Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...
Ulasan
ko pun sambut raya cina gak ke? hahah...
(nak angpau)
aku takde celebrate raye cina. Sesaja aku letak posting untuk amoi2 yg aku sayang
ps: pandai ko translate "Lili air". Rasanya aku nak tukar header tu jadik LILI AIR.:D. salam kenal pa'cik. Ko dan aku peminat sisitibi.
ebeming,
selamat tahun baru. Kat Malaya jer kita sambut entah berapa kali tahun baru. Angpow? Minta ngan auntie Grace yg tgh tu. Yg lain sume tak layak bagi angpow lagi :)
Terimas. kerana singgah.