Kadang Ella terasa hidupnya semakin rumit. Seperti memegang
bergugus anak kunci. Dalam keadaan gawat, sesak dan kesibukan tanpa menyudah, dia kadang panik.
Kekasih juga, kadang seperti gugusan anak kunci yang sedang berada
di tangannya sekarang. Kadang cukup menjengkelkan dan menyusahkan diri.
Kata bijak pandai, sangat sukar berbuat baik dengan orang
yang paling akrab dan disayangi.
Kebaikan hati selalu disalah tafsir dan jarang amat dihargai.
@@@@@
Di dalam simpanan Ella, ada bergugus anak kunci. Memegang
bergugus anak kunci adalah amanah yang menyesakkan jiwa,
Ella menyumpah-nyumpah kenapa perkerjaan yang dipilihnya. Bukan dia mahukan kerja ini. Dia tamak. Dia mahukan kerjaya. Bukan sekadar kerja.
Buat setetika, Ella berjaya disesatkan si iblis durjuna.
Ella terlupa dia sedang menyumpah rezeki Tuhan.
Puncanya, kerana asyik memikirkann timbunan anak kunci dua
blok bangunan itu dia tertinggal anak kunci rumah sendiri.
Maka petang itu membawa ke jam sebelas malam, bermalamlah dia
dengan komputer pejabat yang haram tiada sambungan internet.
Ella, menyumpah-nyumpah kelupaannya yang semakin
menjadi-jadi.
Tetapi hati kecilnya tidak pernah mahu melupakan Hiroshi.
ps: Ramai kawan tanya, entri saya ada kaitan dengan hari V tu ke ? Oh! Tidak. Secara kebetulan saya sedang memindahkan entri-entri dari blog yang konon-konon rahsia itu.
Rahsia la sangat kan? :p
ps: Ramai kawan tanya, entri saya ada kaitan dengan hari V tu ke ? Oh! Tidak. Secara kebetulan saya sedang memindahkan entri-entri dari blog yang konon-konon rahsia itu.
Rahsia la sangat kan? :p
Ulasan
Hihi.
testing.
takpelah, saya tetap nak membayangkan wajah Hiroshi tersenyum. hihi.
kalau aku dh rasa nk menangis dah tu...
.
Akak pun tak tau kenapa komen Ati aelalu masuk spam. Pacik Gugel selalu sabotaj walau akak dah klik 'bukan spam' .
Bayangkan Hiroshi Abe :p
Nizam,
Encik Hamka Kereta Mayat kata "Man ada hantu"
Wohaa!
Tas,
Ha ha.. apa takut, rumah Encik Warden kan dekat.