Langkau ke kandungan utama

Hujan lagi


Hari ini hujan lagi. Tiada kerja tiada gaji. Tiada gaji makna tiada duit. Aku tertanya-tanya. Adakah aku penoreh getah di kebun bernyamok ganas? Atau pembantu guru,computer assistant merangkap cleaner juga. Aku mengajar kadang-kadang(baca: selalu juga bila ada guru 25 haribulan dan kaki komplen dan berlagak boss). Baiki komputer yang tunggang-langgang. Dan icon-icon berterabur di atas skrin. Memasang semula tikus-tikus yang tercabut. Minggu terakhir aku tulis report.

Hari-hari aku lap meja,komputer dan tingkap. Sebelum balik aku mop lantai hingga licin berkilat. Sebelum anak-anak istimewa itu masuk, aku kena pastikan lantai disapu bersih. Baru-baru ini aku tanya boss kenapa yang baru kerja dan ada SPM pun boleh jadi guru dan pekerja tetap. Boss aku kata tanya boss lagi satu. Aku tanya boss lagi satu dia kata tanya boss lagi satu. Aku rasa macam nak menyanyi lagu "Bangau o bangau" dalam versi paling hiba dan sayu.

Katak tiada kena mengena dengan entri ini.

Aku tidak berkerja hari ini dan esok dan seminggu cuti tahun baru cina. Tiada gaji. Tiada gaji bermaksud tiada duit. GOONG XI FA CHAI DATO' FONG CHAN OON.



Nota kaki tak berkepala:

Aku pasangkan anak dato' itu lagu dari CD Westlife atau apa-apa lagu Kantonis setiap kali dia masuk computer lab sebab lagu "Bangau o bangau" belum ada dalam simpananku. Lagi satu anak dato' itu tidak tahu buat/belajar apa-apa. Hanya dengar lagu semata. Tiap hari datang sekolah dengan van canggih mesra OKU. Maid Indonesia bersilih ganti. Pemuda itu jujur dan lurus. Hanya pandai senyum. Dan menyanyi-nyanyi. Dan tiba-tiba, aku merasa sungguh berterima kasih pada Allah s.w.t. Jika direnung semula, aku jauh lebih beruntung dari dia.


Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Berikuat email hari itu, adakah apa apa tindakbalas dari mereka yang berkenaan?
Lily Abdullah berkata…
Shah,
Entah. Reaksi bagaimana yang dimaksudkan? Nanti saya email detail.
de_kerinchi berkata…
Salam kak waterlily,

cantik grafik katak tu...

tapi sekurang-kurangnya tak jadi katak bawah tempurung...
jagoan berkata…
woho, GXFC.. :D
Saya suka illustrasi katak itu!
Lily Abdullah berkata…
de_kerinci,
ya...sekurang-kurangnya begitulah.

Joe,
kakak bosan jadi kuli..nak jadi boss pulak :D

ah tok,
Happy Chines Nu yer(tahun tikus - feng shui bagaimana?)

Purp,
Pix tu akak cuplik dari internet.

Terima kasih. I lap u all.:D
sinaganaga berkata…
Kau perlukan lagu Bangau oh Bangau? Dalam bentuk audio CD? Hubungi aku.
Lily Abdullah berkata…
Betul ni bang Naga? Tarak mabuk..tarak tipu & tarak lawak tahap cipan ko tu ha...ha..ha...tggu nanti kita jumpa lagi bang kasi kat aku by hand. Entah bila??? MASKARA tahun depan?

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.