Langkau ke kandungan utama

Lagenda Kampung Maha Laba

Dulu-dulu. Pertengahan 1960an. Ada sebuah kampung di Jepun. Kim san bercerita pada aku dalam bahasanya. Dialek Osaka pekat. Dan. Kawakita san menterjemahkan untuk aku dalam bahasa yang aku kurang faham itu. Berulang kali. Supaya aku faham. Dan akhirnya aku faham.
Kata Kim san, di Jepun ramai ibubapa yang membunuh anak-anak istimewa mereka pada abad itu. Kim san bercerita padaku. Sungguh-sunguh. Dan Kawakita san menterjemahkan segalanya dengan teliti supaya aku faham. Dan akhirnya aku faham. Studio Taihen di pekan Nishiawaji yang hangat waktu itu jadi saksi Bagaimana Kim san berkisah dan Kawakita san menterjemahkannya. Dan aku mendengar dengan penuh minat. Kisah sedih itu.
Dulu-dulu. Kata Kim san. Antara golongan kurang upaya, cerebral palsy adalah golongan yang paling hina dan rendah taraf. Paling tidak difahami. Cara bergerak,makan,bercakap lansung tiada persamaan. Lalu mereka dihina, disisihkan dari masyarakat. Sehingga ada ibu yang sanggup membunuh anak-anak ini. Bahkan masyarakat pada zaman itu, sanggup meminta diringankan hukuman bagi ibubapa yang membunuh anak-anak ini. Zalim sungguh.
Lalu
Golongan cerebral palsy yang tersisih ini, membawa diri dan membuka perkampungan baru. Mereka hidup berkasih sayang,berkerja, beranak-pinak dengan cara mereka. Jauh dari masyarakat umum. Cerita Kim san. Dan Ayako Kawakita yang manis berlesung pipit itu menterjemahkan. Sungguh-sungguh. Agar aku tidak tersalah faham.
Suatu hari. (ada unsur- unsur suspen di sini, jika difilemkan). Kim san meneruskan ceritanya. Kawakita san menyambungkan terjemahannya. Mereka sambil meneguk secangkir teh hijau dingin tanpa gula. Dan. Aku menelan lior kerana hari itu merupakan bulan Ramadhan yang mulia.
Sautu hari, ada di antara mereka yang mau keluar dari kampung tersebut. Ada di antara mereka dikurniakan anak-anak normal dan mereka punya hasrat untuk membesarkan anak-anak mereka di kalangan masyarakat umum. Kim san menyambung kisahnya. Kawakita san menyambung terjemahannya. Aku mendengar dengan penuh minat. Bertambah minat. Bertambah khusyuk.
Dan
Penduduk kampung Maha Laba ini mula berpecah belah. Tidak sefahaman lagi. Ada parti cap kapak dan ada parti cap keris,tombak dan sebagainya. ( Baca : ini bukan cerita Kim san. Aku pandai-pandai menokok tambah). Pendekata orang kampung Maha Laba ini,sudah tidak sehaluan. Ada yang bergaduh untuk benda remeh-temah seperti merebut pasangan. Kim san terus menyambung ceritanya dan Kawakita san terus menterjemahkan dengan setia. Aku mendengar tanpa lelah.
Dan
Akhirnya kampung itu musnah. Dilanda wabak perang saudara. Dan. Di waktu itu, baru masyarakat dan kerajaan Jepun mula terbangun dari mimpi. Baru mereka sedar, manusia kurang upaya juga ada suara. Dan mereka maukan hak mereka. Selepas tumbangnya Kampung Maha Laba lewat 1960an, Kim san meneruskan ceritanya; muncul " The Blue Grass" aktivis. Di mana Kim san turut terlibat. Dan polisi-polisinya agak mengejutkan kerajaan dan masyarakat Jepun di waktu itu. Dan. Inilah polisi-polisi itu.
“The Blue Grass Policies”
1. We identify ourselves as people with “Cerebral Palsy”
We recognize our position as “an existence which should not exist” in the modern society. We believe that this recognition should be stating point of our whole movement, and we act on this believe.
2. We assert ourselves aggressively
When we identify ourselves as people with CP, we have a will to protect ourselves. We believe that strong of self – assertion is the only way to archive self protection, and we act on this belief.
3. We deny love & justice
We condemn egoism held by love & justice. We believe that mutual understanding, accompanying the human observation which arises from the denial love and justice, means the true well-being, and we act on this belief.
4. We deny civilization/culture made by non disabled,
We recognized that the current culture, which made by none disabled culture, is formed by excluding people with CP. We believe that developing our own culture from our daily living and movement will condemn current culture, and we act on this believe.
5. We do not choose they way of problem solving
We learn from personal experiences that easy solution to problems lead to dangerous compromises. We believe that an endless confrontation is the only course of action possible for us, and we act on this belief.
Dan aku bukan penterjemah yang baik.
Itulah kisahnya. Bagaimana orang kurang upaya di Jepun memperjuangkan hak mereka. Pekan Nishiawaji yang hangat,jadi saksi pertemuan kami. Tiada bunga sakura berkembangan kerana bukan waktunya.
SEKIAN.
Nota kaki:
Maha Laba dari perkataan sankrit bermaksud " a lot of cry" (kampung yang banyak tangisan).
Nota kaki kedua:
Aku ingin bikin teater ini. Tapi budget tidak mencukupi.

