Langkau ke kandungan utama

Pagi Jumaat

Pagi Jumaat. Beberapa minggu yang lalu. Sebelum parlimen dibubarkan secara tiba-tiba. Sebelum lobi-melobi dan perjanjian-perjanjian palsu ditabur oleh para calon. Sebelum kempen tukang-tukang lawak politik berjejal-jejal di TV. Perempuan naïf lagi pelupa itu. Telah terlupa mengunci jam loceng. Hatta, alarm dari telefon bimbitnya. Sedar-sedar. Sudah azan untuk solat Subuh. Dia terkocoh-kocoh bangun. Mengejutkan lelakinya yang masih diulit mimpi. Jam enam lebih. Dia bergegas ke dapur sempit dan membancuh dua cawan Nescafe panas. Satu untuk dia. Dan secangkir lagi untuk lelaki tercinta. Itulah rutin hariannya. Isnin sampai Jumaat.


Kemudian.

Dia.

Ke kamar mandi. Mengambil sebatang berus gigi. Tangannya terketar-ketar membuka tiub ubat gigi. Berjenama terkenal. Sejak dulu-dulu lagi. Selalu keluar iklan di tv dengan pelbagai promosi. Lelakinya berdengkur. Biasalah Hatinya menyumpah-nyumpah geram. Cepat-cepat dia beristiqfar. Matanya juga masih separuh tertutup.

Tiba-tiba.

Dia terasa ada kelainan pada ubat gigi tersebut. Tidak enak seperti selalu-selalu. Terlebih alkali. Berbau sedikit wangi. Dia membuka kedua matanya. Seluas-luas mugkin. Mencari mana satu tiub yang terbuka. Nyatalah tiub sabun pencuci muka. Berjenama yang murah-murah itu. Dan bahan itulah rupanya yang digunakan untuk membersihkan giginya tadi. “Uweeeks!!” Pahit amat. Dia geli-geleman. Terasa mau muntah. Dia geram dan menyumpah-nyumpah lagi.. “Bagaimana boleh tersalah ambil ni?” Dia bermonolog. Kemudian ketawa sendirian. Dan pagi Jumaat itu, kenderaan bergerabak milik KTMB meninggalkannya lagi.

Sesampai di stesyen central, dia seraya beratur seperti selalu. “Dua ringgit ye kak” kata si adik di kaunter penjual tiket. “Akak belum buat kad tu lagi ye?” Tanya di adik. “Belum. Tak sempat”. Dia. Sambil tersenyum. Syiling berjumlah dua ringgit dan tiket bertukar tangan.

Kakinya melangkah pantas memanjat tangga escalator. Ramainya orang. Berbaris-baris. Macam barisan kawad hari menyambut ulangtahun kemerdekaan. Lebih kurang barisan orang di kaunter menbeli tiket judi halal selepas mendapat firasat nombor bertuah yang bakal keluar. “Apa kena?” Dia bermonolog lagi. Tiba-tiba cuping telinganya menangkap satu pengumuman.
PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG. KAMI MENGHADAPI SEDIKIT MASALAH TEKNIKAL DAN GANGGUAN REL. SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA bla…bla..bla.
Dia tidak mahu tahu maklumat lanjut. Dia cuma ingin pantas. Sesampainya tren, dia memotong barisan,bertolak-tolakan dan berhimpit-himpitan. Hatinya bersoarak riang walaupun dia hanya berdiri. Berhimpit-himpitan, bertolak-tolakkan dan memotong barisan. Sebahagian dari dirinya yang lagi satu, terasa amat pedih dan nyilu. Dia pun sudah belajar menjadi manusia kurang adab. Dan pagi itu dia terlewat juga ke tempat kerja.

Ulasan

sinaganaga berkata…
Komuter mmg selalu buat hal Itu pasal aku tak mao naik komuter lagi. - La ni aku naik LRT.

