Langkau ke kandungan utama

Sepasang pakaian baru

Dulu-dulu waktu kami masih anak-anak dalam umur tujuh delapan tahun. Selesai solat dan mengaji Khadijah akan bertanya pada aku. Dan saban kali aku menjawab soalannya dengan pertanyaan juga.

“Apa yang kamu minta dari Tuhan?” Kami sebenarnya menggunakan dialek utara pekat.
“Aku minta tahun ini kita ada pakaian baru untuk hari raya” Khadijah menjawab sejujurnya.

Dan aku mengaminkan permintaanya.

Bila aku menoleh ke belakang, aku lihat emak mengesat airmata.

Dan sejak itu.

Aku tidak pernah meminta pakaian baru dari Tuhan lagi.
Sejak itu, kami cuma mahu emak gembira.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ye la kak. berkhidmat lah untuk ibubapa sementara mereka masih ada, kan? alfatihah untuk yang sudah tiada.

eh kak. sarung baru nampaknya blog ni. :). kemas dan cantik.
ckLah @xiiinam berkata…
Bagi ckLah, hari raya adalah utk mengembirakan anak2, ibu bapa, dan jika ada kemampuan jangan dilupa orang2 tua dan si yatim...

Dh lama ckLah tk buat baju raya. Cukuplah sepasang burqa hitam bersulam halus benang kapas ungu belian suami di makkah beberapa tahun lalu sebagai memenuhi tuntutan sunat berpakaian yg terbaik di pagi idil fitri....selamat hari raya Mar...
Ungku Nor berkata…
tahun ni pun akak tak buat baju baru.
pakai baju tahun lepas je.
apa nak kisah orang cakap. dorang pun bukan buleh ingat kita pakai baju apa tahun lepas..hehehe
A t i Q a h berkata…
baju baru tak penting. yang penting, hati mesti baru. ;)
BuRuuj berkata…
hurm...baju baru dari tuhan? iman kan baju jugak? cuma masa kecil kita belum dpt lihat dgn lebih jauh lagi..;)
violet berkata…
melihat kedua ibu bapa gembira adalah lebih berharga dr segala2nya.
Brader Black berkata…
Baju baru?

Ape ade hal?

Aku pakai baju yg sm dah lebih 5 tahun. Selamba kodok je la.
Ck berkata…
baju abru ke, lama ke tak penting.yang penting hati mesti senang.
Sastri berkata…
masa kecil-kecil, memang kalau boleh nak berbaju baru tiap kali raya... bila dah besar, tak berapa kisah sangat kan?
tasekM berkata…
aku dah hampir 7 tahun tak ada baju baru pd hari raya... dah dewasa, tak rasa apa2... masa kecik2 dulu, mau menitik juga air mata...
Pa'chik berkata…
dah lupa bila kali akhir aku beli baru raya...
bajumayu pun yang tiga pat taun lepas... [masih baru pasal jarang pakai.. ekekeke...]
SHIMI berkata…
Apabila kita telah jauh melangkah ke hadapan, memang bagus untuk sesekali menoleh kebelakang
t.a.t.a berkata…
bila melintas jalan kena pandang side mirror kan utk lihat ke belakang. sama la jugak dlm kehidupan kita ni. pandang belakang mmg perlu!
Rajuna berkata…
halemak
ini zaman pun susah gak nak beli baju raya
semua dah mahal...
en_me berkata…
sodeyynyerrr.. kannns
kad0k. berkata…
sedih kak Wl..sungguh..itu untung ada ibu lagi..kalau dah xde..haihhh..tp selagi dia ada..berbaktilah selagi bole..:(
Lily Abdullah berkata…
Kadok,
Selagi ada berbaktilah. Tuhan cuma berikan kita seorang ibu dan ayah.

Sdra Rudy,
Apa makna tu? hehehe..

Me,
Memang sedih.Mau menitik air mata terkenang zaman kanak-kanak yang tak seperti orang lain.

Nuar,
Kak lily lahir dalam keluarga kais pagi makan pagi...baju baru sangat bermakna. Cuma setahun sekali. Bukan macam anak-anak sekarang. Baju baru dah tiada makna.

Juna,
Sekarang takde baju raya pun takpe dah.:)

Ta dan Shimi,
Sekali-sekali..kadang takut lupa usul asal.

Cik,
Ko ni sama stail ngan laki aku. Dia tak kisah pasal baju raya hehehe.

Tasik,
Zaman anak-anak,itulah yang utama tiap kali raya. Sedih aku dulu2,bila tengok kawan2 pakai baju cantik. Aku dan Khadijah,baju sekolah pun lusuh dan kasut berkoyak. Haih1 Maunya tak menitik air mata mak.

Sas,CK,kak Ungku & adik kachak,
Pabila dah dewasa, tak kisah dahh..

Cik Lah & Tiqah,
Bila dewasa, tugas kita adalah mengembirakan orang lain pula. Anak-anak misalnya,sekadar yang mampu.

Vee & Alina,
Mengembirakan ibu ayah adalah matlamat utama.

ps: Blog ni, tak berubah apa pun. Tuan dia tak pandai ngecat, cuma kuntum teratai yang besar amat tu telah dibuang :)

Buruuj,
Waktu anak-anak kita melihat pakaian dari perspektif yang sempit. :)

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...