Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Netty si bidadari

Jam 5.00 pagi  Suhu berskala 24 darjah Celsius membuatkan tubuh Netty sedikit menggigil. Dia berharap, jika kekecewaan yang bergelodak di dalam hati adalah titisan embun. Kesdihan ini adalah air. Kepedihan ini adalah salji. Kemarahan ini bukan api, sebaliknya hujan. Semuanya akan mengalir ke taman-taman. Mengalir ke tasik, sungai dan laut. Membasahi pohon-pohon tandus. Jika ada yang sakit dan kehausan, biarlah air yang bertakung di kolam mata cantiknya  menjadi penawar. Netty masih kepingin memiliki jari-jari yang cantik dan sempurna.  Kesempurnaan dalam pengucapan dan suara yang merdu.  Petah berbicara. Tanpa semua itu, sayap-sayap yang dimiliki langsung tidak mengundang makna. MyNiceProfile.com

Entri terpendek barangkali

Ber'meeting' di kalangan sekumpulan para guru betul-betul buat saya rasa terasa sangat 'kecil' dan kadang-kadang kecil hati. Mungkin mereka tidak bermaksud begitu. Tapi saya yang terasa. Jadi saya akan rawat hati saya dengan kata-kata hikmat dari kamu. Tolong tulis seorang satu di kotak komen baru pakcik gugel :p   Sekian

"Ah! pakcik, pernah tak kau bosan hidup begini? Tanya Rina

Kata saudara Dingin - Dunia Ini Sederhana Kecil. Tapi bagi Rina, dunia luas ini semakin sempit dan sesak. Setiap hari via fesbook dia akan meluangkan masa berbual dengan Zul Hisham.   Dia tahu apa yang Zul Hisham tidak tahu. Zul Hisham adalah lelaki akhir empat puluhan dan sudah bercucu. Nama sebenarnya Encik Hussin bin Abdul Kareem  Seorang kakitangan awam Kementerian XXX di Putrajaya.  Sering menyalahgunakan akses internet di tempat kerjanya. Isterinya Makcik Sofiah seorang surirumah. Buta IT. Tinggal dua blok dari kediaman keluarga Rina. Dunia sebelah Rina Dia seorang gadis belasan tahun. Semua rangkaian sosial dia daftar via nama samaran dengan usia sebaya rakan sosialnya. Ibu bapanya menyangka anak gadis mereka sangat rajin belajar. ***** Oh! Sungguh memenatkan hidup dalam "pembohongan" wahai pakcik ~ Rina ~ ps:  Tidak lagi mahu bercerita pasal kerja. Belum ketemu tip unuk menyampah secara berhemah :p

Noriko In Seoul dan Lily di mana kamu?

Kadang, saya tertanya-tanya bagaimana rasanya menjadi seorang ibu? Pertanyaan lain, jika saya seorang ibu adakah saya berjaya dan membuatkan saya bahagia? Adakah saya ibu yang akan menjadi kebangaan anak-anak? Atau saya akan menjadi ibu yang akan membuatkan anak-anak merasa malu dengan diri dan kehadiran saya sebagai ibu? Persoalan datang bertali arus dan saya tiada jawaban untuk apa-apa pun. Mungkin saya cuma boleh berharap mereka mahu menerima saya seadanya. Ya, seadanya. Menonton Noriko In Seoul (Noriko Goes to Seoul) membuatkan saya tiba-tiba banyak ber'spekulasi' (mungkin sedikit prejudice ) terhadap diri. Mampukah saya? Noriko in Seoul (노리코, 서울에 가다 / No-ri-ko, Seo-wool-ae Ga-da) mengajar kita tentang banyak perkara untuk direnungi.  Filem arahan Lee Gyo Wook ini berkisar tentang perjuangan seorang surirumah bernama Noriko Mori lakonan Reiko Takashima untuk mengembalikan semangat anak tunggalnya Miyuki  Anak bersama suaminya Hiroshi. Miyuki memutuskan unt...

Harus meyakinkan diri yang kami juga comel serta bergaya

Poppy kata dia berdoa setiap hari. Dia kepingin jadi bidadari Cantik Ayu Lembut Sopan Penyayang . . Poppy berdoa setiap pagi Dia kepingin transform jadi bidadari. Bermata hazel Rambut lurus panjang berkilat kehitaman Kulit gebu rona cream Bibir macam Angelina Jolie Badan potongan 34-24-34 . . Semalam Poppy beritahu aku. Dia cuma tak mahukan kepak itu Aku kata nak jadi bidadari, kenalah ada kepak Poppy kata kalau ada kepak, dia mungkin terjun dari tingkat 14. Sambil mulutnya tak henti mengunyah burger MecD Depan ada kepingan pizza menanti. Tangan kanannya kemudian menyuap kentang putar Kemudian rasa ais krim perisa vanilla di atasnya terhias stroberi. . . Aku diam. Sambil berfikir. Jika ada kepak itu, terjun dari tingkat 14 bukan lagi masalah, kawan! Mataku tertancap pada gumpalan-gumpalan lemak yang melekat pada tubuh kami. Tubuh aku dan Poppy. ...

