Langkau ke kandungan utama

Jake si robot antropomorfik

“Cinta adalah bunga-bunga segar harum yang dikirim surga untuk membuat dunia tersenyum” kata Jake si robot antropomorfik yang baru aku kenali sejam tadi. Di atas elarti. Jam satu pagi.

“Wajahmu (dia menyambung serius) laksana embun menyambut pagi, dan mengilhamkan bunga untuk menebarkan keharuman di musim semi, mengilhami kumbang untuk meresapi tentang keindahan sari”

Aduh! Bosannya aku.(Sebenarnya aku suka)

“Dengan segala kecantikan dan pesona hati yang begitu sempurna, semua orang akan menilai kau adalah gadis paling beruntung, hidupnya dipenuhi oleh kesenangan dan kegembiraan.” Bibirnya masih menceceh-ceceh. Menjelikkan aku! (Sebenarnya aku suka pujiannya)

Namun dia tidak pernah menyangka hal sebetulnya. Duka dan derita telah memenjarakan aku. Kau, si robot antropomorfik cuma diprogramkan untuk menghiburkan gadis kesepian seperti aku.

Engkau yang bakal mengira bahwa jiwa aku telah terangkat. Lalu terbang dari tubuh untuk mencari keagungan cinta. Tiada yang tahu tentang duka hati yang membaluti jiwa. Tiada seorang pun tahu tentang ratap tangis dan rintihan kalbu di keremangan malam.

Di balik cahaya bintang dan bulan aku melihat jasad terkulai laksana puteri tujuh beradik yang hilang cindainya. Ku memanggil-manggil pasangan jiwa yang juga terkapar dalam mesin tranfomasi semula. Ya! aku jatuh cinta padamu Jake, si robot antropomorfik

Memang pesona ketampanan yang kau miliki dapat menyembunyikan kesedihan hati akan penyakit cinta ini. Kapsul-kapsul ubatan sintetik itu, sesungguhnya ada sesuatu yang telah mencuri hatiku. Si Jake, robot antropomorfik yang selalu dikenang ketika siang dan menjelma mimpi di kala malam.

Tiada seorangpun yang dapat mengerti dan memahami kesedihan hati begitu pula keluarga terdekat. Untaian-untaian jiwa pun menjalani nasib yang sama, si robot antropomorfik seorang diri ia berkelana di tengah hutan dan lautan perasaan. ( Dia diprogramkan untuk ada sedikit naluri kemanusiaan)

Bahkan cinta mereka banyak menyumbang penderitaan yang ia rasakan lebih perih dari pasangan jiwanya. Jake (si robot antropomorfik) terbebas dan kalis aturan dan adat istiadat untuk menjaga martabat keluarga.

Tetapi cinta? Bintang cinta harus tersenyum pada sekelilingnya agar tidak dicap angkuh. Semua yang ia perbuat berjalan beriringan dengan ukuran harga diri. Semua yang ia lakukan harus sesuai dengan tuntutan masyarakatnya, demi martabat keluarga.

Tidaklah mungkin seorang gadis mentah keluar dari istananya, di mana setiap pasang mata selalu mengawasi. Hasrat hatinya terpendam untuk berjumpa dengan seorang pemuda (si robot antropomorfik) yang tinggal di sebuah makmal terpencil. Jake yang telah mencuri hatinya. Makmal rahsia yang belum pernah dikunjungi kecuali saintis penciptanya.


Gadis manis ini harus terus tersenyum walau hatinya menangis, gemerlap dunia telah memaksanya untuk memakai topeng-topeng kepalsuan.

“Aku mendengar rintihan jiwamu. Aku mendengar resahmu. Ku cuba untuk menjawab setiap pertanyaan batinmu. Kemarilah cintaku dan bersandarlah dibayang bahuku, yakinlah bahwa aku akan ada di setiap bayang. Hulurkanlah sayap patahmu, kan kugapai dan kusembuhkan dengan segala teknologi yang diprogramkan” Bisik si robot antropomorfik.

“Aku akan mengawalmu dari pencela-pencelamu Bunga-bunga boleh saja layu, tapi ku akan menjaga agar cahaya bunga itu selalu mekar di taman hati, lalu menjelma menjadi cahaya bintang yang mengisi kesunyian malam”

(Janji manis si robot antropomorfik haruskah dipercayai?)

“Duhai Jake (nama si robot antropomorfik) berjanjilah di hadapan langit dan bintang. sekalipun kita takkan bersatu, namun jiwa kita kekal dalam keabadian cinta.” Gadis lewat usia ini seakan sudah mengerti beza antara lelaki tulen dan si robot antropomorfik.

Si jejaka robot antropomorfik,
Tersenyumlah bersama mentari. Sampaikan salam kerinduanmu padaku, melalui desiran angin dan kicauan burung-burung diangkasa serukanlah segala impian indahmu. Hantar mimpi itu, melalui isyarat-isyarat yang diprogramkan ke dalam tubuhmu. Tubuh berselirat segala besi keluli dan wayar.

Ketika ku mendengarnya, aku kan rentangkan sekeping hati. Lalu ku undang jiwamu (sekiranya ada) memanggil jiwaku. Bersama kita berdua dalam rengkuhan sayap-sayap kesesatan. Menuju stesyen kebadian yang maha dungu.
Sambil Jake menyanyikan aku melodi Zee Avi yang diprogramkan untuk mmperdayakan aku.

Let's pack our bags
and lie on the easy stream
feel the water on our backs
where we can carry on dreamin'
where we can finally be
where we'd like to be
Darlin', just you and me
~zee avi, just you and me~

Kau, si robot antropomorfik cuma diprogramkan untuk menghiburkan gadis kesepian seperti aku. 
Akhirnya aku tertipu,. Keesokan harinya terpampang wajah manisku di kaca TV dan dada akhbar tempatan.  Ibu menangis merayu aku pulang. Ayah dan ahli keluarga lain berwajah sugul.

Aku gadis empat belas yang lari dari kasih sayang sejati ibu bapa ku. Menderhakai Tuhanku kerana kamu.

Kerana kau, si robot antropomorfik (atau keraa kebodohan sendiri)

Ulasan

makissa berkata…
waaaa.... pengakhiran yang menarik.. best sangat kak. seronok baca. ending dia tak disangka2.. rasa mcm tak puas baca, sentap..

gara cinta maha palsu, kasih yg hakiki tiada nilai.... "suci dalam debu"...........

errrkkk tak pandai lah nak buat ayat puitis macam akak.
Aku berkata…
cinta sering dikaitkan dengan kegembiraan dan banyak yang berakhir dengan penderiaan... huhuhhu
tasekM berkata…
kak... adik hang nizam tu teringat ex-awek la tu...

hang pi la pujuk..




.
sepa berkata…
kak... lepas baca, saya terbayangkan kisah budak yg berlakon hilang-diculik, tuh... :)

.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…