Langkau ke kandungan utama

E- Surat(terbuka) Buat Nelson Yuriko

Saat ini aku kira, kamu sudah menjejak kaki di Ikeda, Osaka. Negara kelahiranmu yang kaya budaya dan masyarakatnya begitu mencintai seni.

Maaf kunjungan singkatmu, mungkin tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Hari itu hujan dan kita selurusi Kuala Lumpur yang basah.

Untuk makluman, aku juga pendatang di kota metro ini. Jarang-jarang keluar kecuali punya urusan penting. Maaf, jika beberapa kali kita tersesat. Hatta, lorong-lorong Central Market yang cuma beberapa kali aku kunjungi.

Kau tahu Yuriko, itulah tempat yang paling aku senangi. Moga-moga kamu juga menyukainya.

Jangan kau tanya mengapa pengangkutan awam sebegitu rupa.

Why they rushed?”

Aku masih ingat soalan kamu itu. Sebagai seorang warga Malaya, tercalar imej dan sedikit rasa malu. Tapi aku berdaya menampal dengan kata gurau “Well, this is Malaysian style!”

Bertolak-tolakan, berhimpitan menaiki kenderaan awam adalah lumrah. Dan selaku warga marhein kami harus menerima saja dan seadanya Yuriko.

Aku terharu dapat mengenali kamu. Aku gembira Apartheid sudah hapus. Aku bersyukur kerana kita tidak lahir di zaman perang. Walau bukan secara total, ruang kemerdekaan memberikan kita peluang untuk menjalinkan persahabatan.

Sayang sekali, ramai yang suka memercikkan api peperangan dan membakar jejambat kemanusiaan. Kerana rakus kuasa, darjat dan harta pangkat yang tidak seberapa. Hanya kerana hati-hati mereka dikumani daki-daki dunia, maka terciptalah senjata-senjata pemusnah dan segala bentuk tindas-menindas kejam dan perhambaan sesama hamba Tuhan. Sedang Tuhan menciptakan rupa kita dalam fizikal dan beza budaya untuk kita saling mengenali dan bertolerensi.

Lain waktu, jangan kamu serik ke sini lagi. Jangan lupa, sampaikan salamku buat saudaramu Sayuri.

Jangan kau tersenyum! Kau tahu aku amat menyukai nama itu. Mungkin kerana Memoirs of Geisha.

Dan hari ini Yuriko, kami mula menyambut Ramadhan. Bulan mulia dari seribu bulan. Aku gembira Yuriko. Mungkin sama lebih kurang kegembiraan kamu menyambut Moon Cake Festival di Osaka. Mungkin aku lebih gembira dari kamu. Di Ramadhan ini, aku terintai-intai peluang. Memohon ampun dan rahmat Tuhan. Juga syurga kekal abadi.

Moga-moga!

Kita bertemu Tuhan yang sama Yuriko.
...
1 September 2008


Nota kaki:
Selamat menjalani ibadah puasa untuk teman-teman seagamaku.

Ulasan

cikgooden berkata…
WL..selamat berpuasa..






.
Adexx Boxx berkata…
salam ramadhan untuk semua...jugak untuk anda...dan anda..dan anda....
Amalina berkata…
moga- moga, amin.

singkatnya kunjungan. mungkin cukup utk pertama kali dan lepaskan rindu pada kak WL:D?

Selamat berpuasa dan beribadah.
Pa'chik berkata…
makan hapa nanti 'tuk bokak posa?
mintak sket...
Tanpa Nama berkata…
Wah wah..
Akrab sungguh ikatan antara dua insan ini. Yuriko orang mana?
kad0k. berkata…
selamat berpuasa kak wl...semoga bulan penuh keberkatan ini digunakan sebaik2nya...:)
Sastri berkata…
selamat berpuasa dan beribadah kak...
13may berkata…
selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ni yang lebih baik dari tahun2 yang sudah meninggalkan kita.
O, itu pasti Yuriko yang disebut di dalam pesanan ringkas tempohari kan? :)

Selamat menghayati ketulusan Ramadhan dengan setulus-tulus penghayatan. Insya-Allah.
BuRuuj berkata…
salam ramadhan. smga Allah perkenankan permintaanmu.
along berkata…
selamat berpuasa n semoga ceria selalu........masi ada yang sayang.....
along berkata…
selamat berpuasa n semoga ceria selalu........masi ada yang sayang.....
Brader Black berkata…
E-Surat (Terbuka) Buat Si Kachak Suparjo xde ke kak?
Tanpa Nama berkata…
selmat berpuasa kak lily.
tasekM berkata…
selamar berpuasa kakkkkkkkkk....... :)

lama tak singgah umah kamu... aku sibuk mengecat umah.. ha ha.
Lily Abdullah berkata…
Tasik,
Selamat berpuasa juga. Aku sibuk juga. Mewarna bulan bintang hahaha!

Alina,
Selamat berpuasa juga.

Kachak,
Woo..sebenarnya akak mau tulis surat chenta(terbuka) untuk kamu.
Kamu kan kachak ahaks!

Along
Selamat berpuasa

Buuuj,
Salam Ramadhan juga. Moga-moga!

Purp,
Ya..Yuriko yang itulah. Yang bukan tipikal Japanease kerana kulitnya lebih gelap(:

May,Kadok dan Sas,
Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah :)


irfan,
Yuriko bukan tipikal Japanease. Asal keturunannya dari Sri Lanka.

Chik,
Aku tak reti masak kuih muih. Aku pegi bazar Ramadhan dan tunjuk-tunjuk aja hahahah!


Amal,
Katanya dia sibuk. Itulah, singkat benar. Terima kasih kerana menghubunginya tempohari:)

Cikgu & Kalis
Salam Ramadhan juga.

TERIMA KASIH.
achik berkata…
salam ramadhan kak lily :)
Rebecca berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Nafastari berkata…
"Kita bertemu Tuhan yang sama Yuriko"

Semoga. Amin.
Lily Abdullah berkata…
Achik,
Salam untuk achik juga ;)


Ahmad,
Moga2..sama kita doakan.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...