Randy Pausch dalam The Last Lecture meriwayatkan, “Sesungguhnya, yang penting dalam hidup ini ialah mencapai angan-angan kita semasa kecil (yakni, childhood dreams). “ [Taf Teh, 29:7:2008]
~ Dipetik tanpa ehsan dari entri Sinaganaga 1 Ogos 2008~
“Cikgu, saya mau jadi pelakon pentas”. Seorang gadis kecil darjah satu terketar-ketar menjawab soalan gurunya tiga puluh tahun yang lalu. Guru itu, garangnya macam singa beranak kecil. Dia kemudiannya tergelak. Murid-murid lain pun ikut. Airmata gadis kecil itu mula mengalir. Tiba-tiba dia rasa malu dengan pengucapan sendiri.
Dia diam. Sejak itu dia jarang-jarang bersuara kecuali ditanya bersungguh-sungguh.
************************************

Pelakon pentas!
Entah dari mana dia dapat idea itu. Abah tidak pernah membawanya ke pentas bangsawan hatta opera cina sekali pun. Kalau ke pekan menonton fun fair atau wayang adalah sesekali dua. Mungkin dia teruja dengan filem-filem tanpa warna-warni dari layar TV rumah jiran.
Entah!
Emak. Pengidap asthma tegar. Berketurunan. Daripada Allahyarham Wan dan kini Khadijah mewarisi penyakit tersebut. Dia dan Khadijah melihat emak menderita dari usia muda hingga kini. Siapa bisa menduga, emak yang selalu masuk keluar hospital masih tabah dan bertahan hingga sekarang. Kini emak telahpun uzur benar.
Dia suka bau hospital, ubat-ubatan, picagari, pakaian para doktor dan misi. Hatta makanan hospital pun selalu dia habiskan saban kali menunggu emak di wad. Lapar. Tiada wang mau membeli makanan di luar dan tiada saudara mau menghantar makanan selalu-selalu.
“Adik, aku nak jadi doktorlah” Suatu hari dia beritahu Khadijah. Dan Kahdijah juga ketawakannya. Cis!!
“Nak jadi doktor bukan kena pandai Matematik dan Sains ke kak?”Khadijah soal balik. Dia terdiam.
Fikir-fikir dan mencongak kelemahan diri. Sampai terlupa ketidakupayaan yang lagi satu.
Sejak itu, dia belajar betul-betul. Dia betul-betul belajar. Buku-buku adalah teman tidur makan sampai kini. Tabiat itu tidak berubah. Dia mau masuk universiti. Dia mau ke aliran Sains bila masuk tingkatan empat. Memang dia dapat masuk aliran Sains dengan keputusan A12 SRP (Sijil Rendah Pelajaran).
Dia benar-benar mau jadi seorang doktor.
Kepingin benar.
Sungguh!
Tidak main-main!
*************************************
Tiga bulan pertama di kelas Empat Sains C.
Tangannya terketar-ketar setiap kali ke makmal subjek Kimia. Tertumpah cecair itu dan ini. Sangat menyampah dengan subjek Fizik. Dia cuma suka Biologi. Tentang tumbuhan dan haiwan-haiwan. Subjek Add Math dia lagi blurr.....kabur. Tidak nampak lansung jalan kira-mengira.
Akhirnya.
Dia membuat keputusan yang cukup berat dan payah. Untuk kali kedua dia membunuh dan menguburkan cita-citanya. Menurut saranan seorang guru, dia pergi ke aliran Sastera.
Sesudah itu dia tak punya cita-cita lagi. Hilang arah. Tahunya mahu menamatkan alam persekolahan sepantas mungkin. Mahu mencari rezeki menyara diri. Hidup terdesak dan kemiskinan menghimpit hambat.
Kemudian dia dan Khadijah bertemu Manja. Lelaki itu iras-iras Derrick El Jamillo. Manja mengajarnya dan Khadijah memetik gitar. Suatu pertemuan tanpa perancangan dan mereka bertiga menjadi akrab.
“Jari kau keras. Kau lebih sesuai menulis lirik” Manja beritahunya pada suatu petang secara berseloroh.
Setahun kemudian dia ke tingkatan enam. Manja dan gitarnya terus hilang dari pandangan. Sampai kini, dia kepingin ketemu Manja. Anak muda berambut panjang kurus melidi berjeans sendat. Kini mungkin sudah pendek atau gugur rambutnya.
Entah!
Kini dia cuma mau menjadi manusia yang tabah. Cita-cita besar sudah hanyut hilang ditelan arus perubahan.
Dia cuma mau menjadi manusia yang tabah!
Randy Pausch dalam The Last Lecture meriwayatkan, “Sesungguhnya, yang penting dalam hidup ini ialah mencapai angan-angan kita semasa kecil (yakni, childhood dreams). “ [Taf Teh, 29:7:2008]
Huh!
Mungkin dari seawalnya lagi dia patut berangan-angan menjadi seorang doktor. Sekurang-kurangnya atau misalnya Dr. House. : p

Ulasan
Semua itu jadi kekuatan diri.
First time bagi komen kat sini..
Angan-angan kena disertakan dengan usaha...Untuk nak berusaha kena ada motivation dari dalam dan luar diri. Insan-insan yang berada di sekeliling memainkan peranan yang amat penting untuk memberi semangat dan tunjuk ajar bukan untuk memperkecilkan cita-cita dan impian.
tapi, jika bila kita dewasa, angan2 tinggal kenangan, lain pulak yg jadi... terima lah. tentu ada baiknya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita.
haih~
hehe..dah pernah rasa camne kena asma.
rasa macam nak putus nyawa.
tapi kita takkan cepat serender selagi belum sampai masanya, kan?
Amal
Hiks! (:
Kak Ungku,
Udah tau sangat dah bab2 penyakit asthama ni. Akak pakai apa? Inheller Ventolin ke. Tabah ya. Setiap orang punya ujian Tuhan yang pelbagai
ps: Akak bela kucing tu doctor x marah ek?
Dik Tasik,
Banyak yang tidak dimengertikan waktu kecil. Sampai kini pun aku sedang belajar memahami. Sekurang-kurangnya ada juga yang tercapai...
Zambri,
Sekadar berkongsi kenangan (:
Tirana,
Tiada kekesalan. Sekadar berkongsi kenangan.
Shimi,
Angan-angan sewaktu kecil indah jika dikenangkan. Sekadar berkongsi kenangan (:
Eh, tak!
Maksud aku aku nak jadi lelaki yg dichentai?
Eh, tak!
Sebenarnye, aku nak jadi Gaban, tp syg Gaban xdpt gaji.
Haih~
Sebegitu banyak. Kadang2 terpaksa jadi baik dan sopan semata mau menjaga hati orang
Haih!
Adik Kachak,
Ohh..terharunya kau mau jadi superhero yang ada super power.
Aku juga mau. (:
Lina,
Kak Lily juga sama.
Entah! Err...sebenarnya aku masih berangan dengan lakonan pentas.
Haih!
Terima kasih.
Cita2 kja sejak kecik lagi, ev year berubah2.. Kja cuma mengikut arus.. Masuk Form 4 aliran Sains.. Then ke varsity ambik bidang Economics.. Sampai final year, kja decided kja tak nak keje, nak duduk umah, jd full time housewife.. Nakkan kehidupan yg tenang di samping suami dan anak2.. Sampai ari ni, kja tak penah nyesal, wpun cita2 nak jadi lawyer, akauntan atau apa je, yg kja tanam masa kecik2 dulu, tak kesampaian..And maafkan kja, kja terpaksa tak bersetuju dgn Randy Pausch..Kja percaya, itu bkn perkara penting dlm hidup..life doesn't end sekiranya kita gagal mencapai cita2 kita.. sbb inilah kehidupan.. Kita redha je dgn setiap ketentuanNya.. InsyaAllah, we'll be fine..
Semuanya bermula daripada angan-angan...
tanpa angan2, bg aku, tiadalah cita-cita.
:P
Kadang2 perancangan kita jauh berbeza dengan perancangan Tuhan. Dia lebih mengetahui :)
Yanaz
Aku juga percaya segala bermula dari angan2,kemudian jadi cita2.
Angan2 perlu sertakan dengan usaha, peluang,ruang, motivasi dan doa (: