Di halaman sosial tersebut saya temui beberapa orang rakan lama. Rakan sekelas, satu dorm dan satu asrama. Rakan-rakan yang boleh dikatakan agak karib sewaktu bersekolah dulu.
Salah seorangnya anak mami yang cun sekarang sudah beranak lima pun masih lagi cun.
"Awat sedih sangat bunyi email hang?" Dia bertanya saya via satu panggilan telefon.
Saya hanya tertawa kecil.
Barangkali, mereka tidak tahu apa yang saya lalui sesudah meninggalkan alam persekolahan.
Cabaran dan getir kehidupan membuatkan saya hampir tumbang.
Betapa pincangnya kehidupan saya.di kala itu.
Pendek cerita, mereka tidak mengenali sisi pahit gelap hidup saya. Digelar cacat, tidak cerdik, mental dan andartu.
Mereka tidak kenal Lily. Mereka mengenali Yani. Di antara anak gadis yang pandai di dalam kelas. Sering dipuji guru dan di antara pelajar yang dijadikan murid contoh.
Mereka tidak kenal Lily yang kesunyian, terasing dan tersisih.
Lily yang terlupa betapa luasnya dunia!
Lily yang merasakan hidupnya akan kalah dan awan mendung akan selalu membayanginya.
Lily yang kehilangan segala-galanya selepas tamat alam persekolahan.
Lily yang anda, rakan-rakan blogger saya kenali sekarang.
Ulasan
Yakin dan sabar bila sudah kukuh akan menjadi pakaian yang rapi dan anggun,tunggu sahaja kamu akan mendapat nikmatnya di alam sana nanti.
Tapi... ialah....sabar dan yakin tidak semudah mengejanya.
Kak Has,
Maafkan saya. Saya tidak tahu kemana hilangnya komentar akak smlm.
Sebab pakcik blogspot ada sikt kelamkabut semalam.
Aku ada hadiah dalam bungkusan nak bagi kpd akak. Kalau tak keberatan boleh kasi alamat nak pos. Sila SMS atau email aku di nizam.ariff@yahoo.com.
TQ