Langkau ke kandungan utama

Suatu pagi pada jam tiga

Semalam.

Pukul tiga pagi. Mata aku tiba-tiba celik. Panas. Resah. Nyamok mengejutkan lena.

Cis! Nyamok ni. Aku sedikit radang.

Lalu aku bangun. Mengangkat wuduk dan buat apa yang patut.

Niat aku mau kembali menyambung tidur. Tapi otak aku asyik fikir mahu update blog. Macam ketagihan. Ketagihan berblog mengalahkan ketagihan minuman bercaffeine tiga dalam satu. Lalu, aku mengadap pc. Aku buka pintu balcony luas-luas. Panas. Biar angin masuk dan menghambat kepanasan keluar. Err....rumah kuartes kecil ini, boleh panggil balcony ke? Serambi sajalah.

Jam tiga setengah pagi dan di luar hujan merintik. Dengan rambut mengerbang, aku mengadap pc. Niat aku mau sambung fiksyen cinta Shimada – Kazue.

Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap!

Aku mula menaip. Life’s Brief Candle....bla...bla....bla.

Tiba-tiba aku perasan. Aku tidak keseorangan. Di belakangku ada seseorang. Yang juga rambutnya mengerbang. Malah lebih panjang dari aku. Berdiri tegak lebih kurang tiga hasta di sudut sana. Serambi itu.

“Siapa pulak pukul tiga pagi naik ke mari dengan rambut mengerbang ni? Ahhhh! perasaan aku aje nih” Aku cuba menafikan sedang bulu roma sudah menegak-negak berceracak.

Aku toleh ke belakang dengan mata terpejam. Aku celik si rambut mengerbang hilang.

Cis! Cis! Dia mainkan aku.

Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap!

Aku sambung menaip. Aku perasan dia berdiri di situ lagi.

Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap!

Aku pura-pura tidak peduli. Konsentrasi sudah terganggu dan dia masih tercegok di situ.

Kaki aku mula rasa kaku. Macam batu beratnya. Tangan menggigil-gigil. Rongga hidung terbau daun sireh. setanggi dan haruman cempaka tepi kubur. Dalam ketakutan, aku sempat click kotak i-Tunes.

Cari-cari ayat Kursi atau apa-apalah. Mau baca sendiri, sudah gigil lupa dan gubra. Tidak ketemu. Yang keluar Lisa Loeb, Lisa Loeb, Lisa Loeb dan Lisa Loeb.

Ayyyooooooooooo!

Tanpa tutup pintu atau off pc atau menoleh kiri kanan, aku berlari ke kamar tidur. Bungkus diri dalam selimut.

Fuhhhhhhhhhhhh! Lega.


***************************************

“Semalam tak off pc ke?” Dia membebel-bebel.
“Mana adaaaaaaaaaaaaa!” Jangan sesekali mengaku dengan dia.
“Kan semalam abang yang guna” Aku berdalih. Dia diam. Malas bertekak mungkin.
“Errr...file saya awak save tak?” Aku.
“Jadi, semalam betullah awak tak off pc kan?

Hahahaha!

Kantoi beb!

Ceh! File cerita Shimada-Kazue itu hilang gara-gara si dia yang berambut mengerbang.

Alahai!

Haih!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alamak...alamak...sungguh seram cerita ini...huhu.
tasekM berkata…
Kak, makhluk jenis yang itu memang suka bergurau... dia minat org seni barangkali...

betul... tu la nasi goreng aku masin.. ha ha.
Brader Black berkata…
Hoh,
aritu kak tasik, la ni kak lily plak kene kacau.

Err, smalam sy tido kesejukan. Ujan wo.
Tirana berkata…
Saya yang baca coretan ni di tengahari pun meremang bulu roma apalagi pukul tiga pagi...
Ungku Nor berkata…
weeeee..
nape tak marah si rambut mengerbang tu camni, ehehemmm..

"ni nape tak tido lagi ni?? sebok je tengok-tengok, orang nak online pun tak senang tauuu!!!"

ehehehe.

* meremang2 bulu romaku di siang hari..sabor jek ;p
Pa'chik berkata…
ekekeke...
umah tingkat bape?? tak elok bukak tingkap/pintu taim-taim gitu... hahaha...
tambah kalau duk otel... jangan le duk bukak langsir tuh kalau duk tempat tetinggi nih.. heheh...
[pesanan utk orang penakut je nih...]
Amalina berkata…
bukan bayang2 akak ke, kak kata rambut kak mengerbang...hehehe.
apapun, tulisan kak makin meng ancam. cerita cinta and cerita hantu ni, mmg memberi kesan.
Lily Abdullah berkata…
Sue,
Tu pasal la akak demam hari ni...keguguran...err..salah, keteguran hahahaha;p

Tasik,
Agaknyalah...almaklum dia pun makhluk halus jugak.:p

Ko baca K-8 sindiket Soljah tak? Aku syak dia tu Utnah aka Kirin laa hahahaha!

