Dulu-dulu waktu kami masih anak-anak dalam umur tujuh delapan tahun. Selesai solat dan mengaji Khadijah akan bertanya pada aku. Dan saban kali aku menjawab soalannya dengan pertanyaan juga.
“Apa yang kamu minta dari Tuhan?” Kami sebenarnya menggunakan dialek utara pekat.
“Aku minta tahun ini kita ada pakaian baru untuk hari raya” Khadijah menjawab sejujurnya.
Dan aku mengaminkan permintaanya.
Bila aku menoleh ke belakang, aku lihat emak mengesat airmata.
Dan sejak itu.
Aku tidak pernah meminta pakaian baru dari Tuhan lagi.
“Apa yang kamu minta dari Tuhan?” Kami sebenarnya menggunakan dialek utara pekat.
“Aku minta tahun ini kita ada pakaian baru untuk hari raya” Khadijah menjawab sejujurnya.
Dan aku mengaminkan permintaanya.
Bila aku menoleh ke belakang, aku lihat emak mengesat airmata.
Dan sejak itu.
Aku tidak pernah meminta pakaian baru dari Tuhan lagi.
Sejak itu, kami cuma mahu emak gembira.
Ulasan
eh kak. sarung baru nampaknya blog ni. :). kemas dan cantik.
Dh lama ckLah tk buat baju raya. Cukuplah sepasang burqa hitam bersulam halus benang kapas ungu belian suami di makkah beberapa tahun lalu sebagai memenuhi tuntutan sunat berpakaian yg terbaik di pagi idil fitri....selamat hari raya Mar...
pakai baju tahun lepas je.
apa nak kisah orang cakap. dorang pun bukan buleh ingat kita pakai baju apa tahun lepas..hehehe
Ape ade hal?
Aku pakai baju yg sm dah lebih 5 tahun. Selamba kodok je la.
bajumayu pun yang tiga pat taun lepas... [masih baru pasal jarang pakai.. ekekeke...]
ini zaman pun susah gak nak beli baju raya
semua dah mahal...
Selagi ada berbaktilah. Tuhan cuma berikan kita seorang ibu dan ayah.
Sdra Rudy,
Apa makna tu? hehehe..
Me,
Memang sedih.Mau menitik air mata terkenang zaman kanak-kanak yang tak seperti orang lain.
Nuar,
Kak lily lahir dalam keluarga kais pagi makan pagi...baju baru sangat bermakna. Cuma setahun sekali. Bukan macam anak-anak sekarang. Baju baru dah tiada makna.
Juna,
Sekarang takde baju raya pun takpe dah.:)
Ta dan Shimi,
Sekali-sekali..kadang takut lupa usul asal.
Cik,
Ko ni sama stail ngan laki aku. Dia tak kisah pasal baju raya hehehe.
Tasik,
Zaman anak-anak,itulah yang utama tiap kali raya. Sedih aku dulu2,bila tengok kawan2 pakai baju cantik. Aku dan Khadijah,baju sekolah pun lusuh dan kasut berkoyak. Haih1 Maunya tak menitik air mata mak.
Sas,CK,kak Ungku & adik kachak,
Pabila dah dewasa, tak kisah dahh..
Cik Lah & Tiqah,
Bila dewasa, tugas kita adalah mengembirakan orang lain pula. Anak-anak misalnya,sekadar yang mampu.
Vee & Alina,
Mengembirakan ibu ayah adalah matlamat utama.
ps: Blog ni, tak berubah apa pun. Tuan dia tak pandai ngecat, cuma kuntum teratai yang besar amat tu telah dibuang :)
Buruuj,
Waktu anak-anak kita melihat pakaian dari perspektif yang sempit. :)
T/kasih