Langkau ke kandungan utama

TRANSKRIP KE 2 (mungkin terakhir)

KERETA YANG TIADA KENA-MENGENA DALAM ENTRI INI TAPI MUNGKIN...... (juga ada kena-mengena)


WL: Bagaimana kan ku mula...(nyanyi lagu sifu) .Ada icon saya sedang tersengih kat hujung.
WL: kertas2 bersuara(saya sedikit kebingungan….ada icon tapi tak “appear” dalam entri saya)
BP: Salam. Keluar masuk bilik, tak perasan ada msg.
WL: selamat menulis di atas kertas yang bersuara itu..atau kamu sedang membaca kertas2 bersuara itu
BP: Kena kawal tulisan ni, takut2 transkrip ni masuk blog pulak.
BP: Tengah isi tender sebenarnya. He he he
BP: tidak sama sekali...(dalam hati…jika menarik memang akan masuk bloglah transkrip ni ekee..ekee..gelak ala Dik Sas)
BP: Saja...
WL: kertas2 bersuara itu menghasilkan wang @ menghabiskan wang
BP: pokoknya bukan kertas itu shaja yang bersuara, pemiliknya juga.
BP: bukan suara biasa, suara2 merintih.
BP: tajam agaknya.
WL: anda pemiliknya..uhh dasat tuhh
BP: bukan. saya cuma meminjam tuah kertas itu. kalau ada rezeki, adalah.
BP: saya ikut saluran biasa, yang lurus.
BP: kalau ikut saluran bengkok, lainlah.
WL: yup..musti jujur...baru berkat..bengkok tak berkat
BP: betul.
WL: ok teruskan dengan kertas2 bersuara itu...saya tak mau menggangu...ingat transkip ini tidak masuk blog(saya tersengih..malangnya icon tersebut tidak dapat dipamerkan dalam entri ini)
WL: kalau blogkan bagus juga(icon - saya ketawa berguling-guling…tetapi tiada terpamer juga ikonnya)
BP: Ha ha ha!
BP: Sambil2 boleh la, tengok nombor banyak2 pun serabut juga kepala otak.
WL: ok sdr...saya pergi dulu...kecing saya nak makan...selamat serabutkan kepala dengan angka2 (kertas2 bersuara)
WL: kucing saya..salah ejaan plak
WL: salam
BP: salam. Tq

Nota kaki WL:
Petang tadi saya berchatting lagi. Mula –mula dengan Pay…lepas itu dengan orang yang transkripnya masuk dalam enrtri ini. Selepas itu Rozza pulak – terhenti seketika kerja saya hendak memblog entri ini….Dan saya sedang mencari “mangsa” seterusnya….mungkin Muha anak Pak Aziz. Atau mungkin Miss Sarah. Tapi saya telah berjanji ini kali kedua dan terakhir kalinya.

Ps: pix kereta ini telah saya cari/curi dari yahoo search engine siapa punya entah dan mudah-mudahan Pay akan menyukai warnanya. Seronoknya berekspressi dengan teknologi maklumat.

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Wah, entry kita hampir sama kali ni ye - dua dua ada kena mengena ngan kereta :)
Hu hu hu.

Saya boleh saman ni. He he he

Ketawa sas yang dah dipetenkan adalah 'keskeskes...'

Satu lagi, memandang kereta itu, berderau jantung saya, persis kereta saya yang itu. [Ada saya ceritakan di entri Feb 2006 dulu]. Cuma warna kereta saya lebih gelap sedikit keunguannya. :D
Salah eja; peten=paten :D
13may berkata…
Salam...
Tima kasih sebab jenguk blog saya :)
waterlily berkata…
Shah,
Entri kita sama warna kereta yang berbeza :)

En BP,
Tolong jangan saman - saya marhean( tak mampu upah lawyer hu..hu...hu..) Lagipun saya ada speech disabities - menyusahkan para juri,peguam & hakim nanti :D

En May,
Terima kasih kerana singgah...saya kagum dengan hasil kreativiti anda. (ambil la Ras Adiba jadi model majalah tu :D)
Ungku Nor berkata…
Salam Lily, pertama kali singgah sini.
Terserempak dengan url blog awak kat senarai kehadiran Gath Geng Jurnal.

Jangan malu nak tegur akak bila kita jumpa kat gath nanti, ok? :)
dugongsenyum berkata…
Saya minat kereta VW (kereta kodok yg lama-lama. Bookmark saya pun banyak tentang kereta lama, motorsikal lama dan basikal pelik-pelik. Nanti kalau saya kaya saya mesti beli kereta yang boleh bertukar menjadi robot. Kereta mainan.
waterlily berkata…
Ungku Nur,
Terima kasih kerana sudi bertandang & sms saya smlm. Insyaallah jumpa Gath.

Mr. Dugong,
Terima kasih juga sebab meninggalkan jejak di sini.
Saya cuma teringinkan kereta surung bayi :)
black tangled heart berkata…
saya rase saya dah kene saman speed trap la mase ke johor baru2 neh.
saya rushing dari kl ke muar pasal wedding photowork itu ari.adoi..betolak kul 9 pagi smpai muar pukul 10pagi..adoilaa..
naha berkata…
WL: kalau blogkan bagus juga(icon - saya ketawa berguling-guling…tetapi tiada terpamer juga ikonnya)

Kalau icon tu keluar sure saya yang terguling2...kelakar giler!
posmen berkata…
akak g gath ek? hehe
waterlily berkata…
Pay,
Ko merempit ek? :D

Naha,
yup...icon gelak terguling2 tu paling saya suka..mmg kelakar giler..:D

Dik Posmen,
Yup pegi...hajat hati nak jumpa kamu, BP dll. Malangnya kamu x pergi ek?

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…