Langkau ke kandungan utama

Catatan

Poppy dalam kenangan

Aku hampiri Poppy.  Bertanya padanya dalam nada yang paling tinggi dan aneh."Bertahun sudah kita bersama . Mengapa mahu pergi?” Poppy tersenyum.  “Ruang dalam hatiku ini sudah menjadi terlalu sempit untuk kuberi padamu, atau mana-mana lelaki pun.” Ucap Poppy separa berbisik.  “Maaf, jika kau terluka. Jangan terlalu lara. Maaf, aku terpaksa!.”Poppy menyambung. Renungan kosongnya jatuh ke lantai kusam kamar tidur kami yang sempit. “Kalau perlu dengan kejam!” Poppy tersenyum lagi. Senyuman yang tidak pernah menyahjauhkan dirinya dari lelaki selurus aku. "Ada penggantimu dan suatu hari nanti akan ada penggantiku untukmu " Poppy bersuara lagi. jujur. Penuh keyakinan. Tiba-tiba dia menjadi tukang ramal yang sebegitu optimis.   Aku tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi penggantiku. Aku telah menemani Poppy dengan setia selama beberapa musim ini.  Tiba-tiba aku rasa tercabar kejantanan. Mahu aku memaki dia sepuas hati. Aku, lelaki yang telah membersih...

Bukan sesiapa

Bukan kejora bukan neon jauh sekali permata sentiasa sirna walau dalam remang sore dalam redup senja dalam rintik hujan dalam kelam malam dan kabus pagi Malam ini  berdoa langit terang  dan ada baki bintang untuk aku hitung Souces

12.30 pm

Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka. Eh Adik Manis,  Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham. Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya. Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil. Saya pun rasa mahu menampal jugalah. Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim. ...

“Music expresses that which cannot be put into words and that which cannot remain silent” —Victor Hugo

Mereka kata perempuan terlalu bercakap tentang perasaan. Kadang untuk isu yang  remeh temeh dan leceh. ' Lekeh' kata orang Utara. Kecil dan nampak bodoh.  Tiada isu besar. Rubbish .  Kurang cerdik. Whatever .....! Pedulikan! Aku kan perempuan.

Perkongsian kecil

Sempena penghulu segala hari, aku kongsikan sebuah catatan lama.  Barangkali dalam roh yang masih serupa. SAJAK KECIL UNTUK KUCING LIAR Sementara menanti dua puluh lima haribulan untuk setiap purnama aku cuma punya beberapa keping roti lupus tarikh untuk dikongsi bersama 10.41 am 25/6/2009 FOTO HIASAN : MEOW-MEOW SAYA

Wordless Wednesday

Untuk hari kekurangan kata-kata barangkali sebuah lagu bisa menyatakan sebahagiannya

Seorang Dewi dalam fiksi kelam

“Malam adalah efek perpisahan yang mengesankan.” kata Dewi sambil menjentik abu pada puntung nikotin yang disedut. Perlahan. Hembusan toksik berasap tempias mengenai wajahku. Kemudian dia diam. Bungkam. Aku, temannya harus selalu menjadi pendengar yang baik lagi setia. Di luar, cahaya perang keemasan berkilatan pada kaca jendela gedung-gedung bertingkat Kuala Lumpur. Bagai diselebungi bebayang seekor orge. Seolah digerakkan tangan-tangan dewa, awan gemawan pun menyisih pergi. Cahaya kuning matahari melesat-lesat. Membias pada gerak jalanan yang mendadak berubah bagai tarian. Membias pada papan-papan reclaimed. Membias pada percik gerimis dari pancutan air buatan. Membias di antara keunguan mega-mega. Maka langit bagaikan dilukis waktu. Bagai digerak ruang, yang segera hilang. Cahaya kuning senja yang makin lama makin jingga menyiram aspal, menyiram segenap perasaan yang merasa diri celaka. “Dewi, mengapa kau enggan berhenti dari upacara kehidupan yang macam daj...

Mungkin begini

Bagaimana harus saya menulis tentang dia tanpa menilai dan menghukum?  Mungkin begini. Lelaki berkecelaruan identiti (bukan identiti, mungkin seksual.Ya.Lebih tepat barangkali) itu mengirimkan saya satu  teks khidmat pesanan ringkas didahului dengan ucapan salam yang ditaip penuh. Seterusnya bertanya khabar tentang saya dan disudahi dengan mengirimkan salam kepada suami saya.  Dia seorang kawan dan pekerja yang baik. Tidak pernah culas ketika berkerja serta ringan tulang. Malangnya, kawan saya ini dipecat kerana kecelaruan identitinya.  Menerima hakikat, bahawa kita mempunyai kawan yang ada kecelaruan identiti bukan perkara mudah. Sukar untuk percaya, tambahan pula si empunya diri tidak mengaku malah mendakwa dirinya  difitnah.  Dalam sms yang dikirimkan kepada saya  dia mengadu tentang kesusahan dirinya selepas dipecat  dan si isteri pula menuntut cerai kerana tidak mahu menjadi alat untuk dia menutup kecelaruan identitinya it...

