Langkau ke kandungan utama

Khadijah...mari kita mengundi(entri sempena PRU ke 12)

Dewan sudah kosong. Mari kita penuhkan
Malaya kita akan kaya dengan koridor-koridor
Khadijah
Mari kita pergi mengundi. Kita pangkah parti cap ular. Parti itu kaya. Kain rentangnya sahaja mencecah ribuan ringgit. Cukup buat belanja kamu dan anak-anak berbulan-bulan. Suami kita yang bekerja berbulan-bulan belum tentu dapat kumpul wang sebegitu banyak.
Khadijah.
Ulat-ulat dari parti itu memang baik hati amat. Mungkin ibu kita yang terlantar sakit nanti diusung ke tempat pengundian. Ingat dulu-dulu. Masa kamu dan aku. Masih anak-anak sekolah. Kita jalan berbatu-batu. Tiada siapa sudi menumpangkan kita. Kita anak orang miskin dik. Oleh itu, mari kita undi parti cap ular. Lidah mereka memang bercabang. Tetapi mereka kaya wang. Jangankan jalan mopeng, aku rasa jambatan buruk di belakang rumah allahyarham ayahanda kita pun akan dicat baru. Kini rumah itu milik ibu, kamu, suami dan anak-anak kamu. Masih kecil seperti dulu, walaupun ahli keluarga telah bertambah-tambah. Cuma kini ia tidak lagi bocor atapnya macam dulu-dulu. Dan anak-anakmu tidak perlu merasa azab kebasahan di musim hujan. Kau tidak perlu tadah air dari bumbung bocor macam dulu-dulu. Aku berjaya keluar dari rumah kecil itu, tapi aku juga tidak terdaya membantu kamu dan ibu.
Khadijah.
Mari kita pergi pangkah yang betul. Cuba kau baca akhbar dan dengar di tivi. Banyak koridor-koridor. Semua itu untuk kita. Kita akan jadi cemerlang,gemilang dan terbilang jika pangkah parti ini. Pemimpin mereka sangat terpuji. Rekod bersih dan kuat bekerja untuk kita. Semuanya bekerja untuk kita. Bukan untuk anak menantu dan kroni-kroni mereka. Pecayalah. Tiada yang berbini lebih secara tidak rasmi. Semuanya bersih sesuci salji. Jika mereka tersalah cakap kita maafkan saja. Jika mungkir janji pun kita maafkan jua. Kita tunggu dan lihat untuk sepenggal lagi. Siapa lagi yang boleh memimpin sebaik ini. Mereka akan menang. Mereka kaya. Mari undi mereka.



Ulasan

Pa'chik berkata…
pilih saja sapa-sapa yang buleh bagi keuntungan kepada kita hamba rakyat... jangan jadi orang yang tidak mahu memilih, kemudian bising-bising bila tak berkenan dihati dengan orang yang dipilih...

liliair, maaf ya... bab berbini dua tu... tak sepatutnya disebut sekali.. macam memberi konotasi yang tidak baik pulak, sedang ia juga sunnah dan hak orang lelaki,

yang salahnya, kegagalan memberikan keadilan kepada setiap isteri itu...

lebih baik yang berbini dua, dari yang simpan kendak.. lebih baik yang berbini dua tapi adil dan saksama, dari yang berbini satu tapi asek berulam dengan sepak terajang...
Lily Abdullah berkata…
Salam chik,
Entri ini telah diedit. Panjang dan serius pulak komentar kamu kali ini.

Terima kasih atas teguran. Aku sentiasa berlapang dada menerima.
Ku Keng berkata…
Kalau ular pasti suka makan telur. Nanti dia (ular) sangkakan bulan tu telur. Jahanam jadinya.
Lily Abdullah berkata…
Abang kukeng,

Sudah memang resminya ular begitulah perilakunya. Saya pernah berternak ayam dulu-dulu. Kampung saya banyak ular dan biawak. Bukan setakat telor,ayam dan anak-anak ayam turut dibaham dengan lahap.
Saya non-partisan. Saya memilih cuma yang benar. Jadi, saya tak akan digula-gulakan dengan kempen pak lawak. Sekian, terima kasih.



Oh ya! Undi saya adalah rahsia!

:)
13may berkata…
hehhe....saya geli ngan ular :D
Pa'chik berkata…
heheh.. tak lah.. cuma tak berapa suka bila orang kita selalu macam anggap kalau orang kawen dua.. orang tak baik... huhuhu...

orang kata, kalau bela ayam, dan kawasan sekitar ada ular.. elok dibela sama angsa... untuk menakut-nakut kan ular.. tak tau lah jadi ke tak.. :)
Tanpa Nama berkata…
PY sokong Purp!!! Sokong pa'chik jugak. Hik hik hik.
umeboshi berkata…
undi kiter juga adalah rahsia! :)
salam kenal ek..kiter tinggalkan jejak kat sini dan masuk sini lalu 'umah' k.sri diah... seronok baca cerita2 kat sini..
Jie berkata…
oh sudah lima tahun berlalu
entah berapa kali dituai padi
anak kecil dan basikal baru
hadiah lima tahun sekali
oh lima tahun lalu nan berlalu
jalan sekaki diturap kembali
kukira burung yang terbang lalu
rupanya permata dari langit
cakapaje berkata…
Salam WL,

Cam 13May, saya pun geli ngan ular...lembik dan lembap! Nak undi yang pandai buat tugu, takut pula bila ada orang tangkap gambar jin kat masjid kristal terengganu yang baru tu...soram bulu tengkok den :)
Lily Abdullah berkata…
Joe,
Ular mmg lahap...tak kira la pemimpin dari parti mana,jika ada sifat2 ular memang asyik membelit saja kerjanya.

