Hiroshi,
barangkali benar bicaramu. Aku bukanlah insan yang sesuai untuk
berkerja dengan angka-angka. Aku tidak gemarkan rutin. Aku cepat jemu
dan mahu jadi surrealis. Berbicara
tentang gaji dan income Hiroshi barangkali aku mengiyakan kata-katamu. Gaji adalah angka-angka. Sama seperti usia kita yang semakin meninggi. Sama seperti harga barangan yang kadang buat aku sesak nafas setiap kali keluar berbelanja.
Aku perlukan angka dan
not-not itu untuk meneruskan hidup yang semakin tinggi kos saraannya.
Apa kau fikir, kita akan bertemu tanpa not-not bercap kepala pembesar
itu. Apa kau fikir, kita boleh minum-minum ( orcha) bersama tanpa not-not
itu ?
Dan aku, seperti penjual cerita yang lain mengharap karya tersiar dan kemudian terpaksa menunggu imbuhan tertunggak dimasukkan segara ke dalam akaun.
Dan aku, seperti penjual cerita yang lain mengharap karya tersiar dan kemudian terpaksa menunggu imbuhan tertunggak dimasukkan segara ke dalam akaun.
Saat ini, aku tidak pasti; hendak menangis atau ketawa. Atau menzahirkan keduanya serentak.
Aku tersenyum kembali.
Ya! Harus positif. Seperti katamu, Tuhan akan memberikan jalan keluar.
Hiroshi, kadang aku rasa angka-angka ini bagai raksasa rakus. Menelan lahap kata-kata indah yang mahu aku tulis untukmu.
Pagi ini, entah apa mimpiku. Aku bangun pagi dan merendam secawan teh.
Pada hal aku ini barangkali sudah masuk ke tahap perempuan coffeeholic.
via en googel.com |
Ulasan
mana butang like? dah hilang?
Kak pun tak faham dengan butang 'like' ni. Kak klik 'like' tak papar pun kat FB.
Sepa,
Yeay..kopi terbaeeek!