Tanpa tajuk

Barangkali aku hanya angin hanya debu hanya para korban dalam dunia kamu Ya memang salahku kerana acap kali berputus harap Biarlah aku hanya angin hanya debu hanya para korban dalam dunia kamu Biarlah untuk waktu ini Di waktu lain Barangkali akan ku sambut cabaran tika aku bersedia untuk sepak terajangnya ps: Tolong fikirkan tajuk untuk aku.  Otak  tertinggal di dalam peti ais dewan makan asrama sebentar tadi. Atau terjatuh kerana lantainya licin sekali pagi ini.

Jake si robot antropomorfik

“Cinta adalah bunga-bunga segar harum yang dikirim surga untuk membuat dunia tersenyum” kata Jake si robot antropomorfik yang baru aku kenali sejam tadi. Di atas elarti. Jam satu pagi. “Wajahmu (dia menyambung serius) laksana embun menyambut pagi, dan mengilhamkan bunga untuk menebarkan keharuman di musim semi, mengilhami kumbang untuk meresapi tentang keindahan sari” Aduh! Bosannya aku.(Sebenarnya aku suka) “Dengan segala kecantikan dan pesona hati yang begitu sempurna, semua orang akan menilai kau adalah gadis paling beruntung, hidupnya dipenuhi oleh kesenangan dan kegembiraan.” Bibirnya masih menceceh-ceceh. Menjelikkan aku! (Sebenarnya aku suka pujiannya) Namun dia tidak pernah menyangka hal sebetulnya. Duka dan derita telah memenjarakan aku. Kau, si robot antropomorfik cuma diprogramkan untuk menghiburkan gadis kesepian seperti aku. Engkau yang bakal mengira bahwa jiwa aku telah terangkat. Lalu terbang dari tubuh untuk mencari keagungan cinta. Tiada yang t...

Ini sungguh tidak adil, seperti dalam bahasa di Film-film Action Barat saat aktornya berteriak “IT’S NOT FAIR!!”

  Dia menjerit-jerit dan berkata "It's not fair!" Dia terlupa ini adalah pentas bernama bumi. Dunia! Di alam yang lagi satu semua perkara pasti adil! Dia kembali tersenyum dan merasa lega.

Cermin dan saya sedang berbicara dengan bayang-bayang

"Yuki sangat indah dan setiap pagi saya berangan-angan untuk melihatnya " Suatu pagi dingin di akhir musim luruh saya memberitahu Hiroshi. Via Dia enggan mengiyakan keindahan emping-emping yuki lantas bersuara. "Apa yang indah? Mengundang resah gelisah. Kedinginan yang menyusahkan"  Katanya saya terlalu mengagung dan melangit puji pada lembab yuki. Saya cuma tersenyum. Saya fikir dia tidak sedar betapa bertuahnya berada di mukabumi empat musim. Dia macam Murakami yang tidak kenal Islam. Mungkin macam Kim san yang enggan mengaku adanya Tuhan.  Mungkin seperti Ayako yang hanya bertuhankan kerja. "Ah! bertimbun menyesakkan lorong sempit kota ini." Rungut Hiroshi masih enggan mengalah. "Jadilah insan yang bersyukur. Kalau kau percaya adanya Tuhan, pasti tak sia-sia semua pemberian-Nya"  Kata-kata itu sebenarnya saya hamburkan untuk diri sendiri. Lebih kepada monolog barangkali. Masa seakan berjeda. ...

You said you’d wait for me, And I said I’d come running. But now I’m stuck here, At the train station, Paralysed.

Oh! Aku perempuan yang sering tertinggal keretapi tanpa sengaja Bukan bukan aku sengaja keretapi tetap pergi walau aku tiba awal atau tepat waktu

Berkerjasama dengan angka-angka dan pagi ini aku perlukan lebih dari secawan kopi panas

Hiroshi, barangkali benar bicaramu. Aku bukanlah insan yang sesuai untuk berkerja dengan angka-angka. Aku tidak gemarkan rutin. Aku cepat jemu dan mahu jadi surrealis. Berbicara tentang gaji da n income Hiroshi barangkali aku mengiyakan kata-katamu. Gaji adalah angka-angka. Sama seperti usia kita yang semakin meninggi. Sama seperti harga barangan yang kadang buat aku sesak nafas setiap kali keluar berbelanja. Aku perlukan angka dan not-not itu untuk meneruskan hidup yang semakin tinggi kos saraannya. Apa kau fikir, kita akan bertemu tanpa not-not bercap kepala pembesar itu. Apa kau fikir, kita boleh minum-minum ( orcha) bersama tanpa not-not itu ? Dan aku, seperti penjual cerita yang lain mengharap karya tersiar dan kemudian terpaksa menunggu imbuhan tertunggak dimasukkan segara ke dalam akaun. Saat ini, aku tidak pasti; hendak menangis atau ketawa. Atau menzahirkan keduanya serentak. Aku tersenyum kembali. Ya! Harus positif. Seperti katamu, Tuhan akan memberik...

Netty si bidadari

Jam 5.00 pagi  Suhu berskala 24 darjah Celsius membuatkan tubuh Netty sedikit menggigil. Dia berharap, jika kekecewaan yang bergelodak di dalam hati adalah titisan embun. Kesdihan ini adalah air. Kepedihan ini adalah salji. Kemarahan ini bukan api, sebaliknya hujan. Semuanya akan mengalir ke taman-taman. Mengalir ke tasik, sungai dan laut. Membasahi pohon-pohon tandus. Jika ada yang sakit dan kehausan, biarlah air yang bertakung di kolam mata cantiknya  menjadi penawar. Netty masih kepingin memiliki jari-jari yang cantik dan sempurna.  Kesempurnaan dalam pengucapan dan suara yang merdu.  Petah berbicara. Tanpa semua itu, sayap-sayap yang dimiliki langsung tidak mengundang makna. MyNiceProfile.com

Entri terpendek barangkali

Ber'meeting' di kalangan sekumpulan para guru betul-betul buat saya rasa terasa sangat 'kecil' dan kadang-kadang kecil hati. Mungkin mereka tidak bermaksud begitu. Tapi saya yang terasa. Jadi saya akan rawat hati saya dengan kata-kata hikmat dari kamu. Tolong tulis seorang satu di kotak komen baru pakcik gugel :p   Sekian

"Ah! pakcik, pernah tak kau bosan hidup begini? Tanya Rina

Kata saudara Dingin - Dunia Ini Sederhana Kecil. Tapi bagi Rina, dunia luas ini semakin sempit dan sesak. Setiap hari via fesbook dia akan meluangkan masa berbual dengan Zul Hisham.   Dia tahu apa yang Zul Hisham tidak tahu. Zul Hisham adalah lelaki akhir empat puluhan dan sudah bercucu. Nama sebenarnya Encik Hussin bin Abdul Kareem  Seorang kakitangan awam Kementerian XXX di Putrajaya.  Sering menyalahgunakan akses internet di tempat kerjanya. Isterinya Makcik Sofiah seorang surirumah. Buta IT. Tinggal dua blok dari kediaman keluarga Rina. Dunia sebelah Rina Dia seorang gadis belasan tahun. Semua rangkaian sosial dia daftar via nama samaran dengan usia sebaya rakan sosialnya. Ibu bapanya menyangka anak gadis mereka sangat rajin belajar. ***** Oh! Sungguh memenatkan hidup dalam "pembohongan" wahai pakcik ~ Rina ~ ps:  Tidak lagi mahu bercerita pasal kerja. Belum ketemu tip unuk menyampah secara berhemah :p

Noriko In Seoul dan Lily di mana kamu?

Kadang, saya tertanya-tanya bagaimana rasanya menjadi seorang ibu? Pertanyaan lain, jika saya seorang ibu adakah saya berjaya dan membuatkan saya bahagia? Adakah saya ibu yang akan menjadi kebangaan anak-anak? Atau saya akan menjadi ibu yang akan membuatkan anak-anak merasa malu dengan diri dan kehadiran saya sebagai ibu? Persoalan datang bertali arus dan saya tiada jawaban untuk apa-apa pun. Mungkin saya cuma boleh berharap mereka mahu menerima saya seadanya. Ya, seadanya. Menonton Noriko In Seoul (Noriko Goes to Seoul) membuatkan saya tiba-tiba banyak ber'spekulasi' (mungkin sedikit prejudice ) terhadap diri. Mampukah saya? Noriko in Seoul (노리코, 서울에 가다 / No-ri-ko, Seo-wool-ae Ga-da) mengajar kita tentang banyak perkara untuk direnungi.  Filem arahan Lee Gyo Wook ini berkisar tentang perjuangan seorang surirumah bernama Noriko Mori lakonan Reiko Takashima untuk mengembalikan semangat anak tunggalnya Miyuki  Anak bersama suaminya Hiroshi. Miyuki memutuskan unt...

Harus meyakinkan diri yang kami juga comel serta bergaya

Poppy kata dia berdoa setiap hari. Dia kepingin jadi bidadari Cantik Ayu Lembut Sopan Penyayang . . Poppy berdoa setiap pagi Dia kepingin transform jadi bidadari. Bermata hazel Rambut lurus panjang berkilat kehitaman Kulit gebu rona cream Bibir macam Angelina Jolie Badan potongan 34-24-34 . . Semalam Poppy beritahu aku. Dia cuma tak mahukan kepak itu Aku kata nak jadi bidadari, kenalah ada kepak Poppy kata kalau ada kepak, dia mungkin terjun dari tingkat 14. Sambil mulutnya tak henti mengunyah burger MecD Depan ada kepingan pizza menanti. Tangan kanannya kemudian menyuap kentang putar Kemudian rasa ais krim perisa vanilla di atasnya terhias stroberi. . . Aku diam. Sambil berfikir. Jika ada kepak itu, terjun dari tingkat 14 bukan lagi masalah, kawan! Mataku tertancap pada gumpalan-gumpalan lemak yang melekat pada tubuh kami. Tubuh aku dan Poppy. ...