Langkau ke kandungan utama

Aku mahu engkau tahu tentang kita


Barangkali apabila aku dan engkau menjadi kita entah di mana kesudahannya. Banyak perkara yang kita lihat tidak lagi dari sudut yang serupa. Ada yang tidak lagi tersembunyi. Ada yang terahsia tanpa sengaja.
 Ada ribut.
Ada panas.
Ada hujan. 
Ada pasang surut; masin dan birunya laut
Ada gelora. Kadang petir. Renjatan kilat

Pasir yang terlekat; permata yang tercicir.
Kadang masih mewangikan aroma cinta. Kadang memualkan rasa.

Itulah kita
Barangkali laut pun bisa tawar masinnya dan bulan bintang berlanggar kerana kita.

Maka ada hikmahnya mengapa engkau dan aku tidak ditakdirkan menjadi kita.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
ironinya, apabila aku dan engkau tak sama itulah yang mengeratkan kita kerana aku kunci dan engkau mangga. Penjelmaan kita yang 'ngam'.

Masakan kunci dan kunci boleh mengurung cinta di dalam rumahtangga jika tiada mangganya, bukan?
sepa berkata…
..."Pasir yang terlekat; permata yang tercicir."...

saya suka rangkap nih. :)
Lily Abdullah berkata…
Nizam,
Yes! Strongly agreed (betul dak nahu aku ha ha))

Sepa,

:) Suka juga.

Ko tahu dek, kadang2 ilham menulis ynng menjelma dalam solat memang sial dan sungguh 'setan'.

Tapi rangkap ni akak dapat masa bergaduh2 manja dengan abg ko ha ha.:p
Granny Hani berkata…
berkali2 baca...tak puas.seperti membaca isi hati sendiri.
Lily Abdullah berkata…
Hani,
Menulis rasa hati sendiri barangkali..ya..barangkali..:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...