Langkau ke kandungan utama

Lelaki-lelaki itu...

Di teratak aku sekarang. Ada dua lelaki sedang tidur. Mereka sungguh manis. Jam enam dua puluh tiga minit petang. Sepatutnya ada tiga. Satu sudah pergi tengahari tadi. Ketiga-tiganya aku sayang. Dan ketiga-tiganya sayang aku. Cuma cara mungkin berbeza. Jika disuruh memilih, pasti aku buntu.

Kerna ketiga-tiganya memang baik.
Ketiga-tiganya memang kacak.
Yang satu, telah menjadikan aku suri hatinya.
Yang dua lagi menjadikan aku kakak kepada adik-adik lelaki.

Dan

Aku memasak untuk mereka. Malam ini, kami sepatutnya berempat. Malangnya, yang satu telah pergi. Malam ini. Tinggal kami bertiga. Menyelongkar kisah-kisah lama. Sejak detik perkenalan kami. Tiga tahun dulu. Kami. Sama-sama kurang upaya dan serba kekurangan. Jadi kami sama-sama lebih mengerti. Tentang kami. Dan malam esok barangkali. Tinggal kami berdua lagi. Adikku, yang lagi satu itu. Mau pergi juga. Katanya, “Tak manis, duduk rumah akak lama-lama.” Aku iakan sahaja. Kata-katanya.


Dan


Dalam hati-hati kami ada banyak cinta. Jua kemaafan untuk diberi.




Background song: Meninggalkan aku sendiri oleh Hujan.

Ulasan

Sastri berkata…
salam kak... masak apa malam tadi? :D
Anonymous berkata…
Waterlily...

Kadang-kadang..hidup ini persis pelabuhan.

Kapal-kapal peristiwa menyinggah dan memunggahkan rasa.

Anak-anak kapal turun berlabuh dan menghulurkan cinta. Ada yang singgah seketika lalu terus belayar dengan kapalnya. Ada yang terus bersama dan melihat mentari mengufuk di waktu senja.

Dan pelabuhan itu tetap di situ. Sehingga suatu masa, kita mengenal siapa diri kita

Sehinggalah suatu masa, kita semua dipanggilNya.
Oh! Saya fikir saya tersalah masuk blog. :)


Ada kalanya berseorangan itu lebih baik. Ada kalanya.
Ku Keng berkata…
Salam kembali Dik,

Berjauhan tapi tertambat dengan cinta yang erat, lebih baik dari berdekatan tapi dalam suasana silaturrahmi yang terkerat.

Didoakan semoga sentiasa dalam keadaan tabah, dan dihujani rahmah Allah.
sheikh teluk intan berkata…
Salam,

Apa nak dikatakan lagi? Pakchik suka cara puan menulis:ringkas ,indah dan penuh makna yang tersurat dan tersirat.
Bunga Rampai berkata…
Membalas kunjung, menghulur salam kenal :-)

Sunyi itu indah pada hati-hati yang dipenuhi Cinta dan rasa kemaafan.

Doa saya mengiringimu.
Lily Abdullah berkata…
Salam kepada semua.

Sas,
Masak yang biasa-biasa saja. Tiada resepi santapan diraja :D

Po,
Manis sungguh komentar anda. Teruja saya jadinya.

Purp,
Beri 1001 sebab kenapa kamu fikir begitu? Pasal tulisan kak Lily @ komentar D'arkampo itu :)Ya. Adakalanya bersendirian lebih baik.

Abg Ku Keng,
Ini kali kedua yg memanggil saya adik. Indah komentar itu. Terima kasih.

Pak Shiekh
Terima kasih atas pujian itu. Saya sekadar cuma mengasah bakat kurniaan Allah yang telah berkarat. Dulu zaman2 sekolah memang pernah menulis puisi dan coretan2 kecil untuk majalah sekolah & untuk siaran radio tempatan. Itu cerita 20 tahun dulu - zaman belasan tahun :)
(masa tu blog belum wujud)

Bunga Rampai,
Terima kasih atas kunjungan balas. Senang-senang berkunjunglah lagi.

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.