Langkau ke kandungan utama

.....kerna aku terlalu merindui salji dan musim dingin






Kerana aku. Terlalu mengidam. Terlalu kepingin. Melihat salji. Maka Nelson Yuriko telah mengirimkan foto-foto ini. Untuk santapan mataku. Nelson Yuriko. Gadis berusia tiga puluh satu tahun itu adalah salah seorang penterjemah sewaktu aku di Nishiawaji. Nishiawaji waktu itu tanpa salji. Pada mulanya aku sangka dia gadis Jepun Katholik. Rupanya seorang Buddha. Kulitnya yang lebih gelap dari Nala buat aku sedikit terkejut. Dia pun berkisah tentang asal usulnya. Keluarganya berasal dari Sri Lanka dan dia warga Jepun sejati. Yang buat aku kagum, dia berjaya menguasai tiga bahasa. Tanpa mencicirkan bahasa ibundanya. Kerjayanya, guru bahasa Inggeris dan penterjemah. Sejak berkenalan kami selalu berhubungan. Via email. Katanya dia kagum dengan orang kurang upaya. Apalah sangat yang hendak dikagumkan. Kata aku.


Dan


Kerana dia begitu kepingin melawat aku dan suami di Malaysia tetapi hajatnya belum kesampaian maka aku kirimkan dia foto-foto ini. Bakal mengeratkan tali persahabatan kami. Yang. Berbeza budaya. Berbeza bahasa. Berbeza agama.

Kata kak Ungku Noor ada benarnya. Suamiku seorang pencinta alam.




Nota kaki:

Dia...Nelson Yuriko dan warna gelap kulitnya mengingatkan aku akan perjuangan Nelson Mandela. Sesungguhnya aphatied dan diskriminasi adalah api yang tidak pernah padam-padam. Mungkin sampai kiamat.

Ulasan

Oh! Saya juga rindukan salji.


Nota lutut;
Dulu saya pernah bekerja di Mines Wonderland sekejap.

:)
sinaganaga berkata…
Yuki,
Putih menggebu-gebu
Akukah yang rindu?
Lily Abdullah berkata…
Purp,
Di Malaya ada salji palsu. Juga sijil palsu :)

Bang Naga,
Yuriko Ono staff Kim san memang putih menggebu-gebu. Yuriko Nelson hitam tapi manis.

Yuki yang kamu rindu itu putih menggebu-gebu bak salju ya? hehehe...
Kerp (Ph.D) berkata…
kak mariannie,

wak purp tipu, kat mines takde salji tapi ketulan blok ais je.....sorry wak, jgn marah..hehehe...

tapi betul, masa persatuan anjurkan trip gi mines wonderland, saya dah teruja sebab dgr cite ada snow, last2 hampeh...
Pa'chik berkata…
:)



err.. itu komen standard taim blank... hahaha....
Anonymous berkata…
Dalam salah satu sajak T. Alias Taib (Allahyarham)...

'api yang berbalam di dada malam..'

ianya tidak akan padam selagi adanya bulan, selagi ada bintang.

Alangkah.
13may berkata…
:)

*sama ngan Pakcik*
Tanpa Nama berkata…
erk... teringin nak main salji yg benar2... sebelum ni hanya berkesempatan bermain di rumah salji kat genting highlands..
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua.

Danny,
Ye ke? akak baru cadang nak ajak abang pergi Mines....Takde yer..bongkah ais?? kat dalam freeze ada :D

ps: Td jumpa Mr. Anthony kat Spastic Centre. Kuno san pun ada. Datang la SC..akak belanja teh ais(bukan ais bongkah):D

Purp kamu "kenakan" kakak yang naif ini ya? :D.

Chik,
:D

May,
:D

err..komen balas taim blank juga :)

en Po,
Suka karya Pak Talib. Novelnya yang bernama "Saga" itu (kalau tidak salah) telah dibaca berulangkali.

Ya...selagi ada bulan dan binatang..sejarah pasti berulang-ulang.

Bang Naga,
Laa..kenapa saya tak tau..lupa tanya Nelson Yuriko. :D

Terima kasih.
Lily Abdullah berkata…
Adik Palie,
...sorry tertinggal komen kamu.

Itu pun kira salji juga. Kak Lily cuma bermain salji dalam peti sejuk :D
Kerp & Kak WL

Ulasan saya tiada kena mengena dengan nota lutut saya. Sekian.

Hehehe!
Kassim Selamat berkata…
salam WL,
saya baru terjumpa komen puan di blog w/press saya...maafkan saya.

puan pun gunakan baclofen yer?
arsaili berkata…
salji itu sungguh menguji
Lily Abdullah berkata…
Salam
En Kassim,
Terima kasih singgah ke mari. Ya...ubat-ubatan adalah teman biasa. Kata kawan saya - kita yang kurang upaya ini menjadi tua sebelum usia.

Purp,
HaHaHa :)

Joe,
akak pergi ngan duit sponsor. Jika diharap duit sendiri, maka mengigit jari. Jika adapun mungkin niat ke Tanah Suci :)

Arsaili,
Apa yang menguji...kegebuan atau kedinginan salji :D
Kerp (Ph.D) berkata…
dia lebih kurang cam masuk peti ais gergasi je...hehehhehe...
Sri Diah berkata…
WL; Akak pergi mendaki Mt Fuji. Malang. Tak tak sampai puncak. Tak jumpa salji - silap time. Pernah tengok rumah salji sahaja di Bukit Cerakah. Sekarang dah tukar nama pula - Taman Botani. Tahun depan tukar nama lagi kot.
Lily Abdullah berkata…
Kerpie,
Ciptaan manusia takkan sama dengan ciptaan yang Allah s.w.t.
Macam kaki palsu,kaki palsu dan gigi palsu - dpd tiada lebih baik ada.

ps. kata kawan akak yang pakai kaki palsu - dpd pakai kaki palsu nak berjalan pun sakit,baik lagi guna kerusi roda. Lebih selesa :)


Kak Sri,
Terima kasih kerana berkunjung. Sedang mencari link untuk disambungkan ke teratak akak. Mungkin ada di space pa'chik tu.:)

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...