Remy,aku memahami maksud nukilan di telapak tanganmu itu. Maksud nukilan yang kau hembus dan engkau berharap ia diterbangkan angin. Mungkin angin itu berpusar dan tersasar arah. Mungkin angin puting beliung. Maka, maksud coretanmu itu tidak sampai ke tangan strangers yang kau harapkan.
Barangkali dia yang kau puja sesuku gila.
Barangkali!
Oh! Lupa, namaku Anne Lily. Kau boleh panggil aku apa-apa saja. Mungkin Anne, Lily atau strangers. Benar secara literalnya kita adalah orang asing.
Mari aku kisahkan engkau sesuatu Remy.
Tentang aku dan tentang bagaimana aku temui maksud nukilan di telapak tanganmu itu. Kau berharap ia didebukan dan diterbangkan angin. Tetapi ia berlaku pada hari, jam, waktu dan strangers yang salah.
Ini barangkali takdir Remy. Kau tahu, takdir adalah hikmah.
Oh, sekali lagi. Namaku Anne Lily. Sudah dipunyai Adam. Walau kami sebumbung, semakin lama cinta kami dihakis waktu. Dan kami seperti maksud di dalam nukilanmu. Kami adalah dua orang asing yang berkongsi sebuah rumah dan seekor kucing.
Adam, hidup di dalam dunianya dan aku rasa terasing. Aku dengan duniaku, yang barangkali jua buat dia terasa asing.
Kau bayangkan Remy, dia sibuk dengan Astro Supersportnya pada masa aku mahu menonton filem-filem romantis misteri adaptasi novel-novel Nora Robert.
Kadang kami bergaduh untuk perkara yang cukup remeh. Berebut remote tv, contohnya paling kecil. Atau siapa patut beri kucing kesayangan kami makan misalnya.
Kesibukan-kesibukan dan ketidakserasian yang kecil-kecil menjadikan kami begitu terasing.
Oh, panjang aku melalut Remy. Kau bosan?
Mari aku cerita bagaimana aku temui maksud coretan di telapak tanganmu itu. Ia tidak datang kepadaku melalui angin Remy.
Ia jatuh bersama rintik-rintik mulus hujan pada suatu pagi yang malang.
Aku, keluar rumah sehelai sepinggang dan berkaki telanjang kerana merajuk dengan Adam. Puncanya, Adam terlupa ulangtahun perkahwinan kami. Dan Adam separuh gila mencari aku.
Kami masih statik. Masih strangers!
Entah apa yang membuatkan kami masih bersama.
Barangakli kerana maksud coretan di telapak tanganmu,Remy!
Dan aku terus mengalah dan bertahan. Akhirnya, kita semua adalah strangers. Sesudah padam rupa bumi ini, kita masing-masing adalah strangers.
Itulah makna yang aku temui dalam larutan air hujan. Tanpa sengaja. Ia subjektif Remy. Manusia bisa menafsir apa-apa sahaja tentang kita, strangers!
PS: Fir, aku sudah sambung fiksi engkau. Sekarang giliran kakak kau yang seorang lagi
Cepat Ain, yu tak sambung tak rock okey, haha..
Ulasan
.
Tapi aku rasa, jalan ceritanya nanti berat ke arah katil dan kondom jer...
hahahaa....
tg agas dan taman mawar,pasirgudag
jarak 189.41km, ukuran google earth.
jarak masa 2 jam plus minus..isnin subuh di hentian kulai..jumaat maghrib machap....nampaknya gitulah kami sekeluarga weekend family..
relevan tak?
hentam je la bang. haha
King,
Nopen kut haha..
Nizam,
Kau kena clorokkan sikit otak ko tuh haha
Tas,
Aku masih tunggu ko sambung, dan adik kita tu komen.
Dia baca ke dak ni..
Just follow thid blog. :)
Cer hang sambung pula, kak nak tengok bakat hang menulis cerita fiksi. Bab2 melukis kartun sudah terbukti hehe..
Mastor,
Terima kasih.
Hana,
Terima kasih :)