Semalam….aku ke GATH...jumpa ramai - Kak Ungku yang peramah dengan kamera canggihnya…jumpa Amyz, Mardihah,Cik Daun,Dugong ,Salina, Mie dan lain-lain yang aku terlupa sebut…..tapi aku tak punya gambar mereka di sini. "Pakwe"tukang ambil gambar yang aku bawa asyik menghilang dengan Sony Erricsonnya. Seronok, akhirnya dapat juga mengenali anda sekelian.
Antara cenderahati yang dibawa pulang – nasi beriani & ayam masak merah. ( Tidak sempat ambil fotonya sebab sudah masuk ke dalam perut anak jiranku)
Antara cenderahati yang dibawa pulang – nasi beriani & ayam masak merah. ( Tidak sempat ambil fotonya sebab sudah masuk ke dalam perut anak jiranku)
Dua biji mug – macam tau-tau saja pihak penganjur, aku teramatlah suka mengumpul mug.
Ha..ha..ha..aku mau sambung membaca buku Sinananaga.
Pagi tadi…
Aku ke OUM – ambil modul untuk semester Januari. Tiga subjek mungkin dengan empat soalan tugasan . Modul pula semakin tebal mukasuratnya. Aduh…aku mula sakit kepala.
Selepas itu pakweku ajak aku melepak kat Zoo Negara. Haa…haa..haa..tidak romantik lansung - Zoo Negara. Aku ulang - ZOO NEGARA dan.inilah hasil kreativiti dari Sony Erricsonnya.
Ha…ha..ha..aku mau ulang baca buku Sinaganaga. Tetapi pakweku sergah. “Ha..ha…ha..lagi” katanya. “ Modul bila nak buka?”Eleh..kacau daun betul.
Pakwe aku baik sebenarnya. Kadang-kadang aku rasa dia jelmaan allahyarham ayahanda yang masih aku rindui.
Ulasan
Peewit! Siapa yang berposing tu? Cantik! :)
ps. Bila nak buat tag tu...lama dah saya menunggu :)
Tag ..dah buat dah..susah sgt soklan tu...ambil masa nak jawap :D