Ulasan

Assalamu 3alaikum...
Kak Lily...
Maaf tanpa izin kakak terlebih dahulu saya telah mencopy cerita ini dan memaparkannya di AMBUYAT EL-BINANGKIT.. moga cerialah selalu... Amin!
Amalina berkata…
Assalamualaikum,
kak Mar, nice story u are sharing with us. Macam tu rupa2nya nasib OKU di Jepun dulu2. Facilities yg diorang dpt la ni hasil usaha org dulu2 jugak. Harap2 di negara kita lebih ramai org akan memahami ttg CP dan makin byk facilities utk OKU.
cakapaje berkata…
Salam WL,

Er...saya kurang faham, adakah cerita Maha Laba ini benar? Jika ia, memang sungguh sedih dan tragis. Namun, memandangkan masyarakat zaman sebelum ini sanggup melakukan sepuku, ianya tidak memeranjatkan.

Oh WL, sudikah buat tag seperti di blog saya? Terima kasih :)
Pa'chik berkata…
kat semenanjung tanah melayu kongsi ngan bangsa lain ni.. ada orang yang mahaloba...

kalau lam bahasa melayu... maksud dia, sangat tamak.. hahaha...
de_kerinchi berkata…
salam kakaterlily,

membaca intro nya mengingatkan saya pada bacaan ceritera klaik melayu..dan ceritera klasik arab....

"saya mendengarnya, melalui pertuturan wahab yang bapanya bernama ali...dimana ia diceritakan melalui percakapan wahab dengan amir anak kepada ramli..."
Tanpa Nama berkata…
salam... nice story here..

thanx sbb sudi jenguk blog saya... saya dah add blog kamu... tq...
Saya suka cerita ini. Sungguh! Kenapa saya suka, biarlah saya seorang yang tahu. :)


[Saya kata saya ingat tersalah blog di entri yang lepas itu kerana tulisan kak WL semakin bernyawa. Tahniah! Teruskan menulis! ]
zizie ali berkata…
menarik dan imformatif.
NoraHash berkata…
WL,
cerita nya ada pengajaran yang baik tetapi tak terlalu menyentuh sanubari saya kalau saya bandingkan dengan filem 'dajal suci'yang saya tonton sewaktu saya kanak2 dulu....
Sri Diah berkata…
Dear WL;
First time datang ke sini. Lompat dari tingkap rumah JowoPinter. Salam kenal ya.
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua

Kak Sri,
Selamat datang. Lompat jangan sampai jatuh. Salam kenal. Dah lama kenal kak Sri dan karya2 cuma orangnya belum kenal. :)

Naha,
Dajal Suci - saya sentiasa ingat filem Melayu klasik itu. Ada juga ibu yang sebegitu rupa...

Zizie,
Menarik? apa yang menarik...cerita biasa2 saja ttg OKU. Puisimu lebih menarik.

Purp,
Simpanlah rahsia itu. Tapi Kak WL ingin beritahu sesuatu - Entri2 kamu yang memberi ilham untuk kakak itu mengasah semula bakatnya yang berkarat. :)

Palie,
Cerita kamu juga menarik :)

de_kerinci,
Kak WL suka cerita klasik Malim Deman.:)

Chik,
Ya..tidak pandai berkongsi memang haloba.

Lina,
Begitulah alkisahnya. Sekadar berkongsi buat renungan.

Am,
Ambillah...asal beri manafaat untuk semua. Cerita kak Lily belum dipetenkan. Jangan lupa 'qoute' oleh kak WL yang blablabla..he..he..he(suka hati kamulah nak letak apa). Semoga ceria juga.

Terima kasih
Lily Abdullah berkata…
Maaf en Shah Talk only,
tertinggal pulak komentar anda. Ini adalah kisah benar. Kemudian dilagendakan. Difiksyenkan.

Tag akan dijawab kemudian.

Thanks.
Oh! Terharu saya. Apalah sangat dengan entri-entri saya. Semoga kita sama-sama terus menjadi diri kita sendiri.
Amalina berkata…
Hmm...tapi amal baru discover, masih ada lagi org Jepun yg kurang faham dgn anak2/ org2 istimewa. Adakah segala facilities yg disediakan itu hanyalah make-up? Atau betul2 melambangkan penerimaan msykt jepun skrg dgn org kurang upaya. Wonder bagaimana pula senarionya di barat.
Lily Abdullah berkata…
Salam

Amal,
Kebebalan dan sikap manusia yang tidak ingin ambil peduli ada di maba-mana. Timur maupun Barat. Ya..
facities mungkin sekadar make up.
Yang baik ada di mana-mana. Begitu juga yang jelik.

Purp,
Entri kamu sentiasa menarik. Betul kamu menulis apa yang kamu lihat,dengar dan pandang. Tentang kamu,dia dan mereka. Cerita yang biasa pun jika digarap dengan menarik akan jadi indah.:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam