Langkau ke kandungan utama

Berkerjasama dengan angka-angka dan pagi ini aku perlukan lebih dari secawan kopi panas

Hiroshi, barangkali benar bicaramu. Aku bukanlah insan yang sesuai untuk berkerja dengan angka-angka. Aku tidak gemarkan rutin. Aku cepat jemu dan mahu jadi surrealis. Berbicara tentang gaji dan income Hiroshi barangkali aku mengiyakan kata-katamu. Gaji adalah angka-angka. Sama seperti usia kita yang semakin meninggi. Sama seperti harga barangan yang kadang buat aku sesak nafas setiap kali keluar berbelanja.

Aku perlukan angka dan not-not itu untuk meneruskan hidup yang semakin tinggi kos saraannya. Apa kau fikir, kita akan bertemu tanpa not-not bercap kepala pembesar itu. Apa kau fikir, kita boleh minum-minum ( orcha) bersama tanpa not-not itu ?

Dan aku, seperti penjual cerita yang lain mengharap karya tersiar dan kemudian terpaksa menunggu imbuhan tertunggak dimasukkan segara ke dalam akaun.

Saat ini, aku tidak pasti; hendak menangis atau ketawa. Atau menzahirkan keduanya serentak.

Aku tersenyum kembali.

Ya! Harus positif. Seperti katamu, Tuhan akan memberikan jalan keluar.

Hiroshi, kadang aku rasa angka-angka ini bagai raksasa rakus. Menelan lahap kata-kata indah yang mahu aku tulis untukmu.

Pagi ini, entah apa mimpiku. Aku bangun pagi dan merendam secawan teh. 
Pada hal aku ini barangkali sudah masuk ke tahap perempuan coffeeholic

via en googel.com

Ulasan

sepa berkata…
saya suka kopi, jugak. :)
so'od berkata…
saya airkosongholic :)

mana butang like? dah hilang?
Lily Abdullah berkata…
so'od,

Kak pun tak faham dengan butang 'like' ni. Kak klik 'like' tak papar pun kat FB.


Sepa,
Yeay..kopi terbaeeek!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...