Hiroshi - pemuda yang aku temui dalam fiksi

Hiroshi yang kukenali beberapa tahun lalu adalah seorang pengurus restoran di pekan kecil di tengah kota besar Osaka. Dia pemuda tiga puluhan bersemangat dan sentiasa punya hal positif untuk diperkatakan. Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang dia inginkan, maka dia akan selalu menjawab, " Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka mempunyai kembar!" Banyak pelayan di restorannya akan berhenti jika Hiroshi berpindah tempat kerja. Mereka akan mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain. Alasannya cuma satu. Bukan kerana Hiroshi kacak. Bukan! Tetapi kerana sikap dan pandangan serta kemuliaan hatinya. Hiroshi adalah seorang motivator alami. Jika teman sekerja sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sisi mereka. Sambil memberitahu teman-temannya bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai. Sikapnya benar-benar membuat aku jatuh hati. Suatu pagi aku memutuskan untuk berterus terang tentang p...

Mahu jadi bidadari (tapi bencikan sayap itu)

Selamat pagi dan selamat untuk detik-detik yang seterusnya. Hari masih kelam. Dingin. Matahari telah muncul. Walau langit sedikit mendung. Ninie berdoa pada Tuhan. Moga-moga dia bisa bertukar menjadi bidadari. Kecil dan comel! Sampai boleh mencelah masuk ke setiap saluran darah seorang anak muda. Menyelinap ke setiap degupan jantungnya. Lelaki yang dicintai Biar aku namakan dia Zul Hisham bin Harun Ar Rashid! *Ninnie macam Netty dan Poppy. Meraka bencikan sayap itu* carian pakcik goole.com ps; Jika  kucatatkan kisah sebenar, bunyinya sungguh palat. Dulu dan terkini.

Dia tahu apabila roda berpusing ke belakang, kenderaan akan terbabas

Dia buat-buat tidak faham bila Mohsein kata dia semakin comel. Pura-pura suci, lurus dan polos. Suara Mohsein merdu macam qari di tivi bila baca kalimah Tuhan. Dan Mohsein selalu bantu ayahnya mengajar mengaji Qur'an. Setiap kali dia pergi mengaji rumah Ustaz Haji Ismail, dia rasa macam nak khatam satu Qur'an kalau Mohsein yang membetulkan bacaannya. Woohaa! PS: Catatan budak perempuan sebelas tahun yang belum faham konsep 'keikhlasan' :) Via pakcik goole  

Aku mahu engkau tahu tentang kita

Barangkali apabila aku dan engkau menjadi kita entah di mana kesudahannya. Banyak perkara yang kita lihat tidak lagi dari sudut yang serupa . Ada yang tidak lagi tersembunyi . Ada yang terahsia tanpa sengaja.  Ada ribut. Ada panas. Ada hujan.  Ada pasang surut; masin dan birunya laut Ada gelora. Kadang petir. Renjatan kilat Pasir yang terlekat; permata yang tercicir. Kadang masih mewangikan aroma cinta. Kadang memualkan rasa . Itulah kita Barangkali laut pun bisa tawar masinnya dan bulan bintang berlanggar kerana kita. Maka ada hikmahnya mengapa engkau dan aku tidak ditakdirkan menjadi kita.

Gugusan kunci yang menyesakkan rasa

Kadang Ella terasa hidupnya semakin rumit. Seperti memegang bergugus anak kunci. Dalam keadaan gawat, sesak dan kesibukan tanpa menyudah, dia kadang panik. Kekasih juga, kadang seperti gugusan anak kunci yang sedang berada di tangannya sekarang. Kadang cukup menjengkelkan dan menyusahkan diri. Kata bijak pandai, sangat sukar berbuat baik dengan orang yang paling akrab dan disayangi. Kebaikan hati  selalu disalah tafsir dan jarang amat dihargai. @@@@@ Di dalam simpanan Ella, ada bergugus anak kunci. Memegang bergugus anak kunci adalah amanah yang menyesakkan jiwa, Ella menyumpah-nyumpah kenapa perkerjaan yang dipilihnya. Bukan dia mahukan kerja ini. Dia tamak. Dia mahukan kerjaya. Bukan sekadar kerja.  Buat setetika, Ella berjaya disesatkan si iblis durjuna. Ella terlupa dia sedang menyumpah rezeki Tuhan. Puncanya, kerana asyik memikirkann timbunan anak kunci dua blok bangunan itu dia tertinggal anak kunci rumah sendiri. Maka petang itu...