Ha ha.
Ungku Nor berkata…
lama dah tak naik komuter pegi Midvalley.

ye laa..sejak dah ada Pavillion nih..ahahaha ;p
Oda-オダ berkata…
emm akak sy pun kalo naik komuter mst jadik kurang sabar...selalu lambat..sebab tu kalo boleh sy akan elakkan naik komuter..akak sabar je la ekk(+_+)
umeboshi berkata…
ume agak lama juga tak naik komuter, lrt.. sekali sekala pada hari coti, naik train dgn anak2 seronok agaknye. tapi, kalo hari2 p keje naik train..muak kot! ahahha.. sabo ek, k.lily!
- j o h a r i - berkata…
biasa la tu..kalo dh bnda yg manusia buat..x kan ade yg perfect. mesti ade rosak sana sini..

btw..gigi akak makin lembut & licin la ek skrg ni,hehehe...
Pa'chik berkata…
hehhe.. la ni kan subuh lewat...

hang kena marah dak pagi tu?
:P
فيصل berkata…
ish ish siannya kak.... sampai salah ubat gigi.. banyaknya dugaan hendak pergi kerja.. ia salah satu asam garam kehidupan setiap insan yang bekerja di bandaraya
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,

sapa ekk agak nya watak sebenar dalam cerita ni..hihii
izzat berkata…
terkekadang lewat..tp bukan baru sekali
Fokus! fokus!

Dah berzaman tak naik keretapi. :D
Lily Abdullah berkata…
Salam
Bang Naga,
Tadi aku tumpang kreta kak Ros. Dia kata kalu dia jadi calon Lembah Pantai, dia akan bina rel elarti sampai Bangi. Hahaha.

ps: kak Ros ada anak severely disabled.

Oda and ume,
Komuter & elarti kalu naik untuk bersantai memang best. Kalu naik pergi kerja,kurang praktikal hahaha.

Chik,
Kalu semayang kat umah,aku naik komuter 7.10. Sampai tpt kerja 8.30pagi. Kalu naik 6.30pagi,maka bersubuh gajah la kat surau central jam 7.10pg.

ps: bos dah boring nak marah aku. Aku marah kat diri aku sendiri:).

Faisal,
Gigi kakak kamu ini dah berkarat dan mereput. Proses penuaan semulajadi. Makan tempe pun tak menjadi :D.

de_kerinci.
dia dalam cerita ini bukan Maya Karin atau Siti:D

sangku,
Sesekali tidak mengapa. Hampir setiap hari bos mana yang tak naik 'gila'. Melainkan kita sendiri adalah bos:). Salam kenal.

Purp,
Fokus apa?
Naiklah sesekali...rasakan nostalgia itu(juga haruman-haruman di waktu pagi,tengahari,petang dan malam)
Lily Abdullah berkata…
Ala tertinggal pulak komen akak aku yang sorang ni. Nanti dia majuk tiga seken. Dah la sesekali baru dia datang. Maklum sibuk berunivers la katakan.

ps: Jackie okay dak lagi?
Lily Abdullah berkata…
Haiya...sorry Mr. Skelekton Coffee aka Joe. Hari2 banyak minum kafein, kelupaan yang menjadi-jadi(dah tua hu..hu..hu)

ps: kak Lily pakai gigi palsu. Betul dan tarak tipu:D
Jie berkata…
Baca entri ini buat kakjie lebih bersyukur sebagai Suri Rumah berKWSP.

Perenggan pertama dan kedua itu adalah lumrah di mana2 saja tabiatnya seorang suami.
Ungku Nor berkata…
aaaa..lagu Padi ni best bangetttttt..
sayang awak satu juta bintang di langit!!
hehehe
Maksud saya, fokuskan minda, di dalam kamar mandi sekalipun... :D
Lily Abdullah berkata…
Kak Jie,
Saya pekerja tanpa KWSP :)(tgk masih senyum lagi)

Kak Ungku,
Peminat Padi ek? Saya suka :
1. Buku
2. Kucing
3. Mug
4. Sifu M. Nasir
5. CSI
6.......dan lain-lain.

ps: sayang kak Ungku sebanyak buku-buku kat perpustakaan seluruh dunia dan e-lebrary semaya.:D

Purp,
Kadangkala tidak terfokus. Kak WL hanya insan biasa:D
Tanpa Nama berkata…
kak, saya rasa bersyukur tinggalkan besi buruk bernama komuter itu. hal ini juga pernah dan banyak kali saya bebelkan dalam blog saya. Dalam kategori riwayat jalanan.
Lily Abdullah berkata…
Bayan,
Besi buruk atau tidak itu sahaja pilihan yang ada.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam