Langkau ke kandungan utama

Saad dan Kasim - Mereka tidak boleh mengundi.

Namanya Kasim. Kasim bin Kasman. Minggu lepas dia masuk ke computer lab. Macam selalu. Bukan belajar. Hanya dengar lagu. Cuma itu yang dia tahu. Kadang-kadang aku klik Microsoft Word dan suruh dia menaip apa-apa. Dia pun menaip.

Jika a hurufnya,maka AAAAAAlah sampai tamat kelas. Kalau nombor satu, maka satulah ditaipnya sampai berbilion juta. Itulah dia. Kasim bin Kasman. Pernah aku tanya kak Timah, pekerja paling senior di pusat itu. Berapa umur si Kasim. Kata kak Timah, dua puluh tahun lebih tua dari aku.

Minggu lepas Kasim tanya aku. “Kakak, undi tu apa?” Aku tidak jelas. Sebab aku dan dia sama. Speech Disabilities. Kata para doktor dan terapi. “Ngundi tu apa?”Aku kalut. Bagaimana hendak menerangkan padanya dengan bahasa paling mudah. Akhirnya. Aku beritahu dia. “Mengundi tu ialah pilih perdana menteri. Macam Pak Lah sekarang. Macam Dr. Mahathir dulu-dulu. “. “Oooo” . Kasim sambil anguk-anguk kepala. “ Kasim boleh ngundi kan?” . Dia tanya lagi. “Tapi…..” dia sambung. “ Ada orang kata saya tak boleh mengundi sebab saya budak lagi. Sebab saya naik bas sekolah. Sebab saya datang sekolah.” Aku kaget. Ada sebak yang menyebu tangkai hati. Tanpa aku sedar, airmata aku tumpah. Aku pergi satu sudut. Kesat airmata.

Aku teringat pada Saad di kampungku yang jauh di utara. Dia saling tak tumpah macam Kasim. Bezanya cuma dia tidak pergi sekolah macam Kasim. Musim mengundi atau tidak sama saja. Dia macam kuda. Disuruh itu ini. Upahnya sesuka hati pemberi upah. Rokok sebatang, mee sepinggan dan air secawan. Sudah cukup. Dia tidak pandai minta-minta. Lurus amat. Yang menyuruh dan memberi pula tidak pandai bertimbang rasa. Budak-budak kata, Saad tidak cukup umur mana boleh mengundi. Yaaaaa!!! Saad macam Kasim. Percaya bulat.

Ulasan

13may berkata…
termenung seketika bila membaca entri nih....

penuh maksud tersirat...

koh koh kohhkkk...batuk plak :D
abeming berkata…
hmmm...entri2 kat sini mengajar aku untuk bersyukur...=)
jagoan berkata…
Semua orang ada hak, jika dah cukup umur dan "WARAGANEGRA MALAYSIA" Sob seb sob seb...
Qaseh Bidadari berkata…
simpati pada die...

memang ade org mcm tu...
Pa'chik berkata…
warganegara yang dah berumur 21 ke atas buleh ngundi, asal berdaftar je.. hahah...
tapi kan... kat negara kita, yang best nya, bukan warganegara pun buleh je tetiba dapat jadik warganegara untuk satu hari... hahaha....

tak baik ahh depa tu wat saad lagu tu... kalau buat So'od, mesti kena tendang dah O'od kan.. kan...
Anonymous berkata…
Kadang-kadang terfikir...

Dia lebih bertuah kerana tidak mampu mengundi.

Kalau dibandingkan dengan pengundi-pengundi yang bertuah.

Kami, di sogok dengan janji-janji setiap hari.

Sekurang-kurangnya, dia tak pandai menuntut janji yang sejak dulu tak pernah ditepati.
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,


Memang orang begini sebenarnya terlalu lurus..mereka inilah yang mencorakkan kehidupan dan keharmonian jemaah...malangnya ada orang ambil kesempatan....kadang-kadang minta tolong...tapi balasannya memang tak masuk akal....
فيصل berkata…
wah.... aku speechless .. batuk aku terhenti seketika... sian betul.. post awak sungguh menyedarkan saya yang sedang tidur
so'od berkata…
salam kak lily..
kemarin dah mai cuma x tinggai jejak.. ehehe..
Jie berkata…
Kat taman perumahan sini ada seorang...rezeki dia melimpah ruah bila malam pasar malam. Kita bawa rm 10 dapat rasa 2-3 jenis juadah...dia semua gerai yang berniaga dapat rasa!
Tanpa Nama berkata…
Kasihan. Tak tau nak kata apa......
Tanpa Nama berkata…
Kasihan. Tak tau nak kata apa......
DeeN berkata…
Kat kampung daku pon ada gak. Dia insan istimewa kat kg. Kalo time kenduri, wajib dia tayang muka. Pendek kata, tak berseri kenduri tanpa kehadiran dia chewahhh!!

