Langkau ke kandungan utama

Dia tahu apabila roda berpusing ke belakang, kenderaan akan terbabas

Dia buat-buat tidak faham bila Mohsein kata dia semakin comel. Pura-pura suci, lurus dan polos. Suara Mohsein merdu macam qari di tivi bila baca kalimah Tuhan. Dan Mohsein selalu bantu ayahnya mengajar mengaji Qur'an.

Setiap kali dia pergi mengaji rumah Ustaz Haji Ismail, dia rasa macam nak khatam satu Qur'an kalau Mohsein yang membetulkan bacaannya.

Woohaa!

PS: Catatan budak perempuan sebelas tahun yang belum faham konsep 'keikhlasan' :)

Via pakcik goole
 

Ulasan

so'od berkata…
catatan budak perempuan di ambang akil baligh memang begitu. haha.
sepa berkata…
Mohsein brape umur, kak?
tasekM berkata…
hang 11 tahun pandai dah kak no...

hehe.
Lily Abdullah berkata…
Tas,
Bukan..bukan aku. Tapi aku cuma 'alert'. Bak kata Sepa aku kan menulis dengan empati ha ha..

Sepa
45 tahun sekarang. Imam dan JKKK kampung. Dari segi pandangan politik mereka langsung tak sebulu sekarang ha ha.

So'od,
Memang gitu ye So'od? Entah dah lupa la perasaan tu.

Cuma teringat filem Allahyarhamah Yasmin Ahmad - Tentang Bulan. :p
m taufiq a aziz berkata…
Cikgu yang hensem/cantik kadang bagi semanagat murid nak belajar.


~Teringat cikgu praktikal masa kat sekolah dulu. hahaha
Lily Abdullah berkata…
Tawaw,

Ya betul tu. Sb masa form 1-3, cikgu Azmi (Cikgu BI) sgt lah bersemangta nak belajar dengan dia ha ha :p

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...