Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

9.3.12

Cermin dan saya sedang berbicara dengan bayang-bayang

"Yuki sangat indah dan setiap pagi saya berangan-angan untuk melihatnya " Suatu pagi dingin di akhir musim luruh saya memberitahu Hiroshi.

Via
Dia enggan mengiyakan keindahan emping-emping yuki lantas bersuara. "Apa yang indah? Mengundang resah gelisah. Kedinginan yang menyusahkan" 

Katanya saya terlalu mengagung dan melangit puji pada lembab yuki.

Saya cuma tersenyum. Saya fikir dia tidak sedar betapa bertuahnya berada di mukabumi empat musim.

Dia macam Murakami yang tidak kenal Islam. Mungkin macam Kim san yang enggan mengaku adanya Tuhan.  Mungkin seperti Ayako yang hanya bertuhankan kerja.

"Ah! bertimbun menyesakkan lorong sempit kota ini." Rungut Hiroshi masih enggan mengalah.

"Jadilah insan yang bersyukur. Kalau kau percaya adanya Tuhan, pasti tak sia-sia semua pemberian-Nya" 

Kata-kata itu sebenarnya saya hamburkan untuk diri sendiri. Lebih kepada monolog barangkali.

Masa seakan berjeda.

Kami sama-sama diam.  Saya tercari-cari Hiroshi yang pernah saya kenali dulu.

2 ulasan:

sepa berkata...

kak,

adakah Murakami itu nama penuhnya Haruki Murakami yg sering bercerita ttg labyrinth.?

:)

Water Lily berkata...

Sepa,

Murakami yang itulah.

Tapi Kim san lebih taksub dengan katsugen undo.(sebut ontoo kut..ntah) Cuba gugel. :)