Langkau ke kandungan utama

Warkah terbuka untuk Mak



Mak,

Saya tahu, mak dan Allahyarham ayahanda tidak pernah sesekali pun mengajar saya memaki apatah lagi menjadi seorang yang pemarah.

Saya pun tidak pernah memaki sesiapa, kecuali tulisan maki-makian di dalam blog. Kadang memang benar, saya memaki-maki. Kadang saya cuma bergurau dengan kawan-kawan yang haram pun saya tidak pernah ketemu.

Mak,

Saya baru balik dari dewan makan asrama. Dan seperti selalu-selalu, setiap kali saya masuk ke situ pasti saya terasa mahu memaki seseorang. Tidak lain, tidak bukan perempuan lahanat yang saya rasa saya mau koyak-koyakkan jubah dan tarik tudung labuhnya itu.

Mak,

Saya sangat tertekan, kerana separuh daripada kerja tertunggak saya berpunca dari cara pengurusan dewan makan asrama tersebut.

Mak,
Saya tahu, mak tidak pernah mengajar saya menggunakan bahasa kesat dan kasar.

Tidak sama sekali!

Saya masih ingat pesan Allahyarham abah. Nabi Musa as itu mulia lagi tutur katanya takkala berhadapan dengan Fir'aun yang mengaku Tuhan.

Mak,

Maafkan saya. Saya cuma insan biasa yang lemah. Sejak mutakhir ini, saya menjadi perengus dan pemarah.

Tuhan
Ampuni saya.

Mak,
Doakan saya mampu bertahan dengan ujian dariNya.

Ulasan

SHIMI berkata…
Selamat Hari Ibu kak Lili.
Dialah nikmat terbaik dalam hidup yang dianugerahi dari-Nya. Peliharalah, sanjungilah, mohonlah restunya selama mana kita masih memilikinya....
tasekM berkata…
mak dah sehat ke cemana kak..?




.
sue berkata…
Lily yang tabah,

Sayu sunggguh hatiku tiapkali membaca coretanmu..namun tiada dayaku untuk membantu hanya sekadar titipan doa agar kau sentiasa kuat dan berada di bawah lindungan Allah jua..Hajat di hati ingin juga daku tangan-tangankan manusia yang menyusahkan dan menyakiti hati mu malangnya tanganku tak sampai..teruskan menulis kerana aku mengagumi gaya tulisanmu..
Lily Abdullah berkata…
Shimi,
T.kasih!

Tas,
Mak aku dah sihat. Adatllah umur dah masuk 65 tahun. Aku yang muda(muda?) pun sakit hehe..

Sue,
T.ksh. Biarlah, saya yakin Tuhan tidak kejam. Ini ujian terbaru saya :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...