Langkau ke kandungan utama

Gugusan kunci yang menyesakkan rasa



Kadang Ella terasa hidupnya semakin rumit. Seperti memegang bergugus anak kunci. Dalam keadaan gawat, sesak dan kesibukan tanpa menyudah, dia kadang panik.

Kekasih juga, kadang seperti gugusan anak kunci yang sedang berada di tangannya sekarang. Kadang cukup menjengkelkan dan menyusahkan diri.

Kata bijak pandai, sangat sukar berbuat baik dengan orang yang paling akrab dan disayangi.
Kebaikan hati  selalu disalah tafsir dan jarang amat dihargai.

@@@@@

Di dalam simpanan Ella, ada bergugus anak kunci. Memegang bergugus anak kunci adalah amanah yang menyesakkan jiwa,

Ella menyumpah-nyumpah kenapa perkerjaan yang dipilihnya. Bukan dia mahukan kerja ini. Dia tamak. Dia mahukan kerjaya. Bukan sekadar kerja.

 Buat setetika, Ella berjaya disesatkan si iblis durjuna.

Ella terlupa dia sedang menyumpah rezeki Tuhan.

Puncanya, kerana asyik memikirkann timbunan anak kunci dua blok bangunan itu dia tertinggal anak kunci rumah sendiri.

Maka petang itu membawa ke jam sebelas malam, bermalamlah dia dengan komputer pejabat yang haram tiada sambungan internet.

Ella, menyumpah-nyumpah kelupaannya yang semakin menjadi-jadi.

Tetapi hati kecilnya tidak pernah mahu melupakan Hiroshi.


ps: Ramai kawan tanya, entri saya ada kaitan dengan hari V tu ke ? Oh! Tidak. Secara kebetulan saya sedang memindahkan entri-entri dari blog yang konon-konon rahsia itu.

Rahsia la sangat kan? :p






Ulasan

akirasuri berkata…
Kak, nanti kirim salam pada Hiroshi yek. *Cuba membayangkan mata sepet Hiroshi kalau tersengeh*

Hihi.
akirasuri berkata…
Saya rasa macam dah komeng.

testing.
akirasuri berkata…
ehhh a'ah la. komeng awal tadi ilang. :|

takpelah, saya tetap nak membayangkan wajah Hiroshi tersenyum. hihi.
Nizam.Ariff berkata…
masa Ella tidur berpelukan dengan komputer tanpa wayar itu, ada kena kacau hantu tak?
tasekM berkata…
sorang2kah..?
kalau aku dh rasa nk menangis dah tu...



.
Lily Abdullah berkata…
Ati,

Akak pun tak tau kenapa komen Ati aelalu masuk spam. Pacik Gugel selalu sabotaj walau akak dah klik 'bukan spam' .

Bayangkan Hiroshi Abe :p

Nizam,

Encik Hamka Kereta Mayat kata "Man ada hantu"

Wohaa!

Tas,

Ha ha.. apa takut, rumah Encik Warden kan dekat.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...