Purp,
Kak WL juga non partisan. Undi juga rahsia :)

Chik,
:)

Ying,
Purp dan Pa'chik bakal calon parti mana? :D

Ume,
Salam kenal. Singgah2lah lagi. Masih cari2 link kak Sri..hari tu lupa nak masukkan link die.

Kak Jie,
Puisi kontot - makna cukup mendalam. Non partisan juga ke? :D

Shah,
Abis tu nak undi cap apa(buat2 tanya):D. Dah tgk clip tu...seram aa tgk memalam buta. Dah la cik abg kite balik kg :).
ps- tag jawab lepas ngundi yup:D. Sebab sekarng sibuk berkempen (dalam blog sahaja) heehehe!!

Terima kasih
فيصل berkata…
4 tahun lagi aku ngundi .. ah.. lupa nak daftar aritu.. selamat mengundi semua nanti.. pilih yang betul.. jangan menyesal atau.. pangkah dahulu menyesal kemudian hahaha
Amalina berkata…
Jgn terpengaruh dgn dia Khadijah.Parti ular dah tak dak duit, dah tak boleh bagi subsidi harga minyak. Nak bena koridor tu kena berhutang bilion bilion. Nanti kau jugak kena bayar hutang tu... Kau ada ke bilion bilion? Aku takde, tolongla Khadijah, jgn kau undi parti ular, aku takuut kang kena mkn pasir.
tokasid berkata…
Salam mariani:

Parti ular ni bahaya sikit. Sebab ada bermacam jenis ular. Ada ular sawa,ada ular kapak ada ular tedong.malah ada ular anaconda.

Jadi kena hati-hati sebab bimbang kalau di biarkan anak cucu kita akan takutkan ular dan ugutan ular utk membelit atau mematuk...terpaksa lah anak cucu pun terus pangkah ular sebab takut.

TA: Parti ular tak takut langsung. Ulau betul memang geli geleman.
Lily Abdullah berkata…
Faisal,
Yang tidak mendaftar tu,tak menyesal ke?:)

Amal,
Tadi baru Khadijah menalifon - katanya dia naik meloya tengok kempen-kempen pak lawak dari calon parti ular di tv. Nampaknya tak berjayalah kakak ini mahu menghasutnya. Tapi dia juga berpesan - balik mengundi nanti claim duit tambang dengan parti ular. Rupanya dia juga tahu,parti ular kaya. Lagi satu, dia juga tertanya-tanya apakah betul undi kita rahsia.

Doc TA,
Entri ini ditulis sebagai ekpresi menempiaskan kemarahan dan ketidakpuasan secara berhemah. Macam monolong seorang tua yang doc tulis atau cerita tempelan wak pinter itu. Saya amat marah rasa terbakar setiap kali berita jam 8 di tv itu ke udara. Kalau sudah ular,ular juga resminya.

Terima kasih
Dr. Hamizi berkata…
wah berpolitik kak...

undi saya tak rahsia... saya tak pernah menyesal mengundi kecuali pada 2004 (undi yang pertama)...

kali ini saya tak akan menyesal lagi...
NoraHash berkata…
Kg saya banyak ulat2 dan penyokong parti Ular dan kebaikannya ialah dulu nak masuk ke kampung pakai titi sekarang dah ada jambatan ..dulu paip air hanya sebatang di madrasah usang sekarang dah bercabang2 ke setiap rumah dulu hanya pakai lampu gasolin sekarang dah pakai elektrik...tetapi dulu tu rasanya dah berkurun2.
Tok Rimau berkata…
Lili,
Penting. Hubungi tokrimau@gmail(dot)com jika anda berminat dengan projek buku: antologi entri-entri blog blogger terpilih.

Saya harap anda sudi turut serta.
DeeN berkata…
Dia datang, dia pergi
Dia pergi dan datang lagi
nanti2 dia datang lagi

salam kunjungan balas! ;)
Lily Abdullah berkata…
Mizi,
Bukan berpolitik. Sekadar merakamkan isu-isu semasa(juga merakamkan ketidakpuasan hati) secara lebih lembut dan berhemah. Tapi adakah orang yang sepatutnya baca tu akan membaca. Mereka kan sibuk? :)

Tok,
Terima kasih. Sudah email.

Naha
Lima tahun,sepuuh tahun. Kata Khadijah yang kita kecapi hanya sedikit keamanan bukan kekayaan. Kini keamanan pun telah diganggu-gugat oleh kenaikan harga yang melampau-lampau.

Nur@,
Bila dia datang? Selesai pru atau sebelum atau sepanggal sekali? :)

Purple Cat,
Long time no see(broken English blajar ngan Mohammad son Mohammad)
Selamat Mengundi juga.

Terima kasih
The Purple Cat berkata…
You express yourself so beautifully. You've got talent. Berbakat orang nya. Haven't I said that before?? :)
Bunga Rampai berkata…
Salam,

4 atau 5 tahun sekali, parti-parti pun berparty. Meriah sungguh. Lepas tu ada yang gigit jari, lupa janji, tak kurang yang lupa diri dan berkroni.
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk pengunjung rumah saya & juga para pembaca senyap.

Joe,
Ulama ya..pilih yang betul ulama dan umara'. Pastikan bukan ular di dalam semak. Pesan Khadijah.

Purple cat,
You're not the first had saying this to me but you said twice. :D.
(maaf nahu & tatabahasa berterabur hahaha..)Thanks.

Bunga R,
Biarkan mereka berparty, amanah dari rakyat dimungkiri. Jawab dengan Tuhan di akhirat. Kekadang di luar kemampuan kita untuk menentang arus. Kita laksanakan apa terdaya.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...