan. Walau ada waktu aku juga merungut-rungut basah dan kedinginan. Kernamu hujan (dengan izin Yang Paling Atas), tumbuh subur segala tanaman. Pemuas dahaga segala makhluk Tuhan di bumi, di atas dan diperutnya. Dari tumbuhan dan hidupan, kekeyangan perut segala perut. Adat untuk survival , ada kalanya perlu bunuh-bunuhan. Aku cintai kamu, hujan. Kamu dinginkan aku yang kepanasan. Kamu puaskan aku yang haus. Subhanallah!! Aku cintai kamu, hujan. Aduh! Aku belum mengangkat kain di jemuran. Tapi langit baru mendung. Belum pasti kamu merintik. Tapi aku harus selalu sediakan payung. Nota kaki: Entri spontan, tanpa draf untuk menutup cerita mencari Qus...

Saya tercari-cari Qusnan Munazarif

Semalam yang indah. Pertama kali saya ke MASKARA Saya terhibur, walaupun acaranya agak suam-suam kuku. Oleh kerana saya ulat bulu...ahhh bukan, ulat buku(yang tidak comel) ; maka saya tidak dapat menahan diri dari godaan Aweks KL walaupun saya rasa disabotaj oleh lelaki saya. Kenapa begitu? Hah! Satu kepingan gambar kenangan pun tidak diambil dengan Sony Erricsonnya. Tiba-tiba. Seorang jejaka kacak berbaju belang biru menegur saya. "Waterlily kan?" "Ya. Saya. Awak tulis blog jugak? Blog mana?". Dalam kegelapan yang samar saya masih nampak dia tersenyum. " Takde lah, saya cuma pembaca blog." Hati saya pun berbicara-bicara. "Oh...jangan-jangan ini Qusnan Munazarif ". Saya keluar dan cuba mendekatinya. Tapi dia asyik mengelak-ngelak. "Encik Pinter ya?" Saya menembak dengan peluru kosong. Dia masih menafikan. Tidak mengapa. Mungkin benar. Bukan dia. Saya yang berfantasi yang bukan-bukan. Tapi jika dilihat dari posisi belakang dengan potonga...

Saya sungguh gembira pagi ini

Pertamanya, video ini dipinjamkan(baca: dirembat sesuka hati) secara ehsan dari Tok Rimau Keduanya, gambar muka depan blook GT yang dirompak secara ehsan juga dari Tok Rimau Ketiganya, foto ini dicuplik dengan ehsan dari rumah Spyz. Insyallah esok saya ke planet Pena dengan memakai baju warna terang. Saya akan bertemankan seorang lelaki menaiki kenderaan beroda empat, tetapi bukan kereta. Saya akan bertemankan Sony Ericsson(pinjam). Sumpah! Tidak akan membawa Coco. KEMPATNYA, SAYA MENGEPOS ENTRI DARI PC SEKOLAH. (Inilah perkara yang paling mengembirakan saya kerana hari ini saya dapat membalas dendam dengan makan gaji buta ha ha ha!)