Ramadhan yang kelima belas dan seolah peristiwa itu berulang-ulang saban kali Ramdhan datang. Hancur luluh hati kami melihat penderitaan dan kesakitan yang ditanggungnya. Makan tidur yang tidak sempurna dan hospital menjadi rumah kedua.
Hingga pada suatu hari seorang doktor bukan seagama yang baik budi berkata.
“Tak payah lagi ke mari. Iktiarkan apa yang patut mengikut pengangan agama you” Doktor berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu itu barangkali sedikit sebanyak memahami agama dan pegangan kami.
Lalu kami bawa abah kembali ke rumah kecilnya. Abah minta mahu makan segala macam. Maka kami sediakan seada yang mampu. Sekadar memenuhi tuntutan tekaknya. Perutnya sudah tidak bisa menghadam dan mencerna lagi. Segala yang ditelan, akan dimuntahkan tidak sampai beberapa minit.
Masih segar dalm kenangan. Pagi Jumaat dua belas November 2004 bersamaan dua puluh sembilan Ramdhan 1425.
Paginya, sesudah kami bersolat abah bersuara dan tersenyum. “Abah rasa sihat sangat pagi ni. Abah dah tak sakit lagi. Dah sembuh kut sakit abah ni.” Dan abah tersenyum lagi pada aku dan mak. Senyuman yang manis dan aneh. Wajahnya pagi itu seakan bercahaya dan sukar digambarkan dengan ungkapan kata.
Mak berbisik padaku pada pagi Jumaat itu. Disuruh menghubungi saudara mara adik beradik abah. Aku segara faham.
Awal pagi Jumaat dua puluh sembilan Ramadhan. Semua saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. Cuma abang Syam, sepupuku yang datang. Kemudian adik abah yang paling bongsu. Khadijah pula dalam pantang, baru enam hari melahirkan Izatul Syima. Tengahari itu, abah semakin nazak. Abang Syam tidak pergi solat Jumaat, melihat keadaan abah yang kian nazak. Sesudah solat Jumaat, abah pergi buat selamanya. Suatu perjalanan panjang dan tidak bisa kembali lagi.
Ketika saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. kami sekeluarga sibuk membantu abah meneruskan perjalanan terakhirnya.
Petangnya, sesudah solat Asar; allahyarham ditalkinkan. Segalanya diuruskan dengan pantas. Sesudah Zohor dijemput Tuhan dan sesudah Asar ditalkinkan.
Ketika saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. Kami sekeluarga sibuk membantu abah meneruskan perjalanan terakhirnya.
Malam itu kami mengadakan majlis tahlil untuk abah. Sesudahnya diikuti dengan takbir Aidiilfitri.
Dan
Malam itu aku tidur bertemankan airmata dan sambil memeluk kain pelekat abah. Aidilfitri tahun itu kami raikan dengan airmata.
Ketika saudara mara jiran tetangga sibuk menyediakan juadah persiapan raya. Kami sekeluarga sibuk membantu abah meneruskan perjalanan terakhirnya.
Nota kaki:
1. Dedikasi istimewa untuk Kak Raden dan adik botak tersayang. Semoga tabah menghadapi dugaanNya.
2. Al fatihah untuk allayarham abah. Semoga dirahmati dan diampuni.
3. Aku pernah menulis tentang allahyarham di sini dan di sini juga,
AMIN. Al Fatihah.
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...
Ulasan
Amin.
hargailah abah selagi dia masih ada.
tak kisahla waima dia cuma abah orang lain..huhuhu
(selalu membaca cerpen... 'Bila Ibu Sampai Takah Tiga' oleh Shahnon Ahmad)
Semoga roh beliau dan muslim seluruhnya diberkati dalam bulan mulia ini.
*bersyukur masih punya abah. masih punya mak. syukur Alhamdulillah.
semoga roh abah akak dirahmati Allah sentiasa.
Amin.
Salam kenal untuk yang baru bertandang ke sini.