Tp kalo jumpe daku jer, musti dia tanya [buat isyarat jari, sebab dia ckp org tak paham] .. bila nak kawen? Cheh!! Hampeh! HaHa
Sri Diah berkata…
Memang sudah nasib dia malang begitu. Sebenarnya kita patut kasihan pada orang yang lebih malang lagi daripada dia - orang yang boleh mengundi tapi buat dono. Bila ada isu dia yang dulu mahu jadi hero.
Tanpa Nama berkata…
kak lily, saya tersepit antara dua sisi. Tak tahu nak pilih yang mana satu.

Boleh tak saya pakai pengilat kuku? hahahahha...[alasan tak boleh mengundi]
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Bayan,
Kak Lily juga tersepit dan keliru.

Pengilat kuku(kejap fikir)...

Dengar je nasihat pa'chik kita kat atas tu. Kita bukan Saad dan Kassim. Mau atau tidak kita kena undi.

ps:Pergi ke MASKARA en Naga?

Kak Sri,
Ya..ya.Betul tu kak Sri(angguk kepala sorang)
ps: saya dah email kak Sri.

Nur@,
Lawak para memanda menteri lebih advanced dari lawak Saad dan Kassim hehehe!!!

Purp,
Syhhh..komen 2 kali( salah teknik ek?)

Kak Jie,
Adakalanya golongan macam Saad dan Kassim lebih beruntung. Allah swt. yang memjadikan,maka rezeki mereka Allah swt sediakan.

'Od,
Dah tau add rumah kak Lily. Mai la lagi...hu..hu..satu wilayah kita ni.:D

Faisal,
Awak pun zzzzz juga. Cukuplah. Biar kepala negara je tdo. Kita anak2 kapal Malaya jangan tdo. Nanti Malaya diserang garuda, siapa nak halau:D

De_kerinci,
Ya. Adatnya dunia. Yang lurus bakal kena sembelih.

en Po,
Di sisiNya mungkin orang seperti ini lebih bertuah. Kita yang patut dikasihani kerana asyik menagih janji yang tak pernah ditepati.

Chik,
Malaya memang penuh keajaiban yang bukan-bukan.

ps; nama sebenar Saad ialah So'od. Saad tu nama bapak dia. So'od bin Saad :D

Mama R,
Ya. Mmg kesian. Jika kita masih punya hati.

Joe,
Hamid, Saad dan Kassim mewakili golongan yang sama. Mereka terpinggir dari entri2 media arus perdana.

Ah tok,
Nangis ke? Jangan engkau menangis anakku. Ini sudah menjadi adat resam dunia(baca - ala dialog pilem klasik Allahyarhamah Neng Yatimah)sob..seb...sob :D

Maymay,
Kak Lily cuma merakam apa yang terlepas pandang.

Batuk lagi? Hentikanlah..hentikanlah. Ganti ngan benda2 lain yang lebih berkhasiat. Okay dear?

Terima kasih.(juga kepada pengunjung senyap).
Lily Abdullah berkata…
sorry tertinggal pulak komen abeming kita. Nanti dia majuk tak nak datang lagi. kak Lily beterima kasih kerana kamu datang dan mendapat manafaat di space yang ntah apa-apa nih. Tulis ekadar mengikut garis panduan yang purp bagi. Tulis apa yang kamu lihat,dengar dan rasa. Tentang kamu dan mereka. Thanks Purp.

maaf ya. Tertinggal. Terima kasih dan datang lagi.
Oda-オダ berkata…
salam perkenalan akak...saya suka baca entry dalam blog akak ni...bak kata abeming..buat saya rasa bersyukur dengan diri sendiri...saya nak mintak kebenaran akak nak letak link akak dalam blog saya boleh??
Lily Abdullah berkata…
od@,
salam kenal. Terima kasih kerana singgah dan meninggalkan jejak. Kak Lily cuma menulis apa yang tiada di dada-dada akhbar/tv. Itulah kelebihan berblog. Ala..letak je le. tak payah minta2..kak Lily lagi suka..suka..suka:D

TQ.
Oda-オダ berkata…
hahaha..thanks akak...sy letakk yee (^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...