Pergi dan lupakan atau masih mengharap

  "Aku yakin tiada yang terkurang enaknya di atas muka bumi Tuhan ni, selain bertahan dari kekecewaan yang teramat berat. menghilangkan sesuatu yang disayangi dan meninggalnya jauh dari hidup secara tidak rela." Suatu pagi Hiroshi memberitahu aku. Dan aku tidak sampai hati untuk mengatakan dia berbohong. "Ya,mudah saja," Dia terus cuba menyakini aku. "Pergi dan lupakan" Dan kami pun melangkah pergi. Tanpa menoleh lagi. Dalam hati kami siapalah yang lebih tahu. Barangkali hanya ada kebebalan dan keegoaan. ps: Dalam mood menyambung kembali cerita yang tertangguh

Fiksi-fiksi Tentang Kamu Hiroshi

DI BAWAH POHON SAKURA Hiroshi bingkas bangun. Mengeluarkan sekotak Mild 7 dan pemetik api. Aku bertanya penuh rasa ingin tahu. "Mengapa merokok? Bukankah kau selalu berfikiran positif. Hanya memilih yang terbaik sahaja dalam hidupmu? " "Aku memilih yang terbaiklah ni...merokok lebih baik dari jatuh cinta dengan pasangan orang lain." Ujar Hiroshi serius. Dan aku terkesima. Perlahan aku melangkah pergi meninggalkan dia. Mungkin buat selamanya. NOTA KECIL UNTUK HIROSHI (AKU SELITKAN DI CELAHAN POHON UME DALAM MIMPIKU) Aku sekadar mampu menulis seperenggan untuk Bab 2 setelah sepanjang malam berjaga. Membiarkan kekasih halalku tidur kedinginan bersama kucing kesayangan kami. Aku sibuk membayangkan engkau dan, pohon ume yang sudah putus bunganya. Pedih sekali cinta ini Hiroshi Lukanya bernanah sampai ke tulang hitam.  SELAMAT PAGI HIROSHI (HANAMI SUDAH BERAKHIR UNTUK KITA) "Kau belum tidur?," tanya Hiroshi via YM   ...

Tentang kekecewaan dan ekspektasi

Bumi mana yang anda fikir tidak pernah ditimpa hujan? Barangkali kadang taufan, tsunami dan ribut salji.  Siapa yang tidak pernah merasa kecewa?  Merasa kecewa tentunya lumrah kehidupan.  Kata mereka, orang yang sering putus asa dan merasa kecewa adalah individu yang lemah dan tidak tahu bersyukur. Barangkali separuhnya benar. Barangakali seperempatnya benar.  Barangkali juga totalnya benar Terpulang kepada pengalaman dan persepsi. Saya kira semua kita yang bukan dijadikan dari cahaya ini pernah merasainya. Bukan sekali dalam hidup. Bahkan beratus, beribu kali. Kekecewaan mungkin timbul dari pelbagai situasi bukan ?  Dari masalah birokrasi, kuliah, kerja, teman, pasangan atau apa pun, di mana kita menyimpan harapan yang menggunung.  Namun kenyataan sama sekali becanggah dengan harapan  “Teruslah berharap dan jangan pernah lelah untuk kecewa”. “Jangan pernah berharap jika tidak ingin kecewa” ~ Petikan kata...

Tua

Setiap kali kau menyisir rambut, peratusan yang gugur dan berwarna putih dan separa putih adalah lebih tinggi. -Lily-   Sebuah kisah benar yang difiksikam dari blog yang bakal ditutup Dia dan di antara ribuan kisah cinta pic via carian www. Google.com.(tak ingat sumber) Ini sebuah kisah cinta tidak berkepentingan. Dia dinikahi oleh lelaki berusia kerana faktor kemiskinan. Konon mengelak diculik dan menjadi gundik Jepun di zaman perang. Zaman itu, maruah seeorang perempuan adalah emas. Lalu, dia menghabiskan zaman mudanya dengan menggauli lelaki tua sebaya bapa dan menjaga tujuh anak-anak tiri sebaya diri. Malah anak tiri paling sulong, lebih tua darinya dan panjang akal. Dia, terus mencintai suami tuanya tanpa sebarang kepentingan. Lurus dan tulus. Saat suami tuanya yang kaya itu tenat, anak tiri yang panjang akal itu menghantar dia pulang ke pangkuan keluarga. Konon, mereka mampu menjaga si ayah yang tenat. Akibatnya, dia tidak dapat menuntut apa-apa habua...