DI BAWAH POHON SAKURA
Hiroshi bingkas bangun. Mengeluarkan sekotak Mild 7 dan pemetik api.
Aku bertanya penuh rasa ingin tahu. "Mengapa merokok? Bukankah kau selalu berfikiran positif. Hanya memilih yang terbaik sahaja dalam hidupmu?"
Aku bertanya penuh rasa ingin tahu. "Mengapa merokok? Bukankah kau selalu berfikiran positif. Hanya memilih yang terbaik sahaja dalam hidupmu?"
"Aku memilih yang terbaiklah ni...merokok lebih baik dari jatuh cinta dengan pasangan orang lain." Ujar Hiroshi serius.
Dan aku terkesima.
Perlahan aku melangkah pergi meninggalkan dia. Mungkin buat selamanya.
Dan aku terkesima.
Perlahan aku melangkah pergi meninggalkan dia. Mungkin buat selamanya.
NOTA KECIL UNTUK HIROSHI (AKU SELITKAN DI CELAHAN POHON UME DALAM MIMPIKU)
Aku sekadar mampu menulis seperenggan untuk Bab 2 setelah sepanjang malam berjaga.
Membiarkan kekasih halalku tidur kedinginan bersama kucing kesayangan kami.
Aku sibuk membayangkan engkau dan,
pohon ume yang sudah putus bunganya.
Pedih sekali cinta ini Hiroshi
Lukanya bernanah sampai ke tulang hitam.

SELAMAT PAGI HIROSHI (HANAMI SUDAH BERAKHIR UNTUK KITA)
"Apa kau buat?" dia kepingin tahu.
" Aku menulis," jawab aku via YM.
"Kau menulis, tentang apa, untuk siapa?"dia mahu tahu lanjut.
"Puisi untukmu....," aku kata
"Bacakan untukku..," ujarnya
"Gila kau, kau bukan dengar suaraku," aku membalas dan meletakkan icon budak bulat warna kuning sedang ketawa tergolek-golek.
"Percayalah, aku bisa mendengar suaramu di mana-mana...,"
*Menulis puisi cinta untukmu adalah satu pembaziran Hiroshi. Tapi aku tulis jua kerana ku tahu; engkau selalu mendengar suaraku di mana-mana dan aku mendengar suaramu ke mana-mana aku melangkah*
"Hello, kau masih di talian..,"tanya Hiroshi.
" Apa judul puisimu?"
"Hanami sudah berkubur..," aku kata.
"Kejam!" Horoshi sudah hilang di talian.
*Ya! Hanami susah berkubur.*
Hanami sudah berkubur sore tadi
kelopak bunga gugur beselerak semalam dan pagi ini
daun kering kekuningan seakan mahu mati
ranting polos sudah,
tiada lagi kuntum mewangi untuk kita
benih baru mustahil bersemi
hanami takkan kembali.

Selamat pagi Hiroshi!
Sember Foto : carian Goole
Sumber Fiksi : blog yang akan ditutup
Motif entri ini sekdar megingatkan diri bahawa hidup ini tidak berkisar tentang kerja sahaja. Saya masih punya mimpi yang mahu digapai.
Ayuh usahakan wahai diri.
Ulasan
p.s. kak lily, entri terbaru ni tak difeed di google reader mahupun di blog, saya rasa mungkin ada berlaku kesilapan di coding atau setting. :)
Hi hi padan muka nak sgt letak butang 'like' ahaahaa...:P
:D
Saya bayangkan rupa dia macam Ken Watanabe. hik! hik! hik!
Ah! Full version nya dalam cerpen 'Ume Terlewat Kembang".
Gitu-gitu lah lebih kurang ceritanya.
tak mahulah yang lebih kurang. mahu yang sama sejibik..