Langkau ke kandungan utama

Noriko In Seoul dan Lily di mana kamu?

Kadang, saya tertanya-tanya bagaimana rasanya menjadi seorang ibu? Pertanyaan lain, jika saya seorang ibu adakah saya berjaya dan membuatkan saya bahagia? Adakah saya ibu yang akan menjadi kebangaan anak-anak? Atau saya akan menjadi ibu yang akan membuatkan anak-anak merasa malu dengan diri dan kehadiran saya sebagai ibu? Persoalan datang bertali arus dan saya tiada jawaban untuk apa-apa pun. Mungkin saya cuma boleh berharap mereka mahu menerima saya seadanya.

Ya, seadanya.

Menonton Noriko In Seoul (Noriko Goes to Seoul) membuatkan saya tiba-tiba banyak ber'spekulasi' (mungkin sedikit prejudice ) terhadap diri. Mampukah saya?

Noriko in Seoul (노리코, 서울에 가다 / No-ri-ko, Seo-wool-ae Ga-da) mengajar kita tentang banyak perkara untuk direnungi.  Filem arahan Lee Gyo Wook ini berkisar tentang perjuangan seorang surirumah bernama Noriko Mori lakonan Reiko Takashima untuk mengembalikan semangat anak tunggalnya Miyuki  Anak bersama suaminya Hiroshi. Miyuki memutuskan untuk berhenti menjadi seorang atletit dan gadis tersebut seriing ponteng kelas. Noriko begitu menyayangi puteri tunggalnya menjadi sangat sedih melihat keadaan tersebut dan memutuskan untuk terbang ke Seoul mengikuti sebuah ejen pencarian bakat nyanyian di mana salah seorang  jurinya adalah Kim Hyun Jae, artis idola beliau.

Hakikatnya, kenyataan pahit mewarnai perjalanan hidup Noriko. Dia di dignosis mengidap lung cancer dan perlu segera menjalani pembedahan. Demi Miyuki, Noriko memutuskan menunda pembedahan  tersebut dan  memilih berangkat ke Seoul.

Namun perjalanan Noriko selama di Seoul tak semulus seperti apa yang dibayangkannya. Menyanyi bukanlah hal yang mudah dan Noriko memerlukan seorang guru untuk memburu impiannya.

Pertemuannya dengan seorang pemuda tampan bernama Kim Minha (lakonan Lee Hong Ki) pemuda yatim dan mandiri sedikit sebanyak mencorak kehidupan Noriko dan Minha sendiri. Tanpa mereka sedari, mereka saling mempengaruhi kehidupan satu sama lain dan saling memerlukan di kala semangat mereka menjadi goyah.

Noriko memiliki semangat yang tinggi dan sangat menyayangi keluarganya. Kebiasaannya berkumpul bersama teman-temannya sambil belajar dan tidak mensia-siakan setiap detik yang dikurniakan Tuhan kepadanya. 

Sedikit malang, bersuamikan Hiroshi (lakonan Katsumura Masanobu); kehidupan berumah tangga selama 17 tahun tidak membuatkan beliau peka terhadap situasi keluarganya. 
Hiroshi lelaki tipikal yang begitu mementingkan kerjaya.

Noriko in Seoul mengajar saya banyak perkara untuk direnungi.

Tentang mimpi dan harapan
Tentang usaha dan kegigihan mengejar impian.
Tentang kasih sayang dan menghargai waktu terluang
Tentamg betapa kadang orang asing menjadi keluarga dan keluarga kadang menjadi orang asing.
Semuanya berkisar soal kasih sayang.

 Bagi yang belum, selamat menonton!




Ulasan

so'od berkata…
Saya takkan menonton. Cukuplah merenung pengajaran yang akak kongsi.
fazika puspa berkata…
saya dah tengok petang tadi.
hensem jugakla minha tu.hehehe
:P
sepa berkata…
nanti saya menonton, kak.
...dah tgk sekerat. criter gini genre saya. saya d/load semua dulu la...
:)
Lily Abdullah berkata…
Sepa,
Dah abih tengok?

Faz,
Kakak comel macam Noriko tau haha :p.

Masa sebaya dia la..hihihi..

So'od,

Terima kasih jugak kerana selalu berkongsi artikel terjemahan dan lain-lain di laman So'od.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...