Adik kachak,
Ko kesejukan ek? Nanti akak suruh dia temankan huhuhu...:p

Tirana,
Hoho....sungguh! Pasni Kak Lily tak mo berjaga malam untuk tujuan yang tidak penting lagi.

Kak Ungku,
Marah dia...tu nasib baik dia dok intai aja. Kalau dia tegur pengsan saya wehhhh!

Chik,
Rumah tingkat 3. Salah aku juga buka pintu tak tengok jam. Hahaha!

Amal,
Bayang hapenya. Bukan akak buka lampu. Bulan pun tak de...huhuhu..Tu la pasal, ketagih ngeblog tak tengok time. :)

T/kasih.
A t i Q a h berkata…
Haih. Ja-at la *antu ni. Hari tu kacau Kak Tasik. Pas tu kacau Kak Lily. Jangan datang ke Pondok Selatan udah le.. Huhuhu.
SHIMI berkata…
Takutnya.. Nak berkawan kot. Tak per nanti lain malam cuba tanya
violet berkata…
salam kak lily.

mmg seram la citer akak ni...tp bes!

ntah2 dia pun tingin nak berblog kot...haha

*tingat citer2 ms dok kolej dulu. mende2 tu suka berdiri kt belakang/sebelah time study memalam...huhu.
t.a.t.a berkata…
heh heh heh tertipu juga ehh memasing.. seram pun ada jugak tu sebenau nya.
NoraHash berkata…
Hahaha ,penakut rupanya...meh datang rumah saya..praktis2 dengar suara burung hantu.
Emi Farez berkata…
hehe.. serem!!!!!
Lily Abdullah berkata…
Ibu Kumbang,
Jangan percaya. Tahyul tu hahahah.

Noor,
Takut-takut berani dan berani-barani takut. 50-50. :p

Ta,
Kasah benar separa tak betul(pinjam tajuk entri kak Tasik ko) hahaha.:p

Vee,
Agaknyalah...dia nak belajar berblog. Kan jadi bloga skarang glemer huhuhu..

Tiqah,
Woooo...rasanya dia suka aweks cun juga. Awas ya...untuk Liyana dan cik Tapak Sulaiman tu juga. Take care sis.:p

Mie,
Agaknyalah, dia kesunyian dan mau belajar ngeblog. Tak sempat nak tanya dummmm!(jatuh pengsan)huhuhu.

T/kasih kawan2 kerana sudi melayan cerita benar separa tak betul ni(ayat dik Tasik)
Misteri Nusantara nih!

Panggillah geng Seekers kak...

:D
cikgooden berkata…
he he he..panakut paitt. jugak kau ni yer?...

salam ziarah
kad0k. berkata…
nasib baik dia tidak menyapa..ape tajuk entry kali ini?..haihhh..mau terlopong kak WL..:p
AL-BIMA SAKTI berkata…
knapa lari. lain kali ajak dia join skali. atau suruh aje dia buat kopi... tentu lain kali dia pulak yg lari...
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,

terima kasih kat mahluk tu...kan dah bagi idea bahan untuk memblog tu...huhuhu
Unknown berkata…
ohh itu batang mop di serambi kot..

musim citer hantu eh.. tasikmerah diteman masak nasi goreng.. akak diteman menaip.. hehehe
Rajuna berkata…
ish..betul ke ada binatang tu?
Lily Abdullah berkata…
Juna,
Bukan wujud alam lain yang dinamakan alam ghaib?

PG,
Ye..ye..batang mop. Akak salah tengok tu hehehe...

Kerincni,
Woo..nasib baik akak tak pengsan.:p

Al Bima,
Sebelum pengsan, baik lari hehehe..

Kadok,
Kalau dia tanya dummmm!(pengsan)huhuhu...

Cikgu,
Ye..ye pait berdengung hohoho..

Purp,
Tak maulah bagitau Seekers. Nanti diaorang interview masuk tivi. Akak pemalu,macam kamu juga :p

Terima kasih.
cakapaje berkata…
Salam WL,

Hehe, takut juga dia ye. Tapikan, makhluk tu nak berkawan je kut. Maklumlah, pagi pagi camtu, orang lain semua dah tidur melainkan WL. Sian si makhluk tu no ;)
Lily Abdullah berkata…
Apa pulak kesian kat dia. Kesian kat saya,kena lari hehehe :p

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam