Langkau ke kandungan utama

Al Fatihah Untuk Abah - siri 2

Ramadhan yang kelima belas dan seolah peristiwa itu berulang-ulang saban kali Ramdhan datang. Hancur luluh hati kami melihat penderitaan dan kesakitan yang ditanggungnya. Makan tidur yang tidak sempurna dan hospital menjadi rumah kedua.

Hingga pada suatu hari seorang doktor bukan seagama yang baik budi berkata.

“Tak payah lagi ke mari. Iktiarkan apa yang patut mengikut pengangan agama you” Doktor berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu itu barangkali sedikit sebanyak memahami agama dan pegangan kami.

Lalu kami bawa abah kembali ke rumah kecilnya. Abah minta mahu makan segala macam. Maka kami sediakan seada yang mampu. Sekadar memenuhi tuntutan tekaknya. Perutnya sudah tidak bisa menghadam dan mencerna lagi. Segala yang ditelan, akan dimuntahkan tidak sampai beberapa minit.

Masih segar dalm kenangan. Pagi Jumaat dua belas November 2004 bersamaan dua puluh sembilan Ramdhan 1425.

Paginya, sesudah kami bersolat abah bersuara dan tersenyum. “Abah rasa sihat sangat pagi ni. Abah dah tak sakit lagi. Dah sembuh kut sakit abah ni.” Dan abah tersenyum lagi pada aku dan mak. Senyuman yang manis dan aneh. Wajahnya pagi itu seakan bercahaya dan sukar digambarkan dengan ungkapan kata.

Mak berbisik padaku pada pagi Jumaat itu. Disuruh menghubungi saudara mara adik beradik abah. Aku segara faham.

Awal pagi Jumaat dua puluh sembilan Ramadhan. Semua saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. Cuma abang Syam, sepupuku yang datang. Kemudian adik abah yang paling bongsu. Khadijah pula dalam pantang, baru enam hari melahirkan Izatul Syima. Tengahari itu, abah semakin nazak. Abang Syam tidak pergi solat Jumaat, melihat keadaan abah yang kian nazak. Sesudah solat Jumaat, abah pergi buat selamanya. Suatu perjalanan panjang dan tidak bisa kembali lagi.

Ketika saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. kami sekeluarga sibuk membantu abah meneruskan perjalanan terakhirnya.

Petangnya, sesudah solat Asar; allahyarham ditalkinkan. Segalanya diuruskan dengan pantas. Sesudah Zohor dijemput Tuhan dan sesudah Asar ditalkinkan.

Ketika saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. Kami sekeluarga sibuk membantu abah meneruskan perjalanan terakhirnya.

Malam itu kami mengadakan majlis tahlil untuk abah. Sesudahnya diikuti dengan takbir Aidiilfitri.

Dan
Malam itu aku tidur bertemankan airmata dan sambil memeluk kain pelekat abah. Aidilfitri tahun itu kami raikan dengan airmata.

Ketika saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. Kami sekeluarga sibuk membantu abah meneruskan perjalanan terakhirnya.


Nota kaki:
1. Dedikasi istimewa untuk Kak Raden dan adik botak tersayang. Semoga tabah menghadapi dugaanNya.
2. Al fatihah untuk allayarham abah. Semoga dirahmati dan diampuni.
3. Aku pernah menulis tentang allahyarham di sini dan di sini juga,

AMIN. Al Fatihah.



Ulasan

Cikgooden berkata…
aduii...cite pasal ayahanda pulak..tambah stress aku..juga terkenangkan arwah ayah yg pergi 1st posa.khamis malam thun lepas...ditalkinkan sebelum sebahyang jumaaat esoknya.hu hhu..
Ungku Nor berkata…
Al Fatihah buat abah.
Amin.

hargailah abah selagi dia masih ada.
tak kisahla waima dia cuma abah orang lain..huhuhu
Unknown berkata…
aku tak menangis sewaktu ayah meninggal..... tapi aku tak mampu menulis tentangnya, seperti ini. Mungkin aku boleh 'menumpang' dengan cerita ini.

(selalu membaca cerpen... 'Bila Ibu Sampai Takah Tiga' oleh Shahnon Ahmad)
| a t i q a h | berkata…
Al-fatihah untuk abah akak.
Semoga roh beliau dan muslim seluruhnya diberkati dalam bulan mulia ini.
violet berkata…
semoga roh abah akak dirahmati Allah sentiasa.

*bersyukur masih punya abah. masih punya mak. syukur Alhamdulillah.
Pa'chik berkata…
Al-fatihah untuk abah akak.
semoga roh abah akak dirahmati Allah sentiasa.
Amin.
SHIMI berkata…
Tiada kata2 yang sesuai untuk mengungkap memori itu. Semoga abah damai disana. Al Fatihah
BuRuuj berkata…
lily, smga anda tabah. itulah ramadhan yg terakhir buatnya..
wan baba berkata…
Al fatihah. tersentuh hati bila membaca entry dan yang lepas2 pasal arwah. I experienced a similar loss. Semoga lily tetap tabah...
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih kepada yang sudi berkongsi pengalaman dan mendoakan allahyarham abah saya.

Salam kenal untuk yang baru bertandang ke sini.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...