Langkau ke kandungan utama

Tentang kekecewaan dan ekspektasi


Bumi mana yang anda fikir tidak pernah ditimpa hujan? Barangkali kadang taufan, tsunami dan ribut salji.  Siapa yang tidak pernah merasa kecewa? 

Merasa kecewa tentunya lumrah kehidupan.  Kata mereka, orang yang sering putus asa dan merasa kecewa adalah individu yang lemah dan tidak tahu bersyukur.

Barangkali separuhnya benar.
Barangakali seperempatnya benar. 
Barangkali juga totalnya benar

Terpulang kepada pengalaman dan persepsi.

Saya kira semua kita yang bukan dijadikan dari cahaya ini pernah merasainya. Bukan sekali dalam hidup. Bahkan beratus, beribu kali. Kekecewaan mungkin timbul dari pelbagai situasi bukan ? 

Dari masalah birokrasi, kuliah, kerja, teman, pasangan atau apa pun, di mana kita menyimpan harapan yang menggunung.  Namun kenyataan sama sekali becanggah dengan harapan

 “Teruslah berharap dan jangan pernah lelah untuk kecewa”.
“Jangan pernah berharap jika tidak ingin kecewa”

~ Petikan kata entah dari mana-mana~

Dan beritahu saya bagaimana untuk berharap tanpa perlu merasa kecewa

Rasa kecewa sering mengingatkan saya dengan perkataan “birokrasi”.  Istilah yang sering kali menjadikan sesiapa pun pasti merasa kecewa berhadapan dengannya. 

Mungkin tidak salah untuk mengatakan berhadapan dengan karenah birokrasi seringkali di’wajib’kan untuk kecewa dan patah hati.

Dan untuk melimitasikan rasa kecewa adalah dengan mengurangi pengharapan kita terhadap kepercayaan kita terhadap sistem mahu pun individu, serta meningkatkan ekspektasi kita terhadap realiti

Lalu bagaimana dengan anda?

Viia : Pinjam foto So'od.
PS: Rasa sedang mengecewakan diri sendiri.  Birokrasi barangkali ilustrasi paling dekat untuk difahami.





Ulasan

sepa berkata…
saya lebih dikecewakan oleh birokrasi yg dimanipulasi. :)
so'od berkata…
Kak lily kena taruk butang like kat entri blog. Senang nak klik. Hehe.
Lily Abdullah berkata…
Sepa,

Memang mengecewakan :(

So'od,

Dah try banyak kali. Try and error dan dah baca beberapa tutorial. Tapi tak berjaya.

Masalah dengan dashboard baru ni, bila klik edit HTML tak tau nak save kat mana. Tak nampak butang save.

Frust jugak he he..
akirasuri berkata…
Kak,

Untuk hadapi kecewa, ketidakcapaian-jangkaan mahupun ketidaksampaian-pengharapan;

http://www.positivelypositive.com/2012/02/03/what-doesnt-kill-you-makes-you-stronger-pic/

:)
Lily Abdullah berkata…
Ati,

Dah pegi tgk, Tkash,

So'od,

Terima kasih.

Berjaya letak butang like. Testing dgn klik entri sendiri. mesti gila 'like' entri sendiri ha